Followers

Saturday, January 9, 2016

Hari ini dalam sejarah



Dulu dulu masa kecik selalu  dengar caption ni kat tv1,  bil tiba jam 6 petang jer dengarla caption ni kalau duduk kat kampung mesti tak boleh nak ubah siaran, wajib tengok k , sebab arwah tok suka siaran  ni

Dan caption kali ni masih lagi dengan hari ini dalam sejarah, sesuatu kejdian yang kini tinggal sejarah yang terjadi pada kami sekeluarga.  Sejarah yang akan kami kenang sampai bila bila

Dari tahun lepas min cuba nak tulis cerita ni, tapi terbengkalai kerana minda sedang membina kekuatan untuk melupakanya.

tapi apabila pihak astro acapkali mengulang tayang drama kisah benar berkenaan "pondok pakya" iaitu satu tragedi kebakaran yang berlaku pada 22 september 1989, peristiwa yang mengorbankan 27 para syuhada. Memberi min idea dari mana nak mulakan cerita.

Kebakaran yang berlaku di asrama pondok pakya difahamkan berpunca daripada sebatang lilin yang digunakan oleh pelajar ketika belajar.

 Sewaktu kejadian kebakaran ini berlaku min baru darjah 5.  Setiap hari min baca surat khabar menanti berita mutakhir tentang keadaan pelajar. 

Kebetulan pula asrama agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah terletak di Yan kedah, dekat dengan kampung min di merbuk

Pix from google

Melalui drama lakonan semuala peristiwa yang di siarkan di astro, kita dapat melihat bagaimana  maraknya kebakaran itu berlaku. Dan bagaimana sistem komunikasi zaman itu dilakukan bagi memaklumkan tentang kejadian kebakaran kepada pihak ibu bapa. 

 Tak dapat min membayangkan bagaimana perasaan Pengetua apabila beliau diminta untuk mengecam mayat anak anak syuhada, dan bagaimana emosi beliau apabila hendak menyampaikan berita kebakaran itu kepada ibu bapa, sementelah semua rekod pelajar telah hancur dijilat api. 

Bagaimana penerimaan ibu bapa apabila mengetahui anak yang dikasih, anak yang diharapkan menjadi harapan keluarga kini telah tiada dan  pergi dengan keadaan yang begitu tragis sekali

Apa perasaan pelajar pelajar yang terselamat tetapi terpaksa meneruskan hidup dengan penuh kesengsaraan apabila terpaksa berdepan dengan trauma akibat kecelakaan tersebut.  Pastinya kejadian ini menghantui diri mereka seumur hidup. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.


 Drama yang dipaparkan memberi kesan positif pada diri min. Yang mana min berharap semoga cerita yang min  kongsikan ini  menjadi teladan buat semua orang.

Jumaat, 13 February 2015, 5petang
Min dapat mesej melalui whatsapp daripada abangcik (adik no4) bagi memaklumkan tentang rumah mak terbakar, namun segala detail belum disertakan lagi

dalam masa yang sama satu gambar dikirimkan kepada min melalui facebook daripada jiran terdekat bertanyakan kenapa terdapat lori bomba didepan rumah mak, ada musibah apa yang sedang berlaku.

waktu tu min masih ditempat kerja, antara percaya dan tak percaya. Tapi min tak boleh nak balik awal sebab tak ada kenderaan. Jadi min ambik keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa di office sebab tak pasti tentang keadaan yang sebenar

Didalam perjalan pulang  min asyik fikir macam mana boleh terbakar pula, daripada mana api itu datang.  Menurut abang cik ia berpunca kerana huda main lighter yang ditinggalkan diruang tamu.  Sebu rasa hati, perasaan marah meluap luap, sejak bila pula huda pandai main lighter, dan siapa yang meninggalkan pemetik api disitu


Dan ini adalah  kronologi cerita kebakaran yang diceritakan oleh emak, menurut emak...

345 ptg: mak tidurkan huda di ruang tamu tengah sebab masing masing dah keletihan baru balik dari majlis pernikahan am dan elice di bestari jaya. Waktu itu abah diruang tamu utama sedang menyaksikan majlis pengkebumian arwah tok guru nik aziz yang meninggal pada 12 feb 2015, iaitu malam sebelumnya

Setela huda lena, Mak terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor dan mengaji dibilik sambil menuggu waktu solat asar 

415 ptg : huda meluru masuk bilik mak dan terus mengunci pintu bilik. Bila mak tanya kenapa huda... huda hanya jawab 'tak de apa apa'

420 ptg: terdengar jeritan abah dengan kuat 'keluar... keluar....keluar....api dah marak ni..'
 Mak tutup alquran, rasa tak sedap hati, mesti huda dah buat sesuatu yang menimbulkan kemarahan abah,

mak terus keluar, terperanjatnya emak melihat kepulan asap hitam dan api yang sangat marak memenuhi ruang tamu

mak berusaha sedaya upaya untuk keluar melalui jalan kedapur untuk menghulurkan air.  
Asap yang berkepul kepul menyukarkan emak untuk bernafas,  bahang api yang panas di lantai rumah melambatkan pergerakkan emak. 

Tapi mak kuatkan semangat memikirkan nyawa seisi rumah dalam bahaya pada saat itu.

 Abah pula sedang bergelut seorang diri mengusung sofa pvc yang terbakar diruang tamu tengah keluar daripada rumah dengan melalui kawasan ruang tamu utama.

pada abah ... abah perlu pantas sebelum api lebih marak dan merebak ke kawasan suis utama rumah.
Abah mesti selamatkan rumah ni. Inilah rumah yang abah bina dengan titik peluh abah sepanjang bekerja. Rumah inilah juga tempat anak anak dan adik beradik berkumpul bila tiba musim perayaan, abah yakin abah boleh lakukan

425 ptg: abang cik yang berada didalam bilik terjaga dari tidur, abang cik baru sedar rumah terbakar bila keadaan dibilik sangat panas. 

Bila abangcik keluar bilik, ternampak abah seorang diri tengah mengalihkan sofa yang sangat marak 

Abah dan abangcik bertunggkus lumus menolak sofa yang besar dan panas tu keruang tamu utama. 

Apabila smpi keruang tamu utama,  keadaan menjadi sukar bila nak bawa sofa pvc keluar, lantaran pintu kayu tertutup dan mereka berdua terkepung. 

Nak ditolak keluar melalui sliding door, tak boleh pula sebab terdapat 2 biji kereta disitu. Keadaan akan lebih buruk

Abangcik berjaya meloloskan diri membukan pintu utama, dengan keadaan mata yang pedih dan kesesakkan nafas dek kerana melawan dan menghidu asap hitam tebal.

apabila pintu kayu berjaya dibuka... lagi sekali mereka menghadapi kesukaran untuk menolak keluar sofa. Kerana sofa tu terlalu besar tak muat melalui ruang pintu.  
Berhempas pulas abah dan abang cik mengiringkan Sofa tersebut agar dapat melolosi ruang pintu..

Api semakin bertambah marak lagi ditambah dengan angin yang bertiup daripada luar rumah. Tanpa disedari api marak menyambar langsir rumah, lalu menyambar sofa besar di ruang tamu utama. Dan dari situlah puncanya kebakaran merebak yang memusnahkan segala perabot di ruang tamu utama.

Abah dan abangcik berjaya mengeluarkan sofa pvc dan mereka sekali lagi berhempas pulas cuba mengeluarkan sofa satu lagi sepantas mungkin.

mak berjaya menghulurkan paip air untuk abah padamkan api .
dalam masa yang sama cikyah jiran sebelah rumah berjaya menelefon  anggota bomba bagi memaklumkan tentang kejadian dan alamat rumah.

445 ptg: mereka menunggu kehadiran bomba, dari jauh kedengaran bunyi siren bomba semakin dekat. Namun bomba tak sampai2 juga.  Malah pihak bomba menelefon cikyah semula untuk kenalpasti kawasan kebakaran. Cikyah juga panik waktu itu

450 ptg: marak api semakin terkawal dengan bantuan air daripada rumah cikyah dan paip diluar rumah. Mujur tekanan air kuat.
Dek kerana kelelahan dan sakit kepala serta sesak nafas, masing2 bergilir gilir berehat di luar rumah. Tiba tiba mak bertanya "huda kat mana? Ya Allah huda masih didalam rumah. Didalam keributan menyelamatkan rumah, Tak ada siapa perasan rupanya huda masih didalam.

abang cik masuk semula meredah sisa api yang belum sepenuhnya terpadam, sesekali terasa percikan tersebut mengenai badan. 
Dengan pantas abg cik masuk kedalam bilik mak mencari huda.

kelihatan huda sedang menyorok di tepi katil. Tak tahulah apa yang sedang difikirkanya, sedangkan mereka diluar rumah bagai nak pitam menghidu asap, entah macam mana pula huda didalam bilik tu.

bagi menyelamatkan huda, abang cik membuat keputusan mencampakkan huda keluar rumah melalui tingkap, mujur ada tingkap yang tidak bergril, maka dapatla huda meloloskan diri.  Alhamdulillah Allah lindungi huda.

5.00 ptg: sepasukan anggota tiba di perkarangan rumah, pihak bomba membuat tinjau kadar keselamatan, bagi memastikan semuanya sudah selamat. Tatkala itu semua api telahpun berjaya dipadam oleh abah, abangcik dan emak.  Pihak bomba padamkan suis eletrik utama bagi mengelak sebarang litar pintas yang ditakuti merosakkan peralatan eletrik yang lain. Selain itu pihak bomba juga memberi rawatan kepada kesan kesan lecur dan lepuh pada mak abah dan abang cik. Mujur huda tidak mengalami sebarang  lecur.

menurut pihak bomba, kelewatan mereka adalah disebabkan oleh alamat diberi tidak lengkap, tanpa lorong jalan mahupun nama kawasan. Maklumlah, kg subang sekarang semakin pesat membangun. Terdapat banyak tamann2 perumahan.

Pihak bomba memuji kecekapan mak abah dan abangcik. Kerana berjaya mengawal api.
Namun abah tak buat sebarang laporan polis atas kejadian ini. Kerana tiada sebarang tuntutan gantirugi yang boleh dilakukan kerana tanah yang abah beli tiada polisi insurans. Kat sini betul2 pengajaran buat kami semua.

Oleh itu perhatikanla persekitaran rumah yang kita duduki... 

Abah cakap, kejadian berlaku sangat pantas, dalam masa 10 minit api merebak begitu cepat sekali.  Tambahan pula waktu tu memang musim panas

jadi berhati hatilah semua... renungkan sejenak:


1. Selamatkah rumah yang kita duduki
2. Pastikan ada pintu alternatif bila berlakunya kebakaran, terutam bagi mereka yang duduk dirumah apartment.  
3. Kita pasang grill untuk elakkan pencuri, tp berhati hatilah, cuba buat motion study bila berlaku sesuatu, pintu  mana yang paling pantas kita gunakan untuk menyelamatkan diri
4. Ajar  anak2 tentang bahaya api
5. Standby kan pemadam api. Memangla mahal. Tapi bila dah kehilangan harta benda mcm ni, nilai rm700 tidakla semahal mana kalau nak dibandingkan dengan kerugian yang kita tanggung kelak.
6. Prepare for the worst. Carila sebanyak mungkin cara terbaik mengelakkan kebakaran, bagaimana cara terbaik berhadapan dengan kebakaran. Kerana kalau kita silap langkah. Takut ianya memudaratkan kita.
7. Pilih plan insurans anda. 

benarla kata orang, jangan bermain api, kesan kebakaran tu sangat pedih. 
Dalam satu seminar yang min attend selepas kejadian, penceramah menerangkan selain api, asap juga amat bahaya sebanyak 300 kali ganda berbanding api.  

Asap membunuh secara senyap, sebab itu apabila berlaku kebakaran ditengah malam, banyak kes kematiam berpunca daripada lemas menghidu asap.

min juga berkesempatan melihat kesan kesan mangsa kebakaran, ada yang buta. Ada yang melecur di muka, badan, kaki dan tangan.
kesan melecur memusnahkan keyakinan diri mangsa seumur hidup. Dari itu elakla kebakaran sebaik mungkin. Buatla persediaan sebijak mungkin





Anggota bomba yang sampai setelah kebakaran padam, terima kasih kepada anggota yang merawat kesan lecur di kaki dan tangan emak abah dan abang cik



Pandangan sudut rumah emak daripda pintu utama selepas kebakaran


Lakaran kawasan dimana api marak, juga terdapat 2 kereta dibahagian porch rumah yang menghalang untuk mengeluarkan sofa yang sedang marak dijilat api


kesan daripada kebakaran di ruang tamu utama, tempat abah duduk menyaksikan video pengkebumian Tuan guru Nik Aziz, hampir kesemua perabot musnah kecuali set meja makan


kerja kerja pembersihan ruang tamu utama, terima kasih buat jiran tetangga yang datang melawat dan sedara mara yang turut hadir membantu membersihkan kembali kawasan rumah


1.Atas sebelah kiri - kesan kebakaran didinding, kawasan utama api marak, juga terdapat tempat suis elektrik utama berdekatan
2.atas kanan-jelaga memenuhi kawasan rumah
3. Bawah kiri-kesan jelaga keruang tamu menghala ke dapur
4. Setelah dibersihkan dan ruang tamu tengah dicat dengan warna biru laut


Allah tidak menguji hambanya dengan ujian melebihi kekuatan hamba itu sendiri, pasti ada rahmat disebalik ujian

Sedeh sangat.....
kalau lah boleh ku putarkan waktu, takkan ku biar semua ini berlaku

Semua orang tak tahu... yang mana 5 hari setelah kebakaran berlaku adalah hari ulangtahun kelahiran abah yang ke -60.

Ya Allah, tak tahulah macam mana sedihnya perasaan abah. 

Min minta ampun abah.

Pastinya abah sedih...min dan adik adik berpakat kami adakan supprise birthday party buat menghiburkan hati abah.


Birthday abah yang ke -60. 
Kami berhimpun jayakanya bersama sama.
rasanya abah tak perasan kami arrange semua ni disaat saat akhir.

Teringat ungkapan abah selepas makan makan...

"Thanks to anak2, hope all of u still united"


Hanya kepada kepada Allah kita berserah disaat saat jiwa resah ditimpa musibah


Namun min bersyukur sangat sebab api tak melarat sehingga keseluruh kawasan rumah. Ternyata rahmat Allah sentiasa bersama hambanya, 

Bila min hitung balik kami hanya ada masa sebulan lebih untuk redo dan cat balik rumah sebab akmal akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan mar 2015. 
Syukur sangat sangat...

Kalau tak tak tahulah macam mana, semua barang barang goodies perkahwinan, hantaran ... semuanya didalam store.
perkahwinan adik agak teratur sebenarnya sebab semuanya telah awal kami siapkan 
kecuali kejadian ini.  Alhamdulillah



Beginilah keadaan huda selepas kebakaran. Syukur huda tak apa apa. Alhamdulillah Allah lindungi huda

Masa min dalam perjalanan balik tu, macam macam min fikir ....apa nak 'basuh'huda, Memandai jer dia main api.
Mak cakap... puas mak tanya huda buat apa kat rumah opah.. huda hanya jawab ... huda tak buat apa apa... huda tidur jer.

bila min tengok dia ... dia nampak takut. Badan dia menggeletar bila min mandikan, jenuh min pujuk.
min peluk dia...  terdapat kesan calar dikaki dan penuh duri kaktus, abangcik tercampak dia atas pokok kaktus.
Huda cakap dengan min
'Kenapa ummi tak marah huda' 
Syahdunya... sian dia... dia tahu dia dah buat salah, pasrah dan redha jer nak kena marah.
haish... nak buat apa ummi marah.. 
tapi..
huda buat apa sebenarnya?
Huda cakap
huda nampak lighter (pemadam api) , huda cuba nak bakar plastik masa tu huda duduk atas sofa kelabu( sofa pvc) tetiba jer api tu tak boleh padam
huda larilah dalam bilik opah... api tak boleh kejar sampai bilik opah, huda dah kunci pintu dah.
aduhai... gitula cerita budak yang belum cerdik lagi. Tapi punya sikap ingin tahu yang tinggi

sampai sekarang huda pasti ingat peristiwa ni


Suatu masa dahulu, beginilah meriahnya suasana rumah mak dan abah dengan kehadiran saudara mara. Semua perabot ini hangus dijilat api, segalanya tinggal kenangan

R E D H A


Terima kasih tak terhingga buat semua yang datang berziarah dan menghulurkan bantuan keringat mahupun keewangan.  Maaf diatas layanan yang tak seberapa.

kat sini min belajar sesuatu, bila berlaku kesusahan pada saudara mahupun sahabat, kunjungla mereka, hulurkanla bantuan. Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka.



Siti muhaimin jamal
Genap 336 hari peristiwa bersejarah


Tuesday, January 5, 2016

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah... 2016 menjelma sudah, bertambahlah usia kita setahun lagi
Semoga keimanan, kesabaran dan kewarasan diri kita juga bertambah sejajar dengan usia

Seperti biasa azam tiap tiap tahun min nak menjadi lebih baik dari daripada tahun sebelumnya dalam pelbagai sudut,
jadi lebih kurus dan sihat
yang penting solat diawal waktu.

Tapi kan...
Belum pun menjelang tahun baru... tup tup min diuji dengan sesuatu yang betul betul diluar jangkaan


Huhuhu kereta rosak, timing belt putus masa dalam perjalanan nak bayar duit sekolah anak

Segalanya tak pernah min terbayangkan
Dengan tak semena mena, keluar jer dari simpang rumah masa min nak menukar gear, tiba tiba jer clutch tak respond. Enjin mati di tengah jalan. Nasib baik jalan lengang. Dan kereta masih boleh di gerakkan kebahu jalan.
Tak terbayang nasibnya macam mana kalau berlaku di tengah jalan yang sesak. Macam mana lah dengan keadaan min dan anak anak.


Dan nasib baik masih boleh call insurnce untuk pertolongan towing kereta tanpa sebarang bayaran Terima kasih ETIQA. Nampak tak bertapa pentingnya kita ada plan insurance disaat saat kecemasan


Mengikut pihak insurance kereta jika kawasan yang nak ditunda dalam lingkungan 50km dan tidak melalui sebarang tol, maka tiada sebarang bayaran dikenakan.
Tetapi
Seandainya had melangkaui 50km yang dinyatakan dan perlu melalui kawasan tol segala kos tambahan dan kos tol adalah dibawah tanggungan penggguna


Tapi sebelum tu call dulu no toll free ni untuk dapatkan bantuan 1-800-88-6491 (ETIQA TOLL FREE)


korang semua aware tak  insurance kereta pakai company apa?
kadang kadang kita renew jer insurance tu tiap tiap tahun, tapi tak perasan company mana.


my Hero my Savior
GWS : get well soon



Terima kasih pada abah, adik adik dan en somi yang bertungkus lumus membantu siapkan kereta

Huhuhu
Speechless

sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan diri kita sendiri