Followers

Wednesday, July 27, 2011

Puasa 30.

Hari ni 26 july 2011 bersmaan 24 Syaaban 1432, tertunailah sudah tanggung jawab aku sebagai seorang muslim melangsaikan hutang puasa Ramadhan 1431.  bersyukur teramat sangat.
selang 5 hari lagi menjelma pula ramadhan yang baru. Oh Rindunya kedatangan Ramadhan.

Aku tak pernah rasa terbeban untuk mengganti puasa kali ini. biarpun disulami dengan bermacam2 godaan orang sekeliling. jauh bezanya puasa ramai2 dengan puasa seorang ni. tapi kuatkan semangat ajelah. yang paling penting aku telah pun membuktikan kepada diriku sendiri bahawa puasa tidak membataskan penyusuan. aku mampu lakukanya. biarpun puasa aku masih mampu mengumpul stok, tapi hasilnya tak delah melimpah ruah. sekarang ni umur syirah dah dekat 1 tahun , aku hanya dapat dalam 7oz jer sehari.  namun aku tetap bersyukur. moga Allah permudahkan aku dan murahkan rezeki insyirah untuk terus menyusu sehingga usianya 2 tahun. Amin

Catatan tarikh mengganti puasa selama 30 hari.
Misi Ramadhan 1432
  • Nak cuba habiskan bacaan Al - Quraan yang tergendala semasa mengandungkan syirah dulu
  • Nak buat solat terawih
  • Bangun sahur setiap hari
  • Hope dapat kurangkan berat badan (agak2 dapat tak target 50kg)
  • nak melatih imannina berpuasa (dapat setengah hari pun jadilah ;D )

banyak benda lagi nak buat... tapi malu pulak nak tulis kat sini,
Buat kengkawan semua. selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.  moga puasa kali ini lebih bermakna buat kalian semua.

Sunday, July 17, 2011

Taska Vs Rumah Pengasuh

Lately ni kesihatan mak macam roller coster. Sejak doktor detact mak ada darah tinggi, sejak tu ler darahnya tak pernah turun2 asyik naik semedang. mungkin mak tak cukup rehat, insyirah pulak dah semakin lasak. sian kat mak.  aku jadi serba salah, rasanya dah tiba masa untuk aku buat decison hantar insyirah ke tempat lain

sebenarnya start bulan 5 aku dah tercari2 orang pengasuh untuk jaga insyirah, puas aku iklankan kat fb penduduk orkid tapi takde seorang pun yang sudi. pada asalnya kak ina blok 12 tak kisah nak tolong jagakan. tapi  memandangkan dia memang dah jaga anak orang lain. yang kebetulan sama baya dengan insyirah, jadi dia tak berani nak promise. namun dia adalah tolong tanyakan2 penduduk yang lain. tapi kebanyakkanya tak mampu nak jaga 2 baby.  sian my laling insyirah.  apa2 pun terima kasih pada kak ina yang tetap berusaha untuk mencarikan pengasuh. mungkin dah tiada rezeki untuk menjaga insyirah.


5 jul mak pergi check-up kat klinik kesihatan kelana jaya... lagi sekali keputusan darah tinggi emak semakin teruk, semakin naik. doktor nasihatkan emak supaya ambil ubat untuk mengawal darah tinggi. kalu tak nanti tak lepas untuk ketanah suci.  at this point, i made a decision. it is a time to send both of my daughter to Taska Hani.   dah sampai waktunya aku kena bekorban, tabahkan hati, kuatkan semangat berserah pada Allah. moga ini adalah keputusan yang terbaik. cukuplah sudah terlalu banyak aku menyusahkan emak, dari kecil sampai dah kahwin, dari menjaga aku dan kini anak2 aku pula. TERIMA KASIH EMAK, takkan dapat kubayar jasamu biar dengan jutaan wang sekalipun.  lepas ni bolehlah emak berehat sambil tenangkan fikiran mempersiapkan diri untuk menjadi tetamu ALLAh. moga emak dan abah mendapat haji yang mabrur, Insya Allah.
ateh , emak & syirah
setakat seminggu ni di rumah taska, insyirah mesti menangis setiap kali ummi tinggalkan. sian pulak ummi. tapi nak buat macam mana dik. adik kena tabahkan hati yer. kakak pulak happy kat taska hani sebab kat sini takde budak2 lelaki nakal yang suka buli kakak.  teacher pun cakap kakak rajin jaga adik.  sekali adik dah nampak kakak kat taska.. mulalah menangis tak nak kat orang lain.  sabar dik.. kakak tu kecik lagi. mana buleh dukung adik, risau ummi bila kakak curi2 nak dukung adik,  hari ni adik demam.  sian.. kat taska mandi air sejuk.. tak mandi air panas macam kat rumah opah & rumah kita..  manja betul adik ni.  nak buat macam mana dah dari kecil tak dibiasakan. takpe lah esok2 biasalah tu.. Doa ummi, moga kakak2 kat taska akan jaga adik dengan baik.  moga Allah sentiasa terbitkan  rasa sayang dan belas kasihan melihat anak2 ummi,.



Syirah & Kakak Nina
Buat imannina & Insyirah

bukan selalunya kita akan dapat apa yang kita mahukan, kadang2 kita terfikir kenapa nasib kita tak semudah orang lain, namun ingatlah anakku ada orang lain di dunia ini yang hidupnya lebih sukar berbanding kita.  selagi ada daya ummi akan sediakan yang terbaik buat kalian berdua.  Moga kalian menjadi anak yang solehah yang menjaga ummi tika ummi sudah tua nanti, yang mengasihani ummi ketika ummi sudah tiada daya lagi.

Friday, July 15, 2011

13 Syaaban

Diam tak diam dah hari ni 15 Jul bersamaan dengan 13 syaaban. fuh tak lama lagi dalam 15 hari lagi menjelang bulan Ramadhan. rindunya Ramadhan. tahun lepas tak berkesempatan nak puasa, moga2 tahun ni dapatlah puasa penuh. kalu tinggal pun janganlah banyak hari. dan moga2 ramadhan tahun ini kita mendapat rahmat dan keberkatan bulan yang mulia.

untuk takat ini milestone aku menggati puasa tinggal lagi 2 hari.  berhenti sekejap  untuk memberi laluan kepada sahabat baikku... cik p. ( bila nak datang cik p ni... ternanti2 jadinya). nak teruskan puasa rasa tak sedap pula.  moga sempatlah ganti lagi 2 hari ni sebelum ramadhan nanti. Insya Allah

untuk waktu ni aku tengah sibuk mengarang satu citer... setakat ni tengah dalam proses edit. (edit lah konon) bila tiba masanya akan aku publish kat blog ni... KISAH AKU DAN SI DIA.

Tuesday, July 5, 2011

penantian satu penyiksaan

meniti hari....
dari minggu ke minggu aku berhempas pulas untuk menghabiskan puasa akhirnya pada 1 july genaplah selama 22 hari aku berjaya menggantikan pose. berbaki 8 hari untuk diganti sebelum menjelang ramadhan, Alhamdulillah, semoga Allah memberi kekuatan jasmani dan rohani serta mempermudahkan urusan menggantikan puasa aku Insya Allah.

rancangan awal... min nak buat puasa ganti 3 kali seminggu. menurut forecast awal min, kalu min follow plan itu. min akan berjaya menggantikan pose sebelum bulan 7. tapi dah ketentuan Allah, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.  seingat min dalam entry yang lepas min ada ceritakan kisah sakit gigi, itulah yang menjadi titik tolak, min berhenti ganti pose sekejap. sebab lepas jer cabut gigi tu min datang period pulak. habis period ... tup tup tup dah rejab. cepat betul masa berlalu. Masuk jer rejab min still ada 17 hari nak kena ganti. such a big number to finish. a lot more to replace dear.... (talking to myself).  member2 office pakat bulat mata bila dengar 17 hari nak kena ganti.

memang besar juga dugaan buat puasa straight ni. dekat office hampir setiap minggu ada jamuan makan. setiap kali attend meeting, ada jer jamuan. hari MH juara lah...meeting itu... meeting ini, tapi sumer itu ku harung jua jebat. 

berkat berpuasa 2 minggu berturut2 aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2kg. fuh punyalah liat nak turunkan berat badan.  now dah 56kg.  min ada 2 minggu lagi nak kena puasa sebelum ramadhan dan ada 4 minggu need to puasa dalam bulan ramadhan.  harap sangat i can burn 1kg each of week yang min puasa.  so if everything according to plan. secara forecast min akan turun 6 kg.  itupun jadilah untuk memberikan peluang min memakai semula baju kebaya lama yang min simpan sebab tak muat lagi nak pakai lepas bersalinkan syirah dulu

biarpun min dah jadi membulat macam ni. min tak pernah menyesal kalu nak dibandingkan dengan kegembiraan yang min dapat sewaktu menyusukan syirah. that kebaya can wait... i still believe i can go back to my actual shape. Insya Allah. sampai sekarang, min tak tempah kebya baru. sebab kalu min tempah kebaya...bermakna min agree kepada bentuk badan sekarang.  oh tidak. not untill i re-shape. huhuhu.

caiyok caiyok min