Followers

Tuesday, August 18, 2015

Aku Dia dan Buku




Yeayyy... Alhamdulillah dapat buku baru, terima kasih buat kakak ku Cik Waniey yang sudi menghubungi dan memaklumkan tentang kehadiran buku ni dipasaran.
Sah lah buku ini akan menjadi bahan godek sepanjang minggu ni.
Dah lama betul berkenan nak baca cerita cerita perjuangan, terutama yang melibatkan pejuang wanita di Malaysia.
Umum pasti pernah mendengar kisah beliau. Pahit manis beliau didalam sejarah tanah air Malaysia.
Nanti min kongsikan ulasan berkenaan buku ini di entry akan datang.

Untuk kali ini, min nak berkongsi cerita berkenaan insan yang tolong belikan buku ni iaitu kak waniey.

Min kenal mula kenal dia sejak tiga tahun lepas, bermula dari hari min kena pindah office di KLIA.

Percaturan Allah itu hebat, di saat hati sering gelisah mengahadapi perjalanan pergi dan balik kerja selama 45minit, Allah temukan min dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama. Min selalu perhati dia, tiap tiap hari dia akan bawa buku cerita tebal. Selang 2 hari buku tajuk yang lain. Cepat betul dia baca, dan yang penting banyak sungguh buku cerita dia.

Satu hari duduk sebelah dia dalam bas, mula mula tanya buku apa dia baca, kalau tak silap time tu dia baca cerita sunan karya Ramli Awang Mursyid, apa lagi rasa berkocak jiwa, nak pinjam. Punyala lama min follow cerita sunan ni tiba tiba pula nampak orang tengah pegang buku sunan terkini wahhh gembira tak terkata.

Start dari tu, kami selalu bertukar tukar koleksi yang ada. Tapi kak waniey lagi hebat la. Memang dia suami isteri ulat buku. Min pernah terserempak dia dan suami di pesta buku antarabangsa kl.
Sekarang ni kalau ada jer pesta buku kat mana - mana kami akan bertukar tukar maklumat


Kak wani dan suaminya Cik Eddie. Jangan marah ye saya publish gambar ni.
Rasa rasanya rumah diorang ni mesti macam perpustakaan mini kan, penuh dengan buku.


Tu dia!!! Koleksi buku kak waniey, kak waniey ni memang peminata tegar Norhayati Berahim, semua koleksi NB dia ada,
Jeles sungguh nampak dia posing kat sebelah RAM, rasa nak menyelit kat sebelah.

Minat yang sama, buku berunsurkan thriller, love story, biografi, sejarah ...tapi tak semua sama. Ada juga yang berbeza dari segi pendapat.


First time berselfie bersama ketika ramadhan 2015, setelah hampir 3 tahun mengenali kak waniey.

Alhamdulillah, terima kasih atas ukhwah yang terjalin. Hidup saya sangat sangat terisi dengan kehadiran akak dan buku buku akak.

Lately ni kegilaan kami makin menjadi jadi, menunggu kehadiran buku cerita daripada Melur Jelita... bikin panasaran... tak sabar rasanya.

Moga kak Waniey dan suami sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Terima kasih sudi jadi sahabat saya

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Dewiaja kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini.
      In shaa Allah saya akan berkunjung ke website www.kumpulbagi.com untuk mendapatkan maklumat lanjut

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete