Followers

Thursday, January 23, 2014

MR D.I.Y

Sabtu 2 minggu lepas, min attend kursus di zmd travel, bagi memantapkan kefahaman tentang cara2 mengerjakan umrah. Selesai kelas, min sedar banyak lagi yang perlu di hafal. Namun hati tak berhenti berdoa agar perjalanan ibadah kami sekeluarga dipermudahkan.

Pejabat zmd terletak di centre point batu caves. Mudah jer nak cari. Tepi jalan jer, tapi min tetap standby waze sebagai panduan. Sib baikla dah ada kemudahan.
Kelas bermula dari 9 pagi hingga 130 petang. Anggaran seramai 17 orang bakal tetamu Allah menghadirkan diri.

Usai jer kelas, kami pun sajalah ronda2 kawasan sekeliling. Masa ni lah ternampak kedai D.i.y . Selalu dengar tentang kedai ni kat fb. Teringin nak tau dia jual apa.





Pujukla cik hubby masuk. Biasala bila jalan dengan suami ni, semua dia tanya, nak beli apa? Nak buat apa. haish nak pusing2 pun payah dari tingkat satu memang dah banyak barang yang berkenan. Tapi fikirkan budget. tup tup habis juga rm50. Begitula nilai wang zaman sekarang. Entah apa2 barang yang dibeli. Tau2 habis duit jer.

Antara barang yang min beli ialah glass wallpaper. Memang dah lama cari barang ni untuk di tampal kat sliding door rumah tu. Adik ipar kata, yang dia punya rega dalam rm80. Urmmm tak mampu la pulak.
Yang kat kedai diy ni rega dia rm9.90 hurmm macam menarik jer . Tapi malangnya takde corak yang sama dan tinggal 2 gelung jer, ambik je la. Nak pasang sendiri tak tahu. So pujukla cik hubby tolong pasangkan.

Dan ni lah hasilnya





Perasan tak corak tak sama


Agak upset juga sebab tak dapat tutup sampai keatas. Takpe nant kita recce kat d.i.y cawangan lain

Dah ada waze bolehla pergi drive sendiri. Tapi kena hati2 sebab keadaan kat negara kita sekarang tak macam dulu.
Sebab tu, nak sangat pasang glass wallpaper jadi takdela transparent sangat bila dilihat dari luar
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 21, 2014

Nordette dan Breastfeeding

Min tak pernah ambik pil perancang. Seumur hidup pernah try postinor jer sbb period tak datang.

Dulu lepas lahirkan amsyar, min dah berkira2 nak ambil pil perancangan keluarga, memandangkan jarak amsyar dan huda rapat. Dan min pun jenis rahim tak kuat, Tak macam mak serta tuntutan hidup masa kini.
Masa tu dah pernah rujuk dengan pakar puan kat klinik ibu mengandung. Doc kata bukan semua orang boleh simply ambil perancang, kerana ia pil hormon.
Bila tengok sejarah obstetric min. Min pernah mengalami 2 kali kandungan anggur. Dan apabila bila mengandung, min perlu ambil ubat cardiprin untuk cairkan darah. Jadi atas faktor ini doc tidak menggalakkan min ambil sebarang pil perancang yang bersifat hormon. Sama ada berbentuk pil, suntikan mahupun implan yang di pakai dibawah lengan.

Memandangkan tarikh pergi mengerjakan umrah nanti jatuh pada pusingan period, jadi min usahalah ambil langkah berjaga2. Sabtu lepas min pun pergilah klinik bersalin subang permai, untuk dapatkan pandangan pakar ubat yang sesuai untuk delaykan period. Tapi nasib tak baik, klinik tutup awal malas nak datang 2 kali, jadi min pun pergi ke klinik yang sebelahnya.

Time tu memang ramai orang. Bila sampai giliran min, min explain baik2 yang min nak ambik ubat untuk delay period bagi tujuan umrah. Doc cakap "ok.. I prescribed u nordette family planning pil... u will get your period after you stop consume".
"Oh... ok doc, ini ada side effect tak doc, sbb saya breastfeeding, dia akan ganggu milk production tak?". Mcm ragu2 sebenarnya. .. sbb aku nakkan yang terbaik. Nak yang kurang side effect.
" ni yang paling mild punya. Ok. Collect your medicine outside".

Hurmm tu la ayat terakhir yang doc ckp.
Masa collect ubat tu, lagi sekali min tanyakan kat adik tu. Ni selamat ya dik utk breastfeeding.
Ok kak... ni yang paling rendah dos dia.

Bila balik aku macm ragu2 nak makan. Alamak aku pun tak tanya aturan makan macm mana. Tapi apa yang aku pernah dengar . Nak makan pil hormon kena consistent. Timing kena sama. So mlm tu min dah terlupa nak makan. Pagi esoknya mim set alarm untuk makan ubat setiap jam 930 pagi.

Start cuti thaipussam badan asyik sakit2 jer, perut asyik kembung, asyik rasa lapar.
Susu pun bila pump makin sikit. Mcm tak percaya bila pump hanya dapat 2oz jer. Amsyar pun bila susu macam tak puas. Asyik nangis2 tiap mlm. Kadang2 dia pukul dada min. Agaknya sebab susu dah tak lancar kot. Puasla ubah posisi. Kejap kekanan kejap belah kiri. Bila sua botol, di tepis. Alahai sianya.

Masuk hari keenam. Tergerak hati nak tanya mak. Mak cakap dia pernah ambik nordette dulu. Memang ubat tu keringkan susu. Gulppp....min dah takut dah. Patut la pump makin kurang.
Barula start google side effects nordette. Rata2 komen yang dia tak sesuai untuk ibu yang menyusu. Dalam forum susuibu.com pun cakap benda yang sama. Malah mereka lebih prefer noriday. Cuma noriday tak begitu effective kalu nak menjarrakan kehamilan sebab dosage hormone dia rendah. napela aku tak google sebelum jumpa doc huhuu... nak marah rasanya.


Hari ketujuh... (isnin)
Kesanya sangat luar biasa. Min dah start loya. Loya yang sama macam mengandung. Tak boleh hidu bau wangi. Pening, tak lalu makan dan perut tak boleh kosong.
Malam tak boleh nak tido asyik nak muntah. Hu huhuhu macam mana ni.. baru 7 biji. Nak teruskan ka. Atau nak tukar pil. Sapa boleh tolong ni??? HELPPPP

ni lah jumlah kuantiti susu sehari yang berjaya di pum. Amat menyedihkan

Akhirnya min decide pergi ke medical centre. Jumpa doc terangkan semula.
Masa jumpa doc. Dia sangat terkejut yang min diberi pil macam ni. Ni memang akan mengeringkan susu.
Ada banyak pil lain sebenarnya mcm noculut, provera, untuk delay kan period

Mcm jenis perancang, ada jenis terbaru yang dapat membantu macm diane, yass, yesamine. Dia tak akan memberi kesan loya. Tapi tak sesuai untuk breastfeeding. Jadi dia rekomen Cerazette.

Doc check tekanan darah 90/60 darah rendah. Min pun diberi satu hari mc. Disamping ubat lain


Untuk buang angin, tenangkan otot dan tahan muntah

Balik rumah terus tidur. ALhamdulillah. .. nikmatnya tidur
posted from Bloggeroid

Thursday, January 16, 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam maulidur rasul semua.

Pagi ni kami dikejutkan dengan panggilan daripada bapa mertua dan ipar duaiku yang nak datang bertandang.
Alamak habisla macam ni, dahla rumah berselerak. Sana sini penuh kain. Sejak anak-anak keluar hospital, tiap tiap minggu ada saja aktiviti luaran. Tak sempat nak kasi clear lipat semua baju.

Cadangan awal fil nak ajak hubby memancing, sudahnya diajak anak anak yang lain bertandang juga.

Dah lama sebenarnya kami tak menerima tetamu. Yang min paling ingat kali terakhir fil datang rumah masa sebelum lahirkan amsyar. Arwah mak masih ada lagi. Bukan tak sudi terima tetamu, segan nak ngajak, segalanya serba kekurangan. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan huda dan amsyar. Huda tetiba muntah2 dan demam. Huda payah nak makan. Perut dah masuk angin dah.

Dah nama pun surprise. .. segalanya diluar jangkaan, jangan marah ya. Itu tak ada, ini tak ada, time2 macam ni pula minyak masak pun habis. Dah ingatkan dah cik hubby suruh belikan. Biasala orang laki diorang tak ambik port sangat. Kita yang perempuan ni lah segan. Huhuhu

Nasib baiklah kak long selalu jadi penyelamat. Dia tahu adik ipar dia ni macam mana. Siap bawa nasi seperiuk dengan lauk pauk. -sorry xde gambar- sebab tak sempat nak shoot.
Mak cik pula masak asam pedas ikan, "fuh I loike... " orang johor kalau masak asam pedas memang terangkat. Hubby siap suruh belajar dengan makcik.


Rumah kecik jer, Semua pakat berdiri.






Efa dah nak balik dah. Bravo buat efa, ada keberanian drive sampai subang


Candid, gambar fil n hubby. Muka memang sepesen. Anak bapak

Mak selalu pesan, raikan tetamu. Sebab tetamu yang datang membawa pulang segala dosa2 kita. Rasulullah sendiri amat menghormati tetamu.

Terima kasih semua. Maaflah diatas layanan yang serba kekurangan.

Kunjungan ini juga adalah daripada idea fil untuk kami anak beranak berkumpul kerana ada 15 hari lagi tarikh untuk kami berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Moga Allah mempermudahkan perjalanan ibadah kami. Amin



Nota kaki* kain baju belum masuk lagi dlm beg. Target cuti thaipussam nak settlekan semua
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 7, 2014

Kak ngah 1st day school

Semalam 1st day school kakngah. Ummi dari malam sebelumnya dah tak boleh nak lena. Sbb memikirkan macam mana kak ngah kat school nanti. Ummi ambik keputusan untuk cuti kecemasan. Lepas hantar kak long kat sekolah daril salim. Ummi hantar kak ngah pula.

Muka macam confident


Ada ngantu sketla. Bangun pagi kan. Sebelum ni tak biasa.



Yeayy orang pertama sampai.

Kak ngah tak sabar2 nak masuk sekolah. Disebabkan kawan kawan lain belum sampai. Ummi temankan kak ngah masuk.



Kawan pertama yang sampai. Pasangan kembar anis dan ainul. Ummi pun tak dapat nak bezakan yang mana anis dan yang mana ainul. Mereka berusia 5 tahun.





budak laki ni adik anis dan ainul . Dia sebaya dengan huda. Sudahnya... adik pun ikut bersekolah juga... ( fuh tak dapat bayangkan jumlah perbelanjaan yang parent spend untuk besarkan pasangan kembar ni)

Di sekolah... kak ngah sempatla kencing. Ustazah temankan. Good start. Jangan takut ya. Jangan terkencing dalam seluar ya. Jangan takut nak inform ustazah.

Ummi yang panik sebenarnya... sebab baru 4 hari train kak ngah tak pakai pampers

Bila papa dan mama anis dan ainul kata nak balik. Kak ngah dah panik. Tarik baju dan tudung ummi. Sibuk suruh ummi duduk dan nak duduk atas ummi.

Time check dah pujuk 8. Sorry dear. You have to stay. Kak ngah meraung dah. Dengan bantuan ustazah , ummi terpaksa melangkah keluar. Ingatkan nak peluk kak ngah dulu aissshh tak boleh jadi.
Tinggal ya sayang. Belajar jadi berani. Nanti balik ustazah hantar rumah opah




posted from Bloggeroid

Sunday, January 5, 2014

Azam tahun baru **Mari Membaca**

Ha ni antara salah satu azam tahun baru kali ini. Marilah membaca pelbagai journal.
Ni semua kerana pada tahun lepas... min banyak peluang membeli buku... sungguh happy dapat melawat pesta buku bulan april


Bersama anak2 di pesta buku

Antara buku yang min beli adalah


Karya Tun Mahathir... memang teringin nak baca kisah beliau. Nak beli bahasa inggeris punya version mahal sangat. So dapat yang ni pun jadila

Dan tahun ni juga... min berkesempatan memeriahkan pesta buku big bad wolf. Dia di buka 24 jam. Bertempat di mines convention centre



Punyalah ramai orang...
Jalan sesak betul. Walaupun kami sampai kul 1200 mlm. Cik abang dah muka seposen dah. Orang yang datang berpusu2 siap bawa travel beg lagi.



Nak dijadikan cerita.... si kaklong ni boleh hilang pula. Kak ngah dah tidur. Jadi abah dia kena cari tempat untuk letakkan dia. Si adik masih cergas... jadi min dukung sambil mata tu meliar2 ke tempat pameran... pusing belakang jer... tengok nina dah takde... panik betul. Mcm mana nak cari... melaut orang kat sini.


Wajah keletihan. Tunggu ummi belek buku. Sudahnya ambik 6 buku jer. 3 untuk nina dan 3 untuk ummi. Jumlah semua rm39. Mak rugi x ambik lebih sikit. Tapi nak patah balik masuk semula ... rasa macm x larat jer. Moral of the story. .. lain kali kalau nak pergi ... pergi dengan kaki buku juga... baru best.



yea... puas akhirnya.... dah jom balik... kang ada pulak yang kena telan dek serigala kang. Sampi dirumah jam 3 pagi.


Antara koleksi buku yang dibeli.

Tapi ada yang min beli buku second hand.. yang dijual dari malaysia airlines academy.
Buku2 lama yang memang murah. Walaupun kulit buku dia mcm dah tua. Yang penting content dia


Baru complete baca 2 buku. Tak sabar nak baca buku guidline to working mom ni.

Sekarang tengah pulun baca yang ini juga


Dan tak sabar juga nak tunggu buku yg baru di order dari mph.... best katanya



Comment my hubby..."baca... jangan tak baca"

Kadang2 tak sabar nak tunggu anak membesar. Untuk kita punyai sedikit masa untuk diri kita sendiri.

Membaca di petang / malam hari dengan Santai. .. sambil menghirup secawan kopi di balcony rumah... fuh... verangan jer lebih kan.
posted from Bloggeroid

Friday, January 3, 2014

Back to school

Bermula lah ragam kehidupan bersekolah bagi anak2. Jalan raya pun mula lah sesak.

Hari ni masih ok lagi... next week hurmmm bersedialah.

kisah kak long nina

Tahun ni min tak ambik cuti panjang untuk uruskan hal persekolahan nina. Memadailah sehari... nina pun dah besar . Dah darjah 2 dah.

Melalui pengalaman yang lepas2... kak long tak banyak ragam. Berani. Cuma nampak lonely jer anak ummi ni. Mcm takde kawan.

Tahun ni ... nina sekolah agama sesi pagi. Dan sekolah kebangsaan sesi petang.... aduhaiiiii.... kita kena keluar lagi awal lah nampaknya... sebab jalan depan sekolah agama memang sesak. Lepas tu ummi kena memusing jauh ketempat mengambil bas. Pagi tadi... ummi kejut nina kul 6. Tapi 630 juga nina baru nak mandi... pleaseee sayang... jangan buat macam ni... sian la kat ummi ni.




Kak long dalam kelas... masuk kelas lewat sebab pergi makan kat kantin dulu... sudahnya tempat depan dah penuh. Ada tempat belakang jer.


kisah kak ngah huda

Asalnya ummi takde perancangan nak sekolahkan kak ngah. Sebab ummi dalam dilema... kakngah masih memakai pampers... nanti bila poo poo sapa nak handle. Baru seminggu ni la opah dan ummi paksa kakngah jangan pakai pampers itupun.... ter juga.

Tapi masa ummi beratur untuk bayar yuran kak long... adalah ummi bersembang dengan sorang mak ni... ramah orangnya... rupa2nya cikgu... bila ummi kata kakngah tak sekolah lagi sbb belum toilet train.. dia terkejut sangat. Sbb dia kata... zaman sekarang budak2 mesti dah pandai membaca bila mencecah umur 6 tahun. Dia nasihatkan ummi hantar juga kak ngah. Sbb pada ... sian kat kakngah bila masuk sekolah nnt. Kawan2 pandai baca. Tapi awak tidak.

Ummi terkedu... mcm kena letcure lak... hehehe... mcm manalah ummi bole double standar kan... dulu kaklong... ummi hantar jer dia sekolah umur 4 tahun ( kebetulan dia saiz badan besar) awak ni kecik jer. Ummi bulatkan tekad... hantar sajalah...kalau kita tak cuba... kita takkan tahu.

Habis urusan bayar yuran kaklong... ummi terus pecut ke sekolah Tadika Pasti Al Firdaus.

Ummi jumpa ustazah liyana dan ustazah najwa. Ummi ceritakan masalah hal kak ngah. Ustazah kata... mula2 budak2 memang tak biasa... lama2 dia akan ok. IN shaa Allah. Mudah2an begitulvah.

Kak ngah nampak excited bila ada uniform dan buku sekolah sendiri. 2 kali memperaga baju sekolah. Excited sungguh



Teman kaklong pergi sekolah






Comel sungguh anak ummi...
Nampak gaya... ummi kena cuti lah next monday. Nak uruskan kakngah masuk school pula.

Rajin2 belajar ya anak ummi
... tak sabar nak tengok adik acam p school pula.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 1, 2014

Balada Kehidupan 2013

Apabila syarikat membuat keputusan untuk pindah pejabat ke sepang, ianya memberi impak yang sangat maksima dalam hidup min. Di tambah pula kebetulan imannina perlu naik darjah satu ... di tika yang sama... stress sungguh rasanya.

Setiap hari kehidupan ibarat perjuangan hebat... pagi pagi nak berjuang mengejutkan si anak supaya bangun cepat (itu belum lagi bila dia buat perangai... mandi lambat... makan lambat, kerja sekolah tak siap... setokin hilang.. mcm2 la)




Berjuang berhadapan keadaan sesak jalan raya, nak kejar bas...sbb timing bas yg limited dan di tambah dengan perjalanan yang jauh... bila sampai kat office jer... tenaga dah tak ada... dah hampir 45 peratus digunakan.



Pemandangan pagi ... dlm perjalanan nak pergi kerja



Jalan sesak


Kadang2 terserempak dgn kemalangan... contohnya mcm dlm gambar ni... lori bawa beras terbalik... rasa mcm nak kutip jer beras tu bawa balik rumah.

Bila pagi min akan keluar rumah jam 7 . Tu dah kira lewat sangat dah tu. Hantar imannina ke sekolah. Dan pecut ke bangunan MAS. Time ni memang guna emergency lane ajela. Kalu tak ... x sempat. Tu pun bila keadaan kesesakan yg sangat . Kalu bernasib baik...dapatla naik bas kul 720 (memang jarangla dapat) dan bas seterusnya jam 8. Perjalanan
memakan masa selama 45 minit ke 1 jam. So smpi office memang dah lewat dalam jam 9. Padahal waktu sepatutnya masuk office kul 830. Nak buat mcm mana. Sorry la boz.

Bila balik pula, min akan ambik bas jam 545 ptg ... memandangkan jalan sesak. Jadi sampai rumah selalunya paling awal jam 730... letih tahap dewa dewi time ni.

yang menyampahnya... ada juga sore2 sumbang yg sound belakang... datang lambat... balik lajuu jer... geram jer bila dengar. Sabor min.....


Life can be miserable for me... I feel not motivated to come to work... with all the hassle.

Untuk memastikan diri sentiasa ceria... min selalu pujuk diri...
...demi anak2. .. anak2 tgh nak membesar. I have to work to survive.

Ni yang min selalu lakukan untuk kekal ceria :
1. Baca buku... x kirala apa topik pun

Min enjoy baca motivation dan autobiography book... to boost my motivational level

2. Join kelas zumba@ aerobic...@rockstar gym


At first tujuanya nak kuruskan badan sket... tapi after a few month... tak kurus juga... cuma ada improvement pada body toning.
Tapi apa yang penting bila kita join kelas ni... adalah juga exercise. .. dapat la juga tingkatkan stamina... dan kita jadi lebih positif bila badan ringan sket.

Kadang2 min tak sabar nak tunggu jumaat... nak jumpa kawan2 kat gym. Kami akan lakukan step ringkas dan sedikit cardio exercise selama 1 jam.
Terima kasih pada en hubby sbb jagakan anak selama tempoh 1 jam tu.

3. Selain dari itu... tahun ni first time min gunakan ticket foc bawa anak2 melancong menaiki kapal terbang. Destinasi yang dipilih ialah pulau Langkawi.






Percutian di pd





Dan acara paling kemuncak pada tahun 2013 tentunya hari perkahwinan ateh.












posted from Bloggeroid