Followers

Tuesday, August 18, 2015

Aku Dia dan Buku




Yeayyy... Alhamdulillah dapat buku baru, terima kasih buat kakak ku Cik Waniey yang sudi menghubungi dan memaklumkan tentang kehadiran buku ni dipasaran.
Sah lah buku ini akan menjadi bahan godek sepanjang minggu ni.
Dah lama betul berkenan nak baca cerita cerita perjuangan, terutama yang melibatkan pejuang wanita di Malaysia.
Umum pasti pernah mendengar kisah beliau. Pahit manis beliau didalam sejarah tanah air Malaysia.
Nanti min kongsikan ulasan berkenaan buku ini di entry akan datang.

Untuk kali ini, min nak berkongsi cerita berkenaan insan yang tolong belikan buku ni iaitu kak waniey.

Min kenal mula kenal dia sejak tiga tahun lepas, bermula dari hari min kena pindah office di KLIA.

Percaturan Allah itu hebat, di saat hati sering gelisah mengahadapi perjalanan pergi dan balik kerja selama 45minit, Allah temukan min dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama. Min selalu perhati dia, tiap tiap hari dia akan bawa buku cerita tebal. Selang 2 hari buku tajuk yang lain. Cepat betul dia baca, dan yang penting banyak sungguh buku cerita dia.

Satu hari duduk sebelah dia dalam bas, mula mula tanya buku apa dia baca, kalau tak silap time tu dia baca cerita sunan karya Ramli Awang Mursyid, apa lagi rasa berkocak jiwa, nak pinjam. Punyala lama min follow cerita sunan ni tiba tiba pula nampak orang tengah pegang buku sunan terkini wahhh gembira tak terkata.

Start dari tu, kami selalu bertukar tukar koleksi yang ada. Tapi kak waniey lagi hebat la. Memang dia suami isteri ulat buku. Min pernah terserempak dia dan suami di pesta buku antarabangsa kl.
Sekarang ni kalau ada jer pesta buku kat mana - mana kami akan bertukar tukar maklumat


Kak wani dan suaminya Cik Eddie. Jangan marah ye saya publish gambar ni.
Rasa rasanya rumah diorang ni mesti macam perpustakaan mini kan, penuh dengan buku.


Tu dia!!! Koleksi buku kak waniey, kak waniey ni memang peminata tegar Norhayati Berahim, semua koleksi NB dia ada,
Jeles sungguh nampak dia posing kat sebelah RAM, rasa nak menyelit kat sebelah.

Minat yang sama, buku berunsurkan thriller, love story, biografi, sejarah ...tapi tak semua sama. Ada juga yang berbeza dari segi pendapat.


First time berselfie bersama ketika ramadhan 2015, setelah hampir 3 tahun mengenali kak waniey.

Alhamdulillah, terima kasih atas ukhwah yang terjalin. Hidup saya sangat sangat terisi dengan kehadiran akak dan buku buku akak.

Lately ni kegilaan kami makin menjadi jadi, menunggu kehadiran buku cerita daripada Melur Jelita... bikin panasaran... tak sabar rasanya.

Moga kak Waniey dan suami sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Terima kasih sudi jadi sahabat saya

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 5, 2015

Mengait

Dah lama tak dengar perkataan mengait ni.
Ada yang panggil merajut, mengait, crochet ... yarn... apa sahajalah yang sewaktu denganya

Kalau diimbau kembali, zaman kecil kecil dulu hampir semua rumah mesti ada alas meja yang dikait. Mak mak zaman dulu memang suka mengait. Tiba tiba teringat kat mak... tv terpasang, tapi mata tak pandang pun ke tv sebaliknya asyik dengan dunia kaitnya tu.

Bila tengok mak mengait, hati jadi sangat kagum sebab daripda sebuku benang tu boleh berubah menjadi alas meja, chairback ( alas kerusi) baju, topi dan macam macamlah.

Lama lama hati jadi berkenan nak belajar.
Mula mula mak ajar buat tali air, pastu ajar macam mana nak buat single crochet. Projek pertama yang mak bagi tutorial adalah mengait alas tv. Kerastangan nak memulakanya, pastu tak boleh syok sendiri sebab ada kiraan asas. Nanti corak tak cantik. Kena tekun sampaila siap. Hati berbunga cinta bila dah siap.

Projek kedua pula min buat kait bakul telur. Memang tak boleh lupa la projek ni. Waktu nak kawin dulu, zaman habis belajar mana ada income besar nak bagi bakul kaca seramik yang sangat femes tahun 2003. Tiba tiba datang idea buat kait bakul telur, tak banyak belanja dan boleh custome made. Boleh pilih warna benang mengikut color yang kita suka. Time tu min pilih warna pink , shocking pink. Wah suka nya

Sehari time bekerja dapat siapkan atleast 5. Masa tu tak kira dimana, tak pernah berenggang dgn jarum kait dan benang. Finally dapat siapkan dalam seribu bakul telur. Bukan min sorang, dengan bantuan cik rusma yang sanggup top up kait bakul telur corak nenas, sayangnya min tak simpan semua design.

Now setelah hampir 12 tahun tak mengait. Tiba tiba hati rasa rindu nak mengait
Maka terhasil lah






Bekas air, kait sendiri hasil refer kat youtube

Dan teringin nak belajar kait ni



Masih belum faham cara nak buat dia macam mana. Sebab min tak pandai baca diagram. Tapi kalau ikut pelan pelan kat youtube, In shaa Allah menjadi.

Kata orang ' kalau nak seribu daya', 'belum cuba, belum tahu'

posted from Bloggeroid