Followers

Tuesday, August 18, 2015

Aku Dia dan Buku




Yeayyy... Alhamdulillah dapat buku baru, terima kasih buat kakak ku Cik Waniey yang sudi menghubungi dan memaklumkan tentang kehadiran buku ni dipasaran.
Sah lah buku ini akan menjadi bahan godek sepanjang minggu ni.
Dah lama betul berkenan nak baca cerita cerita perjuangan, terutama yang melibatkan pejuang wanita di Malaysia.
Umum pasti pernah mendengar kisah beliau. Pahit manis beliau didalam sejarah tanah air Malaysia.
Nanti min kongsikan ulasan berkenaan buku ini di entry akan datang.

Untuk kali ini, min nak berkongsi cerita berkenaan insan yang tolong belikan buku ni iaitu kak waniey.

Min kenal mula kenal dia sejak tiga tahun lepas, bermula dari hari min kena pindah office di KLIA.

Percaturan Allah itu hebat, di saat hati sering gelisah mengahadapi perjalanan pergi dan balik kerja selama 45minit, Allah temukan min dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama. Min selalu perhati dia, tiap tiap hari dia akan bawa buku cerita tebal. Selang 2 hari buku tajuk yang lain. Cepat betul dia baca, dan yang penting banyak sungguh buku cerita dia.

Satu hari duduk sebelah dia dalam bas, mula mula tanya buku apa dia baca, kalau tak silap time tu dia baca cerita sunan karya Ramli Awang Mursyid, apa lagi rasa berkocak jiwa, nak pinjam. Punyala lama min follow cerita sunan ni tiba tiba pula nampak orang tengah pegang buku sunan terkini wahhh gembira tak terkata.

Start dari tu, kami selalu bertukar tukar koleksi yang ada. Tapi kak waniey lagi hebat la. Memang dia suami isteri ulat buku. Min pernah terserempak dia dan suami di pesta buku antarabangsa kl.
Sekarang ni kalau ada jer pesta buku kat mana - mana kami akan bertukar tukar maklumat


Kak wani dan suaminya Cik Eddie. Jangan marah ye saya publish gambar ni.
Rasa rasanya rumah diorang ni mesti macam perpustakaan mini kan, penuh dengan buku.


Tu dia!!! Koleksi buku kak waniey, kak waniey ni memang peminata tegar Norhayati Berahim, semua koleksi NB dia ada,
Jeles sungguh nampak dia posing kat sebelah RAM, rasa nak menyelit kat sebelah.

Minat yang sama, buku berunsurkan thriller, love story, biografi, sejarah ...tapi tak semua sama. Ada juga yang berbeza dari segi pendapat.


First time berselfie bersama ketika ramadhan 2015, setelah hampir 3 tahun mengenali kak waniey.

Alhamdulillah, terima kasih atas ukhwah yang terjalin. Hidup saya sangat sangat terisi dengan kehadiran akak dan buku buku akak.

Lately ni kegilaan kami makin menjadi jadi, menunggu kehadiran buku cerita daripada Melur Jelita... bikin panasaran... tak sabar rasanya.

Moga kak Waniey dan suami sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Terima kasih sudi jadi sahabat saya

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 5, 2015

Mengait

Dah lama tak dengar perkataan mengait ni.
Ada yang panggil merajut, mengait, crochet ... yarn... apa sahajalah yang sewaktu denganya

Kalau diimbau kembali, zaman kecil kecil dulu hampir semua rumah mesti ada alas meja yang dikait. Mak mak zaman dulu memang suka mengait. Tiba tiba teringat kat mak... tv terpasang, tapi mata tak pandang pun ke tv sebaliknya asyik dengan dunia kaitnya tu.

Bila tengok mak mengait, hati jadi sangat kagum sebab daripda sebuku benang tu boleh berubah menjadi alas meja, chairback ( alas kerusi) baju, topi dan macam macamlah.

Lama lama hati jadi berkenan nak belajar.
Mula mula mak ajar buat tali air, pastu ajar macam mana nak buat single crochet. Projek pertama yang mak bagi tutorial adalah mengait alas tv. Kerastangan nak memulakanya, pastu tak boleh syok sendiri sebab ada kiraan asas. Nanti corak tak cantik. Kena tekun sampaila siap. Hati berbunga cinta bila dah siap.

Projek kedua pula min buat kait bakul telur. Memang tak boleh lupa la projek ni. Waktu nak kawin dulu, zaman habis belajar mana ada income besar nak bagi bakul kaca seramik yang sangat femes tahun 2003. Tiba tiba datang idea buat kait bakul telur, tak banyak belanja dan boleh custome made. Boleh pilih warna benang mengikut color yang kita suka. Time tu min pilih warna pink , shocking pink. Wah suka nya

Sehari time bekerja dapat siapkan atleast 5. Masa tu tak kira dimana, tak pernah berenggang dgn jarum kait dan benang. Finally dapat siapkan dalam seribu bakul telur. Bukan min sorang, dengan bantuan cik rusma yang sanggup top up kait bakul telur corak nenas, sayangnya min tak simpan semua design.

Now setelah hampir 12 tahun tak mengait. Tiba tiba hati rasa rindu nak mengait
Maka terhasil lah






Bekas air, kait sendiri hasil refer kat youtube

Dan teringin nak belajar kait ni



Masih belum faham cara nak buat dia macam mana. Sebab min tak pandai baca diagram. Tapi kalau ikut pelan pelan kat youtube, In shaa Allah menjadi.

Kata orang ' kalau nak seribu daya', 'belum cuba, belum tahu'

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 16, 2015

Aku masih disini




Alhamdulillah

Semalam tanggal 15 june genapla 10 tahun min bersama Malaysia Airlines System Berhad.
Syukur syukur syukur ya Allah.
Kerana memberi peluang buat min berada bersama syarikat gah ini sebegini lama, meneruskan hidup mencari nafkah disini.






Dan dengan takdir MU juga,  min akan disini meneruskan perjuangan di syarikat baru MAB.
Biar apa pun namanya
Harapanya hanyala satu... demi melihat kompeni ini bangkit semula
Moga yang tinggal diberikan kekuatan untuk melaksanakan misinya.
Buat rakan perwira yang bakal meninggalkan kami,
Min doakan moga Allah bukakan pintu pintu rezekiNYA buat kalian, dipermudahkan segala urusan.
Tanpa KALIAN tak mungkin kami berdiri disini.
Moga RAHMAT Allah sentiasa bersama kita semua.






Wednesday, May 27, 2015

Syukur 37

Entry ni patutnya publish pada 08may, memang min dah plan nak publish tapi ada sahaja halangan.

Hari ni 8 may, Alhamdulillah ya Allah KAU berikan aku kesempatan untuk meneruskan hidup didunia sementara ini hingga kesaat ini.
Syukur ...syukur... syukur


Nampak tak...
Ni antara koleksi gambar gambar bila menjelang 8may, sejak min berkerja di Klia, semakin berusia, dah nampak perubahan kat gambar, Alhamdulillah syukur masih sihat dan gembira

Dan lebih gembira pada hari ini, antara yang menarik yang tak mungkin min lupakan adalah berkesempatan untuk menghadiri ceramah motivasi daripada penceramah terkenal Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau hadir di auditorium MAS ssz Kerana memberikan ceramah kepada seluruh warga kerja Malaysia Airlines, dengan tajuk "menghadapi badai perubahan".

Topik yang sangat menarik, umum sedia maklum keadaan syarikat sekarang, tak perlulah min kupas dengan lebih lanjut, sebab hanya akan mendatangkan spekulasi sahaja.

Ceramah yang berlangsung selama 2jam ni snagat mengesankan. Rasanya rata2 audien tak sempat nak melelapkan mata... gamat auditorium dgn aksi2 dan tips2 hebat dari dmfk bagaimana kita hendak mengatasi perubahan... menyediakan diri kearah perubahan. Apa yang penting kita sentiasa berfikiran postif, ingat benda2 positif dan perbuatan yang positif. Banyak lagi sebenarnya... In Shaa Allah min akan share tentang tips ni.


Hajat hati nak juga bergambar berselfie dgn dmfk, tapi tak kesampaian sebab ramai sangat yang naik kepentas. In shaa Allah, satu hari nanti kita akan bertemu juga.

Balik dari ceramah motivasi, hujan turun dengan lebat, kawan-kawan dah tunggu nak makan.

Surpprise!!!!


Diorg buat small birthday celeberation untuk min. Ya Allah terharunya, terasa mcm menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 17 pula

Terima kasih semua, mummy Tengku Zubaidah, Puan Shuzliana, kak Hannie, kak Asma, Kak Hizati, wan hasanah dan Rachel, walaupun tak join makan tapi sempat hug dia.

Dan balik dari tempat kerja....
Rupa2nya mak abah , suami dan adik2 serta anak2 dah tunggu kat rumah

Surpprise again!!!!


Tu dia... nampak tak? Present from my other half, terima kasih. Terima kasih semua.

Sangat2 terharu...



Rezeki lagi... department buat surpprise birthday party for MAY babies...
Min, kak Hizati & our manager Puan Sharifah Mazura

Terkezut mak...


Nampak tu makan kek tak ingat dunia...
Lepas ni tahula... bmi lari
Tenkiu sapa yang snap gambar ni... suka sangat

Dan di tarikh ini jugala kelahiran Sharmin OneStop Centre



Melangkah kehadapan memulakan suatu yang lain dari yang lain.

This baby really need support k, please support us, visit us

Moga hari hari mendatang juga secerah dan seceria hari ini

Akan ku kenang selamanya

#TERIMAKASIHALLAH

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 12, 2015

Tuesday, February 10, 2015

Imannina turn 9

Minggu lepas merupakan minggu yang penuh dengan keterujaan, dari hari isnin imannina dah tak sabar nak tunggu tarikh keramatnya iaitu 6 feb, yang bakal menginjakkan umurnya ke usia 9 tahun. Sungguh pantas masa berlalu.

Kebetulan minggu lepas opah dan wan tiada di subang kerana melawat ateh, jadi ummi dan abah la yang menjadi mangsa melayan imannina.

Cepat betul masa berlalu, rasanya mcm baru semalam min di bilik bersalin di hospital selayang.
Masih terbayang segala detik proses menuggu kelahiran imannina yang penuh memdebarkan.
Maklumlah anak sulung.

Sebab tu... kadang 2 terfikir dihari ulangtahun kelhiran, orang yang patut diberi hadiah adalah mak dan abah, sebab mengenangkan keterujaan dan jerit perih mereka membesarkan kita sehingga kini



Macam macam permintaan yang disenaraikan, antaranya nina nak pensil colour 48batang. Sebenarnya dah lama dah dia minta pensil color ni, dari hari pertama iklan kaler pensil 48 batang ni keluar kat tv. Ummi dah cuba cari, tapi tak jumpa pula di kedai2 buku kat subang. Ummi pesan dengan abah, marilah kita carikan... buat semangat kat imannina.



Dulu dulu masa kecik, tak pernah dapat kaler macam ni, paling paling tidak pun pensil kaler luna panjang 12 batang, itupun dapat masa darjah 6. Tengok ajelah kawan2 lain.

Dan antara permintaan imannina yang lain adalah nak buka akaun facebook.
Hohoho... yang ni ummi definately takkan layan. Apa yang ada sekarang pun cukup melekakan... cukupla. Demi nak pujuk dia... ummi cakap tunggu nina besar dulu ..



Happy birthday buat nina dan wan yang berkongsi bulan kelahiran yang sama


Hurmmm macam tu lah



posted from Bloggeroid