Followers

Sunday, January 23, 2011

selangkah kehadapan

patutlah sejak-dua menjak ni aku selalu sakit2 kat bahagian sendi, semalam terfikir gak adakah kandungan kalsium dalam badan aku semakin kurang.. maklumlah orang menyusu kan.... kebetulan masa jumpa doc azlina kat klinik Doktor sharifah & Azlina. doc suggest aku amik kalsium suplement, look like i needed it to prevent oateoporesis.  hari ni bangun dari tidur .... jeng jeng jeng..... my best friend dah datang... fuhhhh after so long takde.... hari ni dia timbul. maknanya lepas ni kena lebih berhati2, hheehehe. patutlah susu mcm kurang jer.

Alhamdulillah... semalam pulang daripada klinik, sudahnya kami pun bersepakat untuk membeli deep freezer, tapi sebelum tu jenuh juga lah tawaf satu kawasan subang perdana, kampung subang dalam memastikan pilihan yang tepat.  after wheighing all the facts, then we all decided to buy  deep freezer jenama faber jenis bukaan sisi, kebetulan dia tengah offer dekat one of shop kat sini.


memandangkan ruang rumah pun takdela besar mana, so jenis yang ni just nice nak fit in our house. pening gak... semakin menyempitkan kawasan dapur.
so semua stock kat tempat kerja telah pun dibawa pulang ke rumah, kami agih2 kan mengikut bulan... inilah hasilnya


harap2 selepas ni stock susu semakin meriah...mcm momy2 kat luar sana, mudah2han hasrat nak BF syirah selama 2 tahun di permudahkan. Insya Allah



Terima kasih abang,

Friday, January 21, 2011

Me & Breastfeeding

kata orang bukanya nya susah sangat nak susukan baby. Semua wanita mampu menyusukan bayi setelah melahirkanya.  malah dengan teknologi zaman sekarang, mana2 wanita yang berhasrat untuk menyusukan anak susuanya tetapi masih belum berkahwin juga boleh melakukanya dengan bantuan ubat tertentu, begitu mudah sekali.  namun persoalanya mampukah seorang ibu itu menyusukan anaknya selama 2 tahun.  satu persoalan yang sukar dijawab dan amat sunjektif sekali.

Hasrat untuk menyusukan bb memang ada sejak min bersalinkan imannina lagi iaitu 5 tahun lepas. namun impian itu tak kesampaian kerana kurang pengetahuan, sokongan dan galakkan dari orang sekelliling. walaupun 2 kali dengar ceramah penyusuan kat klinik kesihatan, namun masih belum mencukupi.

Bila mengandungkan Insyirah, tak silap min adalah sebanyak 4 kali dengar ceramah pasal penyusuan, 2 kali di klinik dan 2 kali di Hospital sungai buluh, hinggakan kena evaluate dengan auditor selepas ceramah untuk mengetahui tahap kefahaman kita berkenaan penyusuan, kalau tak silap masa tu kandungan dah mencecah 7 bulan. bermula dari situ lah min betul2 berazam untuk menyusukan Insyirah. balik dari hospital min senaraikan punca kegagalan menyusukan imannina dulu, antaranya: 
  • imannina di perkenalkan dengan penyusuan melalui botol sebaik pulang dari hospital
  • tak tahan bila puting melecet. so opt kepada puting plastic
  • penggunaan puting tiruan...sebab nina asyik melalak jer dalam pantang
  • penggunaan pump yang kurang berkualiti (jenama dirahsiakan)
  • tak tahu tentang penggunaan milk booster untuk melancarkan & memperbanyakkan susu
  • tak tahu tentang konsep EBM
Jadi bermula dari saat itu... min mula melayari blog2 penyusuan untuk mendapatkan pendapat mereka tentang jenis pump yang sesuai, jenis2 milk booster yang ada di pasaran. yang paling min ingat sebelum insyirah lahir lagi min dah beli jamu ASI, bersyukur sangat ianya amat sesuai dengan badan min dan tidak mendatangkan kesan sampingan pada bb dan Tak lupa juga pada galakkan yang berterusan dari office mate Kartini Waris, dia memang idola min, biarpun sibuk dengan tugas harian, dia tetap pump dan telah berjaya susukan anak dia selama 3 tahun. min banyak belajar dari dia

Jenis2 pump usah ceritalah... now min dah ada pump pureen 2 jenis , manual dan bateri, pump jenama OK bb.  tapi semua tu tak berapa efektif, sampailah 1 hari sebelum insyirah lahir... min masih tercari2 pump yg sesuai,  kebetulan chit chat dengan office  mate siti jasmin taufik, min tanya kat dia jenis pump yg dia pernah guna,  dia cerita dia guna spectra 3, tapi dia sekrang dah tak pump, bb dia dah start makan, then min tanya dia buleh tak kalu nak pinjam pump semasa bulan pantang, kalu puas hati baru nak beli. tak pun kalu dia rasa dia tak kisah nak let go. min dont mind beli second hand dari dia. jasmin agree nak let go. thank you so much Jasmin it really worth it. dan sepeti ketentuan NYA min rasa sakit bersalin dan bersalin betul2 hari siti jasmin bagi pump spectra kat min, memang tak sangka.

sepanjang tempoh berpantang, memang banyak juga dugaan. tapi kali ni min sengaja tak nak standby formula milk kat rumah, so nak tak nak. mak kena tunggu juga min bagi susu badan. pernah gak syirah nangis tengah malam. mak kata dia tak cukup susu. kena standby susu formula juga. min tak tau nak kata apa. sudahnya lepas dipujuk oleh mak, abah n hubby sudahnya min mengalah. beli jugalah formula milk jenama Anmun,
but with one condition. min tak kisah diorang bagi sementara min lambat bersiap. tapi kena pakai sudu. tak mo pakai botol. diorang mula2 membantah. but lastly diorang ikut juga. setiap hari min jadi terkejar -kejar. tengah bertungku  syirah dah jaga. rasanya kali ni tungku tak pernah dapat satu jam, most of the time banyak melekap dengan syirah. dan min tak pernah sekat banyak mana nak minum air, minum dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap

Pengalaman puting melecet pun ada juga. adalah satu hari tu min excited sesangat nak try pump spectra so min pun pump ler... pelik juga, pump punya pump tapi susu tak keluar. maklumlah time tu syirah just finish menyusu... memanglah tak keluar. dah tu pump tu min slowkan suction dia. so kali ni min kuatkan suction .. seronok juga tengok susu keluar, sampai tak sedar rupanya dah berdarah darah puting min. huhuhu ngeri nak bagi syirah hisap... tapi selamba jer bagi gak sebab syirah lebih suka belah kiri berbanding kanan

untuk banyakkan susu... macam macam gak min try antaranya:

  • jamu ASI
  • minum air longan ~ tapi badan macam tak tahan. asyik kembung jer
  • minum air rebus halba & jintan manis ~ my own receipe for milkmaid tea. nak beli sachet punya mahal sangat
  •  makan oats sepanjang berpantang
  • makan buah kurma
  • sayuran  hijau
  • beli ubat penambah susu kat pharmacy ubat kalsium and motilium. tapi sementara jer sebab tak confident dan takut kesan sampingan
  • makan vitamin shaklee ~ dulu bila pump dapat 8oz, selepas guna vitamin ni, min pernah pump dapat 15 oz sehari time kerja. itulah sekali, now just manage tu get 10oz jer while working. Alhamdulillah. dan yang paling best sekali min jarang keletihan selepas amik vitamin ni happy selalu plus susu jadi lebih quality, warna kuning pekat & lemak, anak min, syirah minum sket jer, mungkin dia cepat kenyang

my milk booster
 Tapi sayangnya min lambat start untuk buat stock ebm. min cuma start lagi 2 minggu nak mula kerja.  kumpul 1 cup sehari, so by the time nak start kerja dapatlah dalam 18 botol.  start jer kerja syirah tak mo minum dalam botol, dia nak puting mak dia saja, penat gak lah kena balik umah setiap kali waktu rest. hampir sebulan mak min suffer nak biasakan syirah minum dalam botol. dah tu belum lagi sebulan masuk kerja min kena outstation ke johor semalaman... sian syirah kena tinggal. dan paling kesian kat emak min sampai demam2 melayan syirah takmo tidur malam... sebab tak bau B ummi dia.

Alhamdulillah, stock ebm semakin bertambah dari 18 cup now.... dalam 100 cup ada kot seperti gambar di bawah. la ni duk terfikir2 wajarkah min beli deep freezer. berbaloi tak.? tapi gerakkan hati berat mengatakan kena beli sebab. bebudak office dah hint2 susu kat peti ais tu bila nak habiskan... so ! en hubby jom lah share duit beli deep freezer. ni nak susukan syirah 2 tahun ni.  (lepas dengar ceramah dari puan farah, memang hubby min suruh beli deep freezer. cuma belum ada masa nak survey nya)

selepas ni tak tau mana nak letak stok... org kat office dah berdehem... patutkah beli deep freezer?

Satu lagi pemantauan min... kebanyakkan orang malaysia sekarang ni dah senang. mereka lebih confident beli fm sebab dia mudah, berbanding menyusukan badan. leceh, peralatan mengepam mahal, tak banyak nursing area even kalau kat KLIA airport pun kemudahan tempat menyusu memang sikit. dan bilik menyusu takde plug point, pada mereka yang guna electric pump macam min. selalu menjadi masalah, apa yang min buat... min pergi kat surau n pump kat sana. now tengah berfikir wajarkah min standby satu manual pump yang high quality untuk saat2 kecemasan seperti travel?

Sebab2 macam nilah orang kat malaysia tak mo menyusukan anak mereka, bg fm lagi senang. melainkan seseorang tu memang dari golongan orang kurang berkemampuan dari segi wang dan tak mampu nak beli fm, and stay at home mother, so golongan ni cenderung kearah BF.

Tetapi terdapat satu lagi kelompok baru yang betul2 menyokong penyusuan badan, rata2 golongan ni adalah terdiri daripada mereka terpelajar dan berkemampuan. mereka tahu kebaikan susu ibu, tahu bagaimana pengurusan efektif ebm, mampu beli kelengkapan ebm dan yakin mereka buleh menjayakan BF. dan kebanyakkan mereka SAHM & WAHM punyai blog sendiri dan suka share pengalaman BF mereka.

min sendiri sedang berusaha menjadi seperti golongan yang kedua, namun bukan mudah. antara cabaran yang sering min hadapi ialah:
  • nak cari masa untuk mengepam dan mengekalkan quantity susu
  • meeting in between pumping time
  • limited nursing area
  • mentality masyarakat ~ you ni career woman, kenalah flexible. masa you banyak untuk mengepam je 
  • Eh anak you tak minum susu basi ker, kalau dah banyak sangat... mcm2 la diorang ni         



Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Apa2 pun min sekarang hampir mencapai milestone min yang pertama iaitu penyusuan esklusif selama 6 bulan, moga Allah permudahkan langkah seterusnya iaitu selam 2 tahun.

"Ya Allah aku bermohon kepada MU, KAU permudahkanlah urusanku dalam menyempunakan penyusuan anakku insyirah selama 2 tahun, murahkan rezeki anakku agar dia dapat menikmati susu badanku selama tempoh 2 tahun" Amin


Thursday, January 20, 2011

15 Jan 2011: Breastfeeding Class and Umi Baby Boutique


Jumaat lepas 14 jan kita orang pergi berjalan2 di sekitar kawasan rumah, kebetulan takde benda nak buat. dalam perjalanan ternampak signboard umi and baby. aku cakap kat suami "ehh sejak bila pulak ada  butik barangan bayi kat sini... eh dia ada jual barang2 bf lah bang... jum kita singgah" suami aku pun tak banyak soal... ubah laluan menuju ke butik tersebut.

masa kitaorang masuk butik, suasana macam kelam kabut jer. pastu barulah muncul puan sharifah pemilik butik, rupanya butik ni belum official launching lagi. esok (sabtu 15 jan baru buka) dia invite kami berdua ke majlis pelancaran dan ceramah berkenaan penyusuan. antara penceramahnya ialah Puan farah farhan dari sarakids.com  waa seronoknya. teringin nak jumpa puan farah. selalu tengok blog dia jer

gambar yang sempat dirakamkan ketika pembukaan butik aboutumiandbaby





  
pada asalnya susah juga nak pujuk laki aku ni ke majlis2 macam ni. dia kata dia buleh hantarkan. tapi taknak stay. sebab nanti mesti banyak kaum ibu yang attend sambil nak menyusukan anak.. kaum bapa mana ada. aku pujuk juga.. kataku " marilah pergi temankan min.. esok abang free nak pergi mana2 min tak kacau, kebetulan memang suami aku ada planing nak pergi memancingdengan kawan2 dia.  abang nak attend pertandingan memancing kat serdang kan.. ha kita give and take.. you win i win" so finaly dia setuju

supprisingly masa attend ceramah tu... ramai juga kaum  bapa yang hadir. sayang nya aku tak ambik gambar.. sebab sibuk melayan imannina n insyirah. kebanyakkanya datang sebab wife suruh, ada juga pasangan yang baru kawen and expeting mother datang. aku kagum dengan diorang. awal2 lagi dah ada kesedaran n highly support daripada pasangan masing2

puan farah memulakan ceramah dengan berkenalan dengan kaum ibu dan hasrat mereka setelah tamat sesi ceramah. rata2 menyuarakan hasrat untuk lebih memahami konsep penyusuan susu ibu dan berazam untuk meneruskan bf anak2 mereka selama 2 tahun.  tak silap aku masa kursus ni aku jumpa sorang mama ni nama dia asmah, sedang mengandung n masih menyusukan anak dan stok susu dia cukup untuk menyusukan anak dia untuk cecah 2 tahun... fuhh dia siap ada deep freezer stock. cayalah..

selama ni aku duk fikir... aku ni milk supply low... tapi berangan nak susukan anak selama 2 tahun... susu dalam freezer hanya cukup untuk 1 bulan setengah jer. tapi bila attend course ni... aku dapati...ada juga kaum mama yang susunya just nice untuk 1 week stock. but diorang tak panik... diorang tetap berazam untuk menyusukan bb. kagum betul dengan keazaman mereka yang tinggi

banyak benda yang dipelajari. daripada penceramah2nya... kisah doc syed. puan farhan and hubby cukup membuka mata aku tentang pentingnya penyusuan bb. salute kan pn farah... bila tengok amount susu yang dia ada... dalam hati berkata2 juga... buleh ke aku buat stock macam ni. n salute kat suami dia En saiful azwan yang sangat supportive kat isteri dia dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Semoga Allah permudahkan aku dan murahkan rezeki anakku insyirah, agar matlamat untuk menyusukanya selama 2 tahun tercapai