Followers

Sunday, December 28, 2014

Umrah bersama anak-anak : Madinah

Sambungan dari Umrah bersama anak anak  29 jan-9 feb 2014... Part 1

Setelah lapan jam perjalanan dari lapangan terbang KLIA, kami sekeluarga selamat tiba di lapangan terbang Jedddah, ketika itu waktu tempatan menunjukkan angka 9 malam.
begini rupanya keadaan airport jeddah, kami medarat di kawsan remote bay, tidak seperti KLIA dan kami menaiki bas untuk kekawasan terminal arrival bagi urusan imigresen dan mengambil bagasi.

Cabaran pertama bermula

Punyalah ramai orang yang beratur untuk proses clearance imigration.  ada passenger yang sudah lengkap memakai ihram. disini aku diduga dengan keadaan bangsa arab yang suka memotong barisan, kalu seorang tu tak mengapala, tapi yang datang menyempit dalam 5-7 orang.  mencabar sungguh.  Hanya 2 kaunter pegawai imigrasi yang dibuka, itupun kadangkala kosong dalam hampir 15minit. Urusan imigresen mengambil masa selama hampir 3 jam. 

Kami menghala kebahagian bagasi untuk mengambil bagasi. disini kebanyakkan bagasi telahpun bertaburan, mujurla beg kami mudah diidentifikasi.  tapi stroller amsyar pula tak kelihatan. nasib baik petugasnya mahu membantu.

setelah selesai segala urusan, abah pun mencari agensi yang sepatutnya menguruskan kami di Mekkah, yang min ingat agenya nama Ymama. Sementara menunggu agen sampai min, dan yang lain-lain bergilir-gilir mengerjakan solak jamak isya-maghrib



 Agen di mekah dan madinah


kami meneruskan perjalanan sejauh hampir 6 jam untuk ke madinah dengan menaiki kenderaan MPV yang bagus condition nya, sungguh selesa. Kami terlena sepanjang perjalanan lantaran keletihan akibat proses imigrasi dan bagasi.

kami sampai di Madinah ketika 45 minit sebelum azan subuh, kami di sambut oleh mutawif rakyat Malaysia, sesampainya kami disini kami diberita kan mereka tidak dapat memberikan hotel yang dekat seperti mana yang dijanjikan sebelum ini kerana, booking mereka di cancel disaat akhir.  Kami ditempatkan di Hotel Elaf, namun kami dikira bernasib baik sebab masih dapat tempat penginapan yang agak dekat. cuma masaalah utama kami, kami harus melintasi jalan besar untuk ke masjid Nabawi, kami diberitahu masih ada para jemaah yang terkandas dan terpaksa menunggu didalam bas bagi menunggu kekosongan hotel, Alhamdulillah besar juga keadaan biliknya dan dilengkapi dengan bath tub. Setelah itu kami bergegas untuk mengambil air sembahyang bagi solat subuh.

Masjid Nabawi

Subuh  di Masjid Nabawi

Masa mula-mula sampai di perkarangan masjid nabawi, otak masih pening2 lalat, oh macam ni rupanya, ramai sungguh orang dah bentang sejadah, kami dapat kawasan solat yang hampir dengan garisan yang dilarang bersolat kerana kawasan laluan. Nina dan huda ikut min dan emak solat, manakala acam pula ikut abahnya. risau juga kalau acam menangis nak menyusu badan. tapi tawakkal ajela.  Hati terpegun melihat betapa cantiknya masjid nabawi. Nina dan huda pula sibuk mengantuk. min biarkan saja mereka baring disejadah.  min nampak mata emak hampir berkaca, Syukur kerana masih berpeluang datang lagi ke madinah, secara tak langsung untuk melawat maqam nabi.

Program Hari pertama Khamis 30 Jan

Kami dibawa melawat di beberapa kawasan masjid madinah dan juga melawat ladang kurma, kami dinasihatkan membeli kurma disini kerana harganya murah berbanding di mekkah. begitu juga seandainya nak beli jubah. kami balik dari melawat sebelum solat zohor,

mutawif ada berpesan seandainya nak masuk kawasan Raudhah, bagi kaum wanita seeloknya diwaktu malam, kalau boleh elakkan bertembung dengan jemaah dari negeri Iran, Pakistan kerana mereka agak kasar, seandainya laluan terlalu sukar, cuba cari waktu lain, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.  Kaum lelaki tak jadi masalah waktu mereka lebih fleksibel. 

min dan mak berkira2 nak melawat raudah pada malam ni juga, lebih mudah buat waktu malam sebab anak2 tengah tidur.

Raudah1
seperti yang dijanjikan, usai solat isya' kami balik ke hotel. makan2 dan rehat sebentar, kami keluar semula ke masjid nabawi pada jam 10 malam.  waktu tu ramainya orang di madinah. Hairan min kenapa ramai sangat rakyat tempatan, anak2 arab bermain di dataran masjid nabawi. rupanya esok hari jumaat, cuti weekend buat mereka. 
di perkarangan raudah, sesak dengan orang ramai. memandangkan min dan mak datang berdua, jadi kami mengikut jemaah umrah dari indonesia kerana tak jumpa pula jemaah malaysia di raudah pada malam itu.
lama juga menunggu, risau juga kalau terbatal air sembahyang. sambil2 menuggu min membaca kitab tentang sejarah raudah, waktu ni rasa menyesal tak betul2 mengkaji selain maqam dan halaman rumah rasulullah, apa lagi keistimewaan raudah,  terasa menyesal dan jahil.  nasib baik duduk dengan mutawif rakyat indonesia, ustazah menerangkan satu persatu tentang raudah,
Apabila giliran kami dipanggil, waktu tu mata dah tak larat nak buka, namun kuatkan semngat demi mengunjungi maqam nabi dan ambil kesempatan untuk bersolat di perkarangan taman nabi.
Namun tidaklah semudah yang disangka, ramai sangat orang berebut2 nak solat, dan kebetulan kami dirempuh oleh jemaah berbangsa iran. kuat sungguh mereka, min dan mak berkira2 macam mana ni, nak sujud ke tak? kalu sujud... mesti kena pijak, sebab keadaan sangat sempit tanpa ada ruang untuk berjalan, masing 2 menggasak antara satu sama lain, sampailah satu ketika , min dan mak ditolak sehingga keluar dari kawasasan karpet hijau.

frust sungguh malam tu, min memang tak sangka, kudrat kami tidak dapat nak melawan  dengan bangsa asing. walaupun perempuan sesama perempuan,  insaf.   Memandangkan jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi, kami memang tak daya nak beratur semula. Dalam perjalanan, masing2 diam seribu bahasa, kami melayan perasaan, memujuk hati yang kecewa.  mak kata patunya kita sujud jer tadi.. tapi mcam mana nak sujud, kalau jalan pun tak boleh. takpelah kita cuba malam esok pula. kali ni mesti boleh.  yakin dan berdoa dalam hati.  sudahlah kami tak dapat ke Raudah, sesat pula tu, boleh tak perasan di mana Elaf hotel, asyik jumpa movenpick jer.  bila ditanya dengan penjual dikaki lima, katanya Elaf hotel tak jauh, hujung bangunan sahaja, dan baru kami perasan terdapat 2 Elaf hotel disekitar masjid nabawi.

Program Hari ke2, Jumaat 31 Jan,

Hari ni program agak santai, First time min mengerjakan sembahyang jumaat Alhamdulillah, syukur dapat kerjakan di Masjid nabawi pula tu.  usai solat, min berdoa moga malam nanti dapatlah kami ke Raudah, dapatlah kami bersolat di laman rasullullah.

usai solat jumaat, balik hotel berehat dan petangnya mak ajak tawaf kedai. bagi mencari buah tangan untuk sedara mara dan kawan kawan. Alhamdulillah, min borong shawl untuk diberi kepada mereka di Malaysia.

Raudah 2
Malam ni, min dan mak dah pasang niat, kita akan cuba juga, seawal jam 10 malam kami pergi ke raudah, malam ni rezeki kami baik, berjumpa dengan jemaah dari tabung haji, kami berkenal kenalan, kami nyatakan kami hanya berdua sahaja dan berharap dapat bersama2 jemaah malaysia bila masuk ke raudah nanti, 
Alhamdulillah, keadaan lebih baik dari semalam, walaupun orang ramai, kami sepakat menjaga kawan2 yang mana nak mengerjakan solat. Syukur tak terhingga bila min dan mak masing2 dapat mengerjakan solat sebanyak 2 kali di raudah.  Kenikmatan yang tak terhingga. syukran jazilan kepada mereka yaang banyak membantu.


beberapa gambar menarik di Masjid Nabawi

Program hari ke 3, Sabtu 1Feb

Hari ni giliran min pula jaga anak, manakala abang dan abah akan ke raudah.  Dan hari ni adalah hari terakhir kami berada di Madinah, syadunya rasa nak meninggalkan masjid Nabawi, Raudah dan Maqam nabi.

masa yang ada sangat suntuk, abah dah pesan kena kemas semua barang kerana kami akan berangkat ke Mekkah pada hari ini. setelah usai solat zohor, namun kami diuji apabila min dan abang terpisah, masing 2  belum beli number account hp disini, jadi kami memang terputus hubungan.
disaat akhir kami harus melambai lambaian selamat tinggal ke maqam nabi, abang pula tak ada, dua kali kami memusing ditempat yang dijanjikan, namun kelibat abang dan acam tak nampak juga.  sudahnya kami pasrah.   mak dah risau, sudahnya kami buat keputusasn untuk berdoa di kubah hijau  dan tunggu abang di hotel.
nasib kami masih baik, kami terserempak dengan abang semasa dalam perjalanan balik. Alhamdulillah, selesai segalanya.


 
 
Kami balik ke Hotel dan membuat persiapan untuk memakai kain ihram bagi lelaki.

Umrah bersama anak anak 29 jan-9 feb 2014... part 1

Agak sukar sebenarnya nak coretkan pengalaman ni.
Tapi ianya sungguh bermakna dan penuh dengan kemanisan.

Takut disalah erti kan... takut di katakan riak... jadi coretan ini hanyalah sekadar catatan kenangan di bumi al haram.

Seperti yang min tulis dalam magic book min tahun 2013, yang mana antaranya adalah nak pergi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga, suami dan anak2, emak, abah dan adik2.

Tiap2 hari min baca impian min, min sematkan didalam hati. Bila tiba bulan ramadhan, ketika hampir waktu berbuka dan mengadap juadah berbuka antara doa yang min selalu baca ialah ... nak pergi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga, suami dan anak2, emak, abah dan adik2. itulah yang min ulang2 selain usai selepas solat.

Ternyata Allah mendengar dan memakbulkan doa min. Masa abah cakap tiket abah untuk pergi mengerjakan umrah 2014 dah confirm, hati min macam berbelah bagi. Sebab pada waktu itu dah masuk bulan September, baru selesai musim haji. Yang min pula baru nak apply untuk booking flight mengerjakan umrah.

Pada asalnya flight balik min dan anak beranak tak confirm. Jenuh merayu dengan penuh debaran. Flight ke jeddah penuh hampir setiap hari. awal bulan november baru min dapat pengesahan yang segalanya ok.

Now bab ticket dah selesai... bab pemilihan travel agent untuk pengurusan ground handling dan visa pula.
Jenuh survey sana sini bagi mendapatkan harga yang berpatutan. Sudahnya min serahkan kepada mak dan abah bagi urusan ground handling. Kerana mereka lebih arif. Cuma min minta janganla mahal sangat. Maklumlah budget.

1. Passport
Start awal bulan nov, segalanya bermula. Urusan buat passport. Masa tu anak- anak baru saja sembuh dari penyakit rotavirus. Maklumlah cuti sekolah, setiap hari pejabat imigresen penuh.

Nasib agak baik sebab min nina dan cik somi memang dah ada passport. Kami cuma renew sahaja. Cuma huda dan amsyar jer yang kena apply baru. Bagi urusan renew passport, segalanya boleh dilakukan melalui kiosk yang di sediakan. Amat mudah.

Kos passport kanak bagi tempoh 2 tahun (rm80)/ 5 tahun (rm150)
Orang dewasa : 2 tahun (rm100)/ 5 thn (rm350)

Jadi min dan suami decide passport anak - anak kita ambik tempoh 5 tahun. Manakala untuk Kami berdua sekadar 2 tahun. (Itupun boleh pakai setahun setengah jer, sebab kita tak dibenarkan travel jika tempoh tamat passport kurang 6 bulan)

2. suntikan kesihatan
Seperti yang semua orang maklum untuk pergi ke negara timur tengah kita digalakkan untuk mengambil suntikan kesihatan mencevax bagi mengelakka penyakit.

Bermacam klinik min survey dulu bagi mendapatkan bayaran yang murah. Sebab ada klinik mengenakan bayaran antara rm145-200. Bukan murah ya. Ni pulak ada 5 orang. Hurmmm memang kena pandai survey.

Suntikan pula hendaklah diambil paling lewat tempoh sebulan dari tarikh berlepas. Kerana pihak embassy takkan mengeluarkan visa umrah tanpa bukti sudah mendapat vaksin.

Min bersyukur kerana setelah di survey seluruh klinik sekitar shah alam dan sungai buluh, min jumpa satu klinik yang menawarkan harga berpatutan di subang perdana. Dekat pula tu dengan rumah. Cost untuk 3 orang dalam rm300 sahaja.
Untuk min, Alhamdulillah pihak syarikat ada menyediakan suntikan ini buat para pekerja. Costnya dalam rm95, rezeki.

Ada sedikit deliberation bagi amsyar. Sebab kalu ikut umur, amsyar belum lagi 2 tahun. Mengikut panduan leaflet ubat mencevax, kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu kan suntikan ni. Namun pada pandangan doktor walaupun suntikan ini adalah satu suntikan tidak wajib di negara kita , tetapi ia adalah suntikan rutin bagi kanak kanak di America. Jadi doktor suruh min pilih. Tiada paksaan.

Jenuh juga nak fikir. Amsyar dahla ada penyakit semput. Lebih baik ambik precautions. Tapi min bergantung kepada Allah. Min berdoa semoga Allah lindungi anak min, jadi min ambik keputusan supaya amsyar dikecualikan dari suntikan. Tapi min minta doktor tulis surat sokongan. Mengatakan kanak kanak yg berusia kurang dari 2 tahun dikecualikan dari suntikan seperti arahan di leaflet ubat.

Selesai bab suntikan vaksin.

3.Mahram

Bagi mereka yang nak bawa anak2, hendakla membuat salinan sijil surat beranak, dan sijil surat beranak ini hendaklah disahkan oleh pegawai di jabatan pendaftaran negara. Jadi min pun pergilah ke jabatan pendaftaran terdekat iaitu di kompleka masalam shah alam. Nasib baik urusanya di buka pada hari sabtu dan ahad.

Bagi pasangan suami isteri pula hendaklah mengesahkan salinan sijil pernikahan mereka di pejabat agama.

Semua sijil2 yang disahkan ini hendaklah dibawa ke wisma putra di putrajaya bagi pengesahan pihak atasan disana.
Bukan mudah... tapi segalanya min buat. Pengalaman paling tak dapat dilupakan ialah drive seorang diri ke putrajaya. Dahla tak pernah pergi sorang2 ni kena drive sendiri dengan tak tau jalan. besar putrajaya tu. Nasib baik ada waze n google maps. Sangat2 membantu

Bila segala dokument dah disahkan. Barulah submit pada agent.

Nak dijadikan cerita... dugaan pertama min bila umrah visa untuk huda dan nina tak lulus atas beberapa sebab:

Nina:
Kesilapan pada surat beranak. Nama tak sama dengan passport.
Dalam kes nina, pihak agent bernasib baik kerana masih dapat membuat rayuan.

Huda:
Nama dalam surat beranak panjang, tiada pengesahan didalam passport pada muka surat kedua "Brriers also known as...."

Ni la pengajaran... bagi nama anak panjang sangat

hanya Amsyar sahaja yang tidak mempunyai sebarang masalah.  puaslah min merayu kat travel agent agar mereka dapat bantu min untuk selesaikan masalah ni, memandangkan tempoh berangkat lagi 3 minggu.  Menurut travel agent mereka akan cuba bantu bagi kes nina kerana format lama surat beranak nama bapa diletakkan di kolum yang berasingan, itu sahaja masalahnya.

tapi bagi kes Huda, mereka memang tak dapat tolong melainkan min pergi semula ke Jabatan Imegrisen untuk dapatkan cop "Brriers also known as...." memandangkan semangat berkobar2 min pergi juga ke pejabat imigresen, di UTC sentul kerana disitu pejabat imigresen dibuka sehingga jam 7 Malam. mujur tak susah nak cari pejabat & pegawai yang bertugas juga memberikan kerjasama yang baik. 
kat sini pengajaran nya, lain kali bila kita dapat jer pasport pastikan check segala maklumat. Selapas itu min terpaksa bergegas ke pejabat agent untuk mereka submit semula permohonan visa bagi anak2 min.

Dalam hati, terdetik juga ni baru cabaran di tanah air, moga2 di tanah haram nanti Allah permudahkan semuanya.

Seminggu sebelum bertolak, segala urusan visa telah pun selesai, Alhamdulillah.  Segala dokumen telah pun lengkap walaupun pada saat akhir pihak agen memaklumkan ada masalah tentang bayaran hotel, kerana mereka terpaksa up lagi harga bilik kerana hampir semua  hotel anggaran jarak yang dekat telah pun penuh ditempah


pas identiti untuk memudahkan proses mengerjakan umrah

selain itu min juga ada membeli insurance perjalanan di bawah MhInsure dalam RM350, insurance ni sangat berguna, kerana kita tak tahu bagaimana keadaan kita di negara orang kelak.



Dan hari yang ditunggu pun tiba, Moga Allah permudahkan urussan umrah kami sekeluarga


gambar yang sempat dirakam sebelum ke balai berlepas KLIA
Kata kakzu, aku orang yang sangat beruntung kerana berkesempatan mengerjakan umrah bersama orang-orang yang tersayang. Emak, Abah, Suami dan Anak-anak.  bukan semua orang dapat peluang begitu.   Betul cakap kakzu. Aku sangat bersyukur, dalam hati tetap berdoa moga aku dan anak-anak tidak membebankan urusan Umrah kedua ibu bapa aku.  Seboleh bolehnya biarla aku yang menjaga anak2 aku sendiri.  dan satu lagi doaku dari sini, moga Allah cukupkan jumlah wang yang aku bawa. tutupkan segala nafsu aku, biarla aku membeli sekadar yang perlu. Amin


Kisah Selanjutnya Umrah bersama anak-anak : Madinah Part 2

posted from Bloggeroid

Friday, December 26, 2014

Hukum islam ke lima

Cuti sekolah dah hampir ke penghujung, namun persiapan sekolah masih belum dibuat sepenuhnya. Mulalah mengemas segala yang patut... senaraikan benda-benda yang harus dibeli.

Dalam sibuk mengemas tu min terjumpa satu pouch bag yang penuh dengan sampul duit raya, baru teringat duit anak2 tak di masukkan kedalam bank.

Memandangkan hari isnin min dan hubby tak kerja, jadi kami ambil kesempatan ini mengunjung ke Tabung Haji Kelana jaya. Mujur tak ramai orang sebab waktu kunjungan tu hujan turun dengan lebat.

Bila dah sampai giliran, baru min perasan my kid huda masih dengan emak, aduhaiiii surat beranak pun tak bawa.


Tak selesai juga aktiviti hari ni.
Hanya sempat buatkan buku untuk amsyar jer



Huda punya terpaksa buat hari lain. Sian kak ngah

Dah alang-alang sampai ke tabung Haji, min ambik kesempatan ni daftar haji. Mudah saja, yang penting dalam akaun kita dah ada jumlah wang minima sebanyak rm1300.
Seandainya kita tak mempunyai jumlah yang secukupnya, kita masih ada pilihan lain. Kita boleh menggunakan duit kwsp. Dengan syarat kita bawa salinan terkini penyata kwsp ketika pendaftaran dibuat.



Ha .. tu dia... giliran tahun 2078 kalau ikut system pendaftaran. Time tu genap usia min 100 tahun.

Ya Allah! Panjangkan usia kami, berilah kami peluang melaksanakan Rukun Islam yang ke lima dengan mudah dan pada usia muda. Amin

moral of the story, bila dah cukup duit di tabung haji atau pun bila dah mampu untuk keluarkan duit kwsp, buatlah permohonan ke Tanah suci.  banyak kelebihanya jika dapat mengerjakan ibadah ketanah suci diusia yang muda. pasang niat dari usia muda, moga dipermudahkan Allah.

Mengikut maklumat dalam laman web, pendaftaran akaun tabung haji juga boleh dilakukan di Bank Islam dan Bank Rakyat. Tapi pastikan kita bawa maklumat secukupnya jika pendaftaran akaun tabung yang dilakukan untuk anak-anak.
Pastikan anda bawa bersama sijil lahir dan mykid.
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 24, 2014

Big Bad Wolf

Wow seronok betul bila time serigala datang buat offer. Memag ditunggu tunggu saat ni, sebab dia dibuka 24 jam jadi bila-bila masa.



Ni kali kedua min pergi BBF, 1st pergi masa hari terakhir BBF2013 kat mines. Time tu pergi malam dalam pukul 11 malam, punyala ramai orang. Kenderaan pun banyak. Hampir 45minit stuck dalam jem. Time tu anak2 dah 1001 punya perangai huda dan acam dah tidur... nina macam biasala masih aktif lagi.
Time orang ramai tu... nina boleh memghilang pula... mengucap panjang min... macam mana nak cari dalam lautan umat ni. Cik abang dah penat dukung huda. Sudahnya min suruh cik abang duduk jer jaga anak-anak yang tidur tu. Dari jam 12 sampaila kul 2 pagi spend masa kat situ. Hati masih tak puas nak belek2 buku.

Pengalaman yang lalu membuatkan cik abang macam dah serik nak ikut. pujuk pun dah tak jalan dah. Jadi kali ni min cakap dengan cik abang nak pergi BBF dengan kawan. Kali ni ubah strategy, kami bergerak awal pagi, jam 3 pagi. Jalan sikit punya lengang. Tapi kawasan BBF tetap lively dengan kedatangan ulat-ulat buku... so hapenning.


Sempat jugala posing kat booth yang cantik ni.

Banyak sangat buku, sampai tak tahu mana nak pilih. Untuk makluman semua kat BBF banyak buku bahasa inggeris berbanding buku bahasa melayu. Macam2 genre.
Untuk bacaan bahasa inggeris, min lebih suka memilih buku yang berunsurkan motivasi dan biography. Novel-novel ni kureng sikit.




Pusing punya pusing. .. inilah sahaja yang min beli. Buku encyclopedia untuk anak2, novel kanak2, dua buah buku autobiography, beberapa buku motivasi dan cerpen karya sharifah abu saleem. Sebenarnya banyak juga novel bahasa melayu dari novelis2 muda. Cuma hati tu tak tergerak nak beli. So total cost pada malam tu dalam rm63. Berbaloi baloi

Mood sangat happy, balik dah pagi jam 6, tu pun sebab fikirkan takut terlepas subuh.
Thank you abang jagakan anak2.
Terima kasih buat BFF ain, kalu dia takde... x pergi kot BBF kali ni
posted from Bloggeroid