Followers

Friday, December 31, 2010

Oh Syirahku Admitted (29 Dec 2010)

alkisahnya bermula begini...
ahad 26 dec 2010: seperti biasa aku pergi top-up stock ebm kat rumah emak untuk bekalan minggu ini, selalunya aku letakkan dalam 7-9 cup just nice untuk syirah minum dalam minggu tu. dalam masa yang sama aku terfikir untuk bekukan aku punya cooler pack sebagai bekalan untuk aku travel pack bila2 masa nanti. memandangkan bekas  peti ais aku dah penuh dengan susu sampai dah tak buleh nak masuk lagi ... lalu terpaksalah tumpang peti ais rumah mak.  Masa beli pampers syirah... aku ternampak tempat menyimpan ebm dalam bentuk plastik... so aku pun beli. sebab lebih economic nak simpan susu nanti, n jimat space. excited sangat nak guna plastic tu. so aku pun pump n letak satu plastic kat peti ais mak. sebelah cooler pack aku. cantik jer aku susun.

isnin27 dec.  : balik dari kerja mak aku tanya... kenapa susu ko warna putih jer tak de warna kekuningan macam selalu? betul ke susu tu kak yong? ...eh pelik pulak soalan mak ni. napa tanya gini. mestilah aku letak susu. dah banyak2 agaknya mak confuse sebab aku letak dalam plastic, dia ingatkan bekas air batu kot. so aku jawab." mestilah susu mak, warna dia memang lah putih" mak bagi jer kat syirah... jangan ragu2, min kan makan vitamin shaklee. memang warna susu tu kekadang lain sikit.... kehijauan sebab kesan alfalafa.

selasa 28dec: balik dari tempat kerja aku lihat cikyah jiran sebelah rumah sedang memegang botol susu yang sedang di panaskan untuk syirah, sementara syirah pulak sedang tidur di pangkuan emak ku, cik yah tanya "kakyong,... cik yah pun heran tengok ko punya susu ni, warna putih macam ais batu, cubo ikau tengok betul2 kot tersalah bubuh (soal cikyah dalam loghat negeri sembilanya). geli hati aku tengok muka cik yah dan emak, sianya orang tua ni... dah lama tak beranak... warna susu pun dah confuse hehheeh... kataku didalam hati. aku pun pergilah ambil susu botol kat tangan cik yah dan goncangkanya beberapa kali. Ehhh... aku pulak kehairanan.. kenapa warna susu ni lain macam, bukan kuning atau kehijauan... tetapi warna putih sebiji macam warna air ais.... "ha ko tengok lah kakyong warna susu ko tu. kan lain. " kata emak. kali ni aku pulak yang menggaru kepala. nape ekk, aku buka penutup susu, aku goncang lagi......eh... kenapa berketul2 dan berjeli...susu dah basi ker? aku tanya pada diri sendiri.... bila aku sentuh dah bau susu tu... ternyata berjeli...dan berketul... ehhhhh ni bukan susu ni... ni jeli cooler pack aku....

"mak ! susu mana yang mak tuang kan ni?" ... susu ko lah yang berbalut plastic warna timah tu... tu yang mak pelik..., semalam kan mak dah tanya kenapa lain macam, semalam mak dah buang... takut susu dah basi,, hari ni mak saja nak tunjuk kat ko...ko tengoklah sendiri, tadi syirah dah minum 4oz, laju jer dia minum.... alamak.... aku dah panik... "mak ni bukan susu... ni cooler pack min" banyaknya syirah dah minum,,,, ni bahaya lah mak.... buleh buat sakit perut... aku dah semakin panik...mak dan cikyah juga.."cepat kak yong...ko bawa anak ko pergi klinik. mak rasa memang dah bagi banyak tadi.... alahai siannya cucu opah... itulah... mak dah tanya kat ko banyak kali... nape tak tengok dan label betul" aku tengok muka mak dah serba salah... aku pulak dah lemah lutut... umpama syirah dah diberi makan racun... YA Allah selamatkanlah anak aku.  sementelah itu... syirah pulak lembik jer... dari tadi tak bangun2 tidur dari pangkuan emak... Panjangkan umur anak aku Ya Allah.

aku bawa syirah pergi klinik berdekatan... doc pun tak tau nak kata apa? tetapi melalui diagnosis awal, tiada tanda2 keracunan. tapi untuk langkah keselamatan. doc cadangkan aku bawa syirah pergi hospital sungai buluh untuk rawatan lanjut.

di hospital sugai buluh... kedaan sibuk seperti biasa, aku dah risau...dalam masa yang sama. aku susukan syirah sebanyak mungkin supaya syirah cepat berak & kencing, setakat ini tiada muntah2 atau tanda keracunan. maklumlah baby 4 bulan... apa yang dia buleh cakap.  kat wad kecemasan. doc refer syirah ke pakar pediatric, pediatric specialist tak benarkan syirah pulang, syirah harus diletakkan ke wad sebagai langkah pemantauan.  jadi terpaksalah kami bermalam di wad.


Tuesday, December 28, 2010

Rahsia Solat awal waktu

Entri ni ummi dapat daripada kawan2 ofis. entri ni bagus untuk kita semua sebagai peringatan pentingnya menjaga waktu solat & solat awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya … "

Thursday, December 23, 2010

The Journey of Nursharmin Insyirah

Indicator yang ummi upload dari About.com

Entry in ummi dedicated untuk puteri kedua ummi : Nursharmin Insyirah Bt Md Shahrulnizam
 seperti mana kakak, ummi buat entry ni untuk syirah baca satu hari nanti. supaya kalian tahu bertapa bermaknanya kamu berdua buat ummi n abah

Ummi tak perasaan bila syirah hadir dalam perut ummi. namun segalanya bermula apabila ummi & abah kembali dari percutian di Club med bulan dec 2009. masa tu ummi baru perasaan yang period ummi keluar sedikit sangat. macam bukan period pun ada. dah tu ummi beli pregnant test kat pharmacy, dan bila ummi cuba ternyata keputusanya positif.  dan masa tu masih tak puas hati lagi. so ummi pun suruh abah pergi beli 2 jenis yang berbeza. setelah mencuba kedua2nya ternyata keputusan tidak berubah.

tak dapat ummi gambarkan bagaimana perasaanya. takut dan risau , takut jika ianya bukan kandungan yang sebenar. takut andai kandungan anggur tu berulang kembali kerana ummi pernah mengalami  kandungan anggur sebanyak 2 kali. sungguh trauma sekali. so ummi nekad untuk berjumpa gynae bagi meleraikan kekusutan di hati dan jaminan bahawa kandungan kali ini benar2 selamat.

ummi decided nak mulakan first check-up kat klinik umra ss 13 shah alam. masa tu orang ramai sangat, but bila tiba turn ummi, rasa berdebar teramat. bila dr ummu check. dia kata tahniah, sebab kandungan kali ni kelihatan normal. tapi terlalu awal untuk menyakinkanya. sbb too small. so dia suggest ummi terus buat follow-up kat hosp sungai buluh lantaran medical history ummi tak berapa bagus. waktu tu hari selasa. ummi tak ingat tarikhnya. dr ummu cuma bagi ummi cuti sehari n nasihatkan ummi supaya rest. Pada hari jumaat, ummi mengalami pendarahan sedikit. ummi dah panik. dah lah tak lalu nak makan. terdapat pendarahan pulak, macam mana ni?? so ummi buat keputusan untuk pergi ke hospital sungai buluh.

sampai saja di wad kecemasan. orang terlalu ramai. ummi risau juga. ramai yang datang kerana demam. dah lah hospital ni terkenal dengan pusat H1N1, nauzubillah. minta dilindungi Allah.  bila tiba giliran ummi. doctor suruh ummi kencing untuk mengetahui level keton dalam air kencing ummi. ternyata parasanya terlalu tinggi. ummi tidak dibenarkan pulang dan harus bermalam di hospital kerana dehydrate. sian abah n kak nina, kena balik. dahlah ummi tak bawa pakaian. esok ajelah abah bawakan. ummi tinggal dengan pakaian hospital dulu. 

selepas itu ummi di tolak ke wad Gynae. wad 6 A, disitu ummi diperiksa oleh Dr Shahrul. kebetulan ummi dah biasa dengan Dr Shahrul kerana dia lah orang yang pertama dapat mengesan kandungan anggur dalam rahim ummi 2 kali berturut2. dia pun panik bila ummi bagi tau yang ummi pregnant. dia lakukan ujian ultabunyi,  ummi lihat wajahnya sedikit panik. kerana kandungan tidak dapat dikesan. ummi berdoa janganlah berlaku apa2. dia kata kalau nak lihat lebih jelas kena lakukan Vigina scan, dengan proses itu sahaja dapat melihat kedudukan kandungan dengan lebih jelas. ummi akur sahaja. sebab ummi pun dah tak larat. ummi pohon doa. andai ada rezeki ummi, maka minta Allah permudahkanya.  Sudahnya Dr Shahrul sarankan ummi diperiksa lagi oleh ketua gynae untuk dapatkan kesahihan.

duduklah ummi di wad 6A , setiap hari sebanyak 6 botol air dimasukkan kedalam badan ummi melalui tiub.  hari ke-3 Dr Azlin datang untuk membuat ulangkaji ultrabunyi.  Alhamdulillah syirah menampakkan bentuknya sebesar 3mm. bayangkan betapa kecilnya syirah pada tahap itu. Dr Azlin mencadangakan agar ummi banyakkan berehat disamping makan vitamin yang dibenarkan serta ambil ubat cardiprin untuk mencairkan darah agar disalurkan lebih kepada uri dan ubat duphaston untuk menghentikan pendarahan. ubat2 ni kena ambil secara konsisten selama kandungan 36 minggu. bayangkan betapa lamanya nak makan ubat. nak makan nasi pun payah inikan nak makan ubat. Dan disinilah bermulanya pengembaraan syirah bersama ummi dialam rahim, check-up yang pertama sehingga harinya di labour room, beginilah kisahnya bermula.

Januari
kandungan ummi mencecah 10-13 minggu, waktu ini morning sickness sangat kuat, tak lalu makan n minum dan muntah almost every hour, masuk saja makanan ummi akan muntah, tak kira lah makanan pejal mahupun cecair, so ummi banyakkan makan biskut tawar, supaya perut tak kosong.  Waktu ini, ummi berterima kasih kat sumer orang kerana mereka ambil berat tentang ummi, kawan2 office auntie ain, prema & mag, family dan terutama sekali pada abah syirah, tolong jagakan kakak nina dan bagi banyak masa kat ummi untuk berehat. waktu ni kerja kat office berlambak sangat sebab ada upacara Anugerah townhall. ummi ingat lagi kena attend meeting, ummi terpaksa standbay mug untuk meludah. tak tau kenapa tetiba banyak sangat air liur yang ummi tak buleh nak telan, kalu tertelan nanti mual n muntah. tiap2 hari ummi datang kerja dalam pukul 0930, boz ummi diam jer, terima kasih bebanyak.

Februari
kandungan ummi mencecah 14-17 minggu. masih lagi muntah2, kerja office tak berapa heavy, adalah 2 project yang ummi kena buat, time ni ummi masih belum boleh makan lagi. bau makanan pun tak buleh apatah lagi bau rokok. ummi paksa abah syirah merokok kat luar, kalau nak makan kat office ummi akan minta tolong auntie prema or auntie jasmin untuk tapaukan untuk ummi. ummi tak pergi rumah opah, sebab kat situ ramai orang merokok. so play safe just stay kat rumah jer, tidur n baring, abah belum kerja lagi time ni, masih bawa teksi. masa check-up kat klinik desa. diorang suruh ummi buat MGTT check, sebab kandungan ummi gugur berturut. ummi dah pergi dah. kali pertama pergi, nurse suruh ummi balik sebab dah lewat, kali kedua pergi ummi muntah depan nurse, so dikira batal. kena repeat lagi. aduh macam mana ni. dah memang ummi nak muntah. mana buleh tahan.

March
Kandungan ummi mencecah 18-22 minggu, hampir 4 bulan. perut pun dah membesar. banyak baju yang tak buleh pakai. ummi mula control muntah, dah buleh enjoy food sedikit. yang pasti tiap2 hari ummi mesti minum susu, itu minuman kegemaran ummi. kat meja office ummi mesti ada air susu ducth lady low fat milk, air 100+, buah tembikai tiap2 hari. ummi tak lalu nak minum air panas, sumer mesti air sejuk jer, sbb badan ummi panas. waktu ni ummi belum rasa tendangan syirah, tak macam kak nina. seawal 4 bulan memang dah rasa tendanganya. time ni pulak kat rumah opah sangat sibuk, opah pergi new zealand selama 1 minggu, seminggu selepas tu sibuk dengan persiapan majlis bertunang cik pop. time ni kat umah kita ada ibu kucing n anak2nya yang baru dilahirkan. cantik sungguh warna kucing tu, berbulu tebal. ummi sentiasa ingatkan diri supaya tidak terlalu hampir dengan kucing. sebab bahaya untuk syirah, takut toxoplasma.  bulan ni juga kita dikejutkan dengan berita sedih dimana baby auntie awin dikhabarkan sudah pun meninggal dunia ketika dalam kandungan ketika berusia 8 bulan.  kesian sangat kat auntie awin, semoga auntie awin tabah menghadapi dugaan.

April
kandungan ummi mencecah 23-26 minggu, hampir 5 bulan, wahhh memang nak kena pakai baju pregnant. mana nak cari ni? ummi malas nak beli dress, pakai pun sekejap jer. time ni tunggu maksu bersalin, dia bersalin jer, ummi nak pinjam maternity dress dia. save sikit. tetiba ummi dapat herpes atau orang melayu panggil  kayap at this stage, ummi risau sangat, kenapa boleh dapat penyakit ni, apa kesanya pada baby dalam kandungan? bahaya tak? aduhai risaunya. ummi google info pasal kayap, but tak banyak. ummi pergi check kat hospital sungai buluh, dan doc bagi ummi MC selama 9 hari sebab penyakit ni contagious dalam masa yang sama ummi pun ada juga buat secara tradisional. mana satu yang mujarab? entahlah ummi percaya kedua-duanya, makan ubat antibiotik n follow apa perubatan tradisional suruh buat alhamdulillah sembuh. bulan ni rezeki ummi murah, ummi ada duit lebih untuk buat 4d scan. ni gambar2 syirah dalam perut ummi. at this stage, doc cakap baby sihat, sumer normal. Alhamdulillah,

gambar scan syirah dalam 4D format


May
kandungan ummi sekitar 27-30 minggu = 6 bulan. wow sekejap jer. time ni ummi dah buleh enjoy food. wow really put on weight 3 kg. masa pergi check-up kat hospital, doc nak tengok keputusan MGTT. alamak! ummi tak buat lagi, macam mana ni? nampaknya kena p klinik juga n buat. so ummi pun buat lah kat klinik, nasib baik tak muntah lagi kali ni. bulan ni opah n wan planning nak pergi umrah sekeluarga. ummi nak pergi juga, tapi tak buleh, doc nasihatkan ummi supaya tak pergi sebab risiko terlalu tinggi. ummi punya antibodi lemah. lagipun syirah tak aktif menendang berbanding kak nina. kekadang ummi risau, kenapa syirah banyak diam. tinggal lah kita sekeluarga termasuk acik pop yang stay. the rest termasuk nek wan pun pergi. yang pasti ... ummi memang kaki tidur, hari cuti ummi buleh spend untuk tidur sepanjang hari.

kerja kat rumah bertambah sibuk sebab nak prepare untuk majlis kahwin acik pop n cik dida. so bizi nak melipat beg strawbery sebagai goodies nanti.

June
kandungan ummi 31 hingga 34 minggu = 7 bulan
ummi really put on weight. waktu ni ummi memang tak larat sangat, tapi keadaan jadi hapenning. bulan yang cepat berlalu dengan pelbagai aktiviti, bermula dengan kenduri cik pop, kemudian kami pergi bercuti ke pulau pangkor. ummi hampir2 tak jadi nak pergi sebab abah kerja. but lastly menjadi juga. seronok giler. ummi really enjoy it. ummi start mensibukkan diri ummi untuk memudahkan proses bersalin nanti. kata orang tua lah. slowly ummi dan abah baru nak beli barang baby. banyak barang baru yang diperlukan sebab barang kak nina ummi dah banyak sedekah kat orang. mak bidan pun ummi dah uruskan. so cuma nak pack beg pergi hospital jer belum lagi. time ni ummi banyak surf internet looking information about breastfeeding. ummi berhasrat nak fully bf syirah selama mampu.

Antara gambar kenangan kat pulau pangkor yang ada gambar fizikal ummi sewaktu mengandunkan syirah


July
kandungan ummi 36 hingga 39 minggu = 9 bulan
wah time ni memang perut dah besar. ummi memang tak larat nak bawa perut dah. tiap2 hari berdoa semoga cepatlah syirah bersalin. dengan kerja office yang berlambak ummi really cant take it. until one stage ummi p klinik begging for mc. but doc dont want to give, sebab ummi takde simptom contraction. kebetulan kawan ummi kak hanim n nadia dah selamat bersalinkan baby mereka... aduhai syirah cepatlah keluar (doa ummi tiap2 hari)

30 july 2010
ada lagi sepuluh hari menjelang ramadhan, ummi patutnya dijangka bersalin 03 august, doc dah pesan supaya pergi labour room andai kata tida tanda2 bersalin. ummi malas nak datang ofis, memandangkan dah janji dengan auntie jasmin nak beli spectra pump dari dia... so ummi pergi juga, gagahkan diri

0830: ummi sampai ofis, sampai sahaja kat tempat parking kereta, ummi perasan ummi dah sukar nak gerakan kaki. tapi ummi paksa juga... eh ni dah nak bersalin ke? perasangka ummi. ummi gagahkan kaki pergi letak sumer stuf kat ofis n p toilet untuk check. tapi takde tanda apa2 pun

1030: ummi check lagi... masih tiada tanda. tapi sakit pinggang dah ada setiap 45 minit. Oh My good inikah masanya? beg tak packing lagi. auntie mag & jasmin dah risau, diam2 dalam hati ummi pun risau juga. ummi pergi medical centre kat bawah, apalagi kecoh lah satu medical centre kata ummi nak bersalin. doc azni tanya kenapa ummi datang ofis? sbeb dah dekat dengan due date. doc bagi ummi mc n suruh ummi balik cepat. ummi pun call abah, ummi bagi tau dah ada tanda. hari ni dah lah hari jumaat, takut kenderaan banyak. ummi gagahkan diri drive balik. sampai di simpang trafic light... tetiba hp berbunyi, at the same time contraction datang. Ya Allah time tu ummi berdoa supaya ummi sempat drive balik. susah nak masukkan gear. tapi ummi berjaya drive sampai rumah kita.

1.00pm: sampai rumah, ummi pack barang hospital. tunggu abah balik dari sembahyang jumaat dan hantar ummi pergi rumah opah. actually ummi masih buleh tahan sakit. so ummi suruh abah pergi kerja macam biasa. kebetulan malamnya abah ada majlis makan.

kat rumah opah, opah suruh ummi jalan banyak2 untuk mudahkan proses bersalin. ummi mandi& tidurkan kak nina. buat macam biasa. cool sambil practise kan teknik bernafas. hehhehe sempat lagi refer note.

7.00 mlm, sakit bertambah, tapi tiada tanda air ketuban atau darah, cuma sakit pinggang teramat. abah pesan kalu dah rasa nak pergi hospital nanti col abah semula. so ummi rendamkan air akar siti fatimah dan minum airnya, makan kurma banyak2 makan nasi. sumer nak tambahkan tenaga nak untuk labor room nanti. opah pula sediakan air teh n telur ayam bahagian kuning 2 biji. itu petua opah nak bagi tenaga. dan call abah.. ummi dah ready to go. acik pop pula kat madinah masa tu, minta acik pop doakan ummi selamat & mudahkan bersalin. minta ampun kat opah, n wish opah happy birthday, sian opah takde sapa ingat birthday dia. sumer risau pasal ummi.

9.00pm, ummi sampai diperkarang hospital sungai buluh. lakukan proses pendaftaran, kontraksi semakin kerap every 5 minit. time ni ummi tunggu gak bila nurse nak masukkan ubat berak, ummi dah makan banyak ni. tapi nurse tak bagi pun. time ni ummi dah keluar darah.

1030pm doc masukan ummi dalam labour, pintu rahim dah buka dalam 6cm. doc pecahkan air ketuban. time ni doc cakap baby dah berak sikit, ummi risau sangat. janganlah ummi kena p dewan bedah pulak. kalu buleh ummi nak beranak normal.

11.00pm pintu rahim dah buka 9cm nurse suruh ummi teran, ummi tanya buleh tak panggilkan husband, ummi nak abah bantu ummi. nurse panggil abah masuk. Abah bantu ampu bahu ummi, kali ni abah really membantu.. hurm tak macam kak nina dulu. ummi really appreciate sangat. sekali teran... push ...kali kedua...dah nampak kepala... kali ketiga ummi dah tak larat, hampir surrender, siap minta nurse vacuum, sebab risau syirah lemas. nurse suruh ummi tarik nafas sedalam dalamnya....n teran sekuat hati.. dan kali ni ummi berjaya melakukanya.

maka 1119pm lahirlah Nursharmin Insyirah, sebaik sahaja keluar dari rahim ummi syirah nangis sekuat hati, nurse letakkan syirah atas dada ummi, Alhamdulillah semuanya selamat tanpa sebarang komplikasi, syirah lahir dengan cukup sifat seberat 3.00kg huhuhu ummi ingat kan lebih besar dari kak nina, rupanya kecil sahaja. tapi itupun ummi tak larat nak teran. Syirah lahir sama dengan tarikh lahir opah.. big present untuk opah
antara pose Insyirah ketika berusia 1-7 hari

Thursday, December 2, 2010

LDP Course

Akhirnya aku tamat gak kursus 3 hari ni... ingat kan tak mampu nak buat. ramai yang kata couse ni leceh... long hour, a lot of presentation. but to achieve my PMS... i have to complete it. I did it Yeayyyy... semoga pengajaran dan momentum yang aku dapat sepanjang sesi ni dapat aku kekalkan dan aplikasikanya. InsyaAllah. dan yang paling aku bangga adalah... aku berjaya mengepam biarpun dikeributan nak attend lecture. setiap kali break jer... bergegas p surau... nak mengepam tak pun balik bilik. sib baik ada icebox so dapatlah aku simpan stock susu ni. kalu pump kat surau leceh sket.. sebab ada satu jer powerpoint dah tu ramai orang. tapi tak kisah arr janji pump n kejar masa

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dalam melaksanakan tanggung jawab kepada anak2 ku & orang sekeliling ku. Moga Hasratku untuk bf syirah selama 2 tahun terlaksana.

btw aku punya stock alfalafa dah habis... dah order dah.... tapi tak sampai2 lagi... cik Norita... harap dapat dipercepatkan ye... tima kasih

Friday, November 19, 2010

Puteri Sulung: Nursharmin Imannina


Aku dan pasangan ku mendirikan rumah tangga pada sep 2003.Tiga bulan selepas itu aku telah pun disah kan hamil.Namun kegembiraan kami tidak kekal lama, kerana seawal usia kandunganku 5 minggu, aku mengalami pendarahan semasa kehamilan.Doktor menyarankan agar aku tidak melakukan kerja-kerja berat, dan banyak berehat serta menasihati aku agar berjumpanya kembali setelah tempoh dua minggu.Aku melalui tempoh dua minggu sebagaimana yang dinasihatkan doctor, rehat secukupnya dan mengambil pil acid folic untuk memberikan kesihatan yang baik pada kandungan ku.Tika itu aku melanggani apa sahaja majalah berkaitan dengan kehamilan, dan salah satu diantaranya ialah majalah PaMa.Banyak ilmu pengetahuan berguna mengenai kehamilan aku pelajari daripada artikel yang dipaparkan.Maklumlah kandungan sulung, semua benda yang berlaku begitu mengujakan.
Aku kembali bertemu dengan doctor gyne selang dua minggu kemudian, untuk menjalani pemeriksaan lanjut , keputusan yang kami terima amatlah menduka citakan, kerana doctor mengesahkan bahawa kandungan ku tidak mempunyai apa-apa perkembangan,atas nasihat doctor , beliau mensarankan aku mengugurkan kandungan tersebut kerana sememangnya dia tidak membesar.Aku amat sedih sekali atas peristiwa tersebut sementelah itu adalah cucu pertama bagi pihak keluarga di sebelahku.Walau bagaimana pun keluarga kedua dua pihak menasihat kan kami agar bersabar kerana itu semua ujian daripada Allah.Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata seawal itu.Rakan-rakan juga menasihatkan agar kami menikmati tempoh berbulan madu tanpamemikirkan tentang zuriat.
Aku pada mulanya tidaklah merasa teramat sedih, kerana aku sendiri yakin setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun tidak mengandung aku tetap melanggani majalah PaMa.Kadanga kala aku terasa iri sangat melihat gambar anak-anak kecil yang dihantar oleh ibu bapa melalui ruangan “Aksi Si Comel” , alangkah beruntungnya mereka.Hati ini cukup terhibur apabila membaca pengalaman menghadapi saat saat bersalin yang dikongsi oleh pembaca yang lain.Tedetik juga di hati ini bilakah agaknya aku sendiri dapat melalui pengalaman yang amat berharga itu.Jauh di sudut hati aku bertekad seandainya aku diberikan peluang untuk mengandung dan melalui saat bersalin, aku juga akan berkongsi pengalaman indah itu bersama pembaca Pa&Ma yang lain.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan masa berlalu dengan pantasnya namun aku masih jua belum disahkan hamil.Bermacam-macam yang telah aku ikhtiarkan, makan jamu lah, ubat cina lah, berurut lah,tak ketinggalan aku jua mengambil ubat kesuburan, “clomid” bagi membolehkan aku mengandung. Namun semuanya tidak berhasil.Orang keliling sudah mula bertanya “apa dah jadi? Tak lekat-lekat lagi ke?”“si anu yang kahwinya setahun selepas kau pun dah mengandung tiga bulan, engkau bila lagi” macam-macam lah yang aku dengar, panas juga telinga ni, tapi sabar ajelah, bukanlah kami merancang, tapi nak buat macam mana dah memang tiada rezeki.Aku sebenarnya hampir putus asa, aku dan suami memang berkira-kira nak mengambil anak angkat seandainya kami masih jua belum dikurniakan zuriat.Aku pula hampir bosan pada saat-saat datang bulan.Rasa putus asa bila haid ku lewat 10 hari dan bila aku menguji dengan alat ujian kehamilan ternyata negative.Aku mula bertindak untuk mencari kerja ditempat baru, aku memikirkan untuk berkerja shif, (sebelum ini aku bekerja ofis hour).Tak cukup dengan itu aku mula menyibukkan diri dengan selalu berjogging, maklumlah berat badan semakin bertambah dengan macam-macam pil makanan tambahan yang aku ambil, semuanya menaikan selera makanku.
Namun sesuatu yang amat menghairankan aku, walaupun aku kerap berjogging, berat badanku tetap bertambah. Aku pelik sangat, pernah sekali ketika bershopping di pasaraya, seorang jurujual mengsyorkan aku banyak minum air soya untuk kerana ia bagus pada wanita hamil.  Malu dan pilu sangat, gemuk sangat kah aku ni sehingga jurujual menyangka aku sedang hamil, alangkah bagusnya jika benar benar disahkan hamil.
Aku bersyukur kerana keputusan interview di sebuah syarikat penerbangan , telah Berjaya.Aku diminta untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan , dan pada waktu itu aku masih di datangi haid.Dengan bertukar tempat kerja, aku bolehlah menyibukkan diri dengan tugas baru, lantaran aku perlu bekerja shif, sesuatu yang tidak pernah aku lakukan.
Aku diminta melaporkan diri sebulan selepas tarikh pemriksaan kesihatan.Yang pasti , waktu itu, haid ku telah lewat seminggu,aku semacam malas nak melakukan pemeriksaan ujian kehamilan, tapi aku lakukan juga memandangkan aku sememangnya sentiasa membeli alat ujian kehamilan setiap bulan.Alangkah terperanjatnya aku, keputusan pada papan alat ujian kehamilan adalah positif.Tapi suamiku tidak mempercayainya.Esoknya sebelum ketempat kerja aku mengulangi ujian air kencing pada alat ujian kehamilan, dan ternyata ia memang positif,aku pergi ketempat kerja dengan rasa yang amat gembira dan takut, bagaimana aku hendak memaklumkan kepada majikan ku, sedangkan semasa sesi temuduga aku disoal adakah aku mengandung, dan aku memang sejujurnya mengatakan aku tidak mengandung dan tak mungkin mengandung kerana setelah dua tahun menunggu , aku memang tidak mengandung.Aku diamkan saja hal ini untuk seketika.
Setelah pulang dari bekerja aku mendapati ada tanda merah kecoklatan pada seluar dalamku, seingat aku inilah tanda yang aku pernah alami ketika mengandug dahulu.Aku dan suami panic, kami memang menginginkan zuriat ini, tapi aku tak mungkin dapat berhenti kerja, kerana gaji suamiku belum mampu untuk menyara kami berdua dan bakal bertiga pula.Kami ke klinik yang berhampiran, kali ini doctor menyarankan aku untuk tidak bekerja seandainya aku mahu menyelamatkan kandungan kali ini. Kerana memang terbukti rahim ku lemah. Dan tempoh tiga bulan adalah tempoh yang paling perlu dijaga, ketika itu kandungan ku baru berusia lima minggu. Aku diberi cuti selama seminggu.

Kembali bekerja setelah cuti seminggu, majikan ku bertanya kenapa aku tak memaklumkan yang aku sedang hamil, dia mempersoalkan adakah aku mampu untuk mengharungi tempuh percubaan bekerja selama tiga bulan, aku menyatakan kesungguhan aku untuk bekerja ditempat terebut , namun aku mengharapkan agar diberi tugas-tugas ringan sepanjang awal tempoh kehamilan.Majikanku amat memahami keadaanku, lantas dia menyuruh agar aku diletakan bekerja ofis hours sepanjang 3 bulan.

Pernah sekali semasa bekerja aku merasakan ada cecair yang mengalir di seluar dalam ku, aku kira cuma keputihan biasa, maklumlah orang mengandung memang begitu.Namun semakin lama aku duduk, semakin aku rasakan umpama air yang mengalir, aku ke tanadas untuk membuang air kecil, alangkah terperanjatnya aku, apabila mendapati seluruh seluar dalamku telah pun dipenuhi darah merah yang sentiasa mengalir.Aku menjadi panic, aku maklumkan kepada rakan sekerja ku fazilah, ternyata dia juga panic, dia mencadangkan agar aku memaklumkan perkara ini kepada staff senior jika aku ingin menyelamatkan kandunganku.Aku setuju dengan cadangan fazi, aku meminta dia memaklumkan kepada staff senior lantaran aku sudah tidak dapat bergerak lagi,

Wah kelam kabut jadinya satu ofis, masing-masingbergegas membawa aku ke klinik berdekatan,.Doktor melakukan pemeriksaan ujian ultrabunyi untuk mempastikan keadaan kandunganku.Ternyata kandunganku masih disitu, namun dalam keadaan sedemikian aku diminta untuk tidak bekerja, lantas aku diberi cuti selama seminggu lagi.Masalahku mendapat perhatian pihak atasan, diatas budi bicara pihak atasan, mereka bersetuju untuk membenarkan aku mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan bagi memastikan kandungan ku stabil sepenuhnya.
Alhamdulillah, didalam tempoh itu aku dijaga rapi oleh suami ibu dan adik beradik yang lain.Maklumlah aku mengalami alahan yang teruk semasa hamil, muntah dan loya yang teruk. Aku juga paling alah pada bau-bauan, hinggakan aku tidak lagi menggunakan sabun badan mahupun syampu rambut sepanjang tempoh kehamilan.Aku amat berterima kasih kepada suami tercinta diatas kesabaran melayan aku, segala muntah aku, dia yang basuhkan, dimandikan dan apa saja yang terlintas dihati semua di penuhinya.Kandunganku menjadi stabil pada usia kandungan 10 minggu, tiada lagi pendarahan.Pada awalnya doctor mengesahkan terdapat dua karung bayi didalam rahimku, namun salah satu karung telahpun mengecil pada usia kandunganku 4 bulan.Patutlah aku mengalami alahan yang teruk, mengandung kembar rupanya, namun bukan rezeki aku kerana kembar tersebut tidak menjadi, tak mengapalah asalkan kandungan yang ada sihat walafiat.
Hari berganti hari kini tibalah kandunganku berusia 9 bulan, masih ku ingat tika itu aku amat meminati penyanyi Mawi yang semakin mendapat perhatian melalui program hiburan Akademi Fantasia, saban hari aku tak jemu –jemu mengikuti perkembanganyaa, Aku amat berharap, janganlah aku bersalin sebelum Malam Anugerah Juara lagu 2005, teringin benar nak tengok Mawi beraksi live mendendangkan lagu “Aduh saleha”
Malam Juara lagu yang dinantikan telah tiba, ketika kami sekeluarga sedang menyaksikan program tersebut, aku merasakan sakit pinggang yang amat sangat. Rasa macam takde pinggang pun ada. Namun aku diamkan sahaja kerana semua keluarga tengah asyik menikmati malam juara lagu 2005, kejap-kejap aku ke tandas bagi melegakan sakit pinggangku, kali ketiga aku ke tandas, ku lihat ada darah kecoklatan pada seluar dalam ku, binggung sekejap, inikah tanda kembar darah mengikut cerita orang tua.Aku memanggil ibu ke dapur, tika itu penyanyi Hazami sedang mendendangkan lagu “Katakanlah”, ku tunjukan seluar dalamku pada ibu,, ibu mengesahkan “dah kuar tanda ni”, bersiap sedialah.Alamak Mawi belum nyanyi lagi ni, nantilah dulu, lagipun tak rasa sakit lagi ni, Ibu diam sahaja.Aku merasa puas ketika mendengar nyanyian Mawi, saat itu baru aku rasakan kontraksi sakit bersalin, ibu membuatkan aku air teh yang dicampur dengan telur ayam kampung, untuk menambahkab tenaga bagi melahirkan anak nanti, “Akar Siti Fatimah” direndam, ternyata kembangnya memenuhi mangkuk, aku disuruh meminum air tersebut, kata ibu bagi memudahkan proses bersalin.Aku ikut saja petua ibu, memang itu yang ibu amalkan selama melahirkan 6 orang anak secara normal.
Selepas tamat Malam juara lagu, aku menyuruh semua orang masuk tidur, aku katakan aku masih boleh bertahan, tak perlu ke hospital seawal ini, kerana aku tak mahu semua orang panic, sebenarnya aku tak mahu mereka melihat aku menggung kesakitan kontraksi, memang sakit.Namun aku surrender jua akhirnya jam 2 pagi sakit ku datang selang 20 minit, aku maklumkan kepada ibu, ibu menasihati aku terus kehospital, kerana dihospital keadaan lebih selamat,Ibu mengarahkan aku dan suami keHospital selayang dulu, ibu akan menyusuli kemudian bagi memastikan adik2 semua ok kerana esok adalah hari isnin, semua adik-adikku harus pergi bekerja dan sekolah.
Di wad bersalin Hospital Selayang ku lihat ramai ibu-ibu sedang menantikan giliran masing-masing., Aku diperiksa oleh Doktor, Doktor menyatakan rahimku sudah terbuka sebanyak 3cm. Ha…baru 3cm aduh sakitnya Allah saja yang tahu.Aku menghubungi majikan ku pada jam 4pagi bagi memaklumkan aku sedang kontraksi sakit bersalin.Aku berjalan kehulu kehilir, bagi meredakan resah dan sakit ku.Melihatkan keadaanku yang tak reti nak duduk diam, doctor memanggil aku untuk memeriksa bukaan rahimku, ternyata baru 4cm, namun doctor terus memecahkan air ketubanku dan mengarahkan aku ke Labour room. Aku bertuah kerana suami ku sentiasa disisi pada saat-saat aku amat memerlukan kehadiranya.
Tepat jam 7 pagi jururawat memeriksa bukaan rahimku lagi, ha baru 6 cm, Ya Allah aku benar- benar tak terdaya nak menahan sakitnya bersalin, beginikah sakitnya yang ibu rasakan ketiaka hendak melahirkan aku dulu.Aku benar-benar insaf, namun menurut jururwat air ketubanku tidak pecah sepenuhnya, Itu menjadi penghalang untuk bayiku keluar, jururawat membantu aku untuk memecahkan lagi air ketuban itu,
Pada jam 9 pagi, sekali lagi jururawat memeriksa buakaan rahimku, ternyata baru 8 cm, pada tika ini aku memang sudah tak terdaya, dek kerana terlalu banyak sangat menghidu gas penahan kesakitan, aku menjadi lali dan ngantuk, aku katakana pada jururawat aku ngantuk dan tak terdaya nak meneran, terpulanglah kalu mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan keatasku, ternyata jururawat amat memahami situasi aku, beliau seorang berbagsa India, Beliau menasihati agar aku banyak bersabar dan teruskan membaca ayat-ayat alquran, aku terharu dengan kata-kata jururawat tersebut, tanpa kusedari ku kucup tanganya.
Jam 1030 pagi aku memang sudah hilang toleransi, aku sudah tak hirau sama ada bukaan ku belum lagi mencapai kiraan 10cm, dengan kudrat yang ada aku terus meneran, namun kepala anak aku masih belum jua mahu keluar. Doktor dan Jururawat memberi kata perangsang, “cuba lagi puan dah Nampak rambut ni, sayang kalu puan berhenti”.Suamiku berdiri di bahagian kakiku, beliau juga berikan semangat, “cepat sayang anak kita dah nak keluar tu”.Ku genggamkaki ku kedua-dua belah bahagian, ku tarik nafas sedalam-dalamnya, dengan lafaz Bismillah aku cuba sedaya upaya, nah Berjaya jua aku akhirnya.
Doktor mengangkat dan menunjukan jantina bayi kepada ku, tergamam sebentar kami suami isteri, kerana sepanjang aku menjalani ujian ultrabunyi aku difahamkan anak ku lelaki, namun yang ada dihadapanku adalah bayi perempuan, aku dan suami terdiam.Dua kali jururawat mengulangi soalan “Sila sebut jantina anak puan” akhirnya aku menjawab “perempuan”.Alhamdulillah tepat jam 1113 pagi bersamaan hari isnin 06 February 2006, lahirlah anak sulungku seberat 3.08kg.Setelah ditampar dua kali oleh jururawat barulah bayiku mula menangis…fuh lega.
Namun aku menghadapi sedikit masalah kerana uriku belum mahu keluar setelah 45min diberi masa.Aku amat risau sekali, ku minta ampun kepada suamiku seandainya ada perbuatan dan perkataan aku yang menyakiti hatinya.Aku meminta suamiku menghubungi ibu, aku khabarkan pada ibu yang aku telah selamat melahirkan bayi perempuan, namun aku menghadapi masalah kerana uriku masih tidak mahu keluar.Ternyata ibu amat terkejut, aku pohon ampun kepada ibu, dan meminta ibu mendoakan keselamatanku, ibu bimbang aku mengikuti jejak langkah arwah opah yang meninggal kerana uri tersekat ketika melahirkan anak Akhirnya doctor megambil langkah untuk menyeluk rahimku bagi mengeluarkan uri.Ya Allah peritnya , tak dapat nak ku gambarkan, amat trauma aku sekali.Namun aku bersyukur segalanya selamat, tanpa sebarang komplikasi.
Dan kini bayi ku telah pun berusia dua tahun tujuh bulan, Bayi itu aku namakan Nursharmin Imannina.Amat aktif dan bijak sekali. Aku bersyukur kepada Allah atas zuriat yang diberikan, tak tergambar bertapa bahagianya aku dan suami setelah kedatangan Imannina. Buat jururawat yang membantu proses bersalinku.Jutaan terima kasih ku ucapkan, begitu juga buat doctor dan kakitangan jururawat Hospital Selayang yang bertugas pada 2 feb 2006. terima kasih diatasa jasa baik kalian.
Buat Imanninna inilah janji ummi, untuk merakamkan detik kedatangan mu kedunia ini dalam majalah PaMa.Semoga kau membesar dengan gembira, pintar dan cerdas

Ini Permulaannya


hari ini lah bermulanya,,,kisah aku melayari dunia blog.  walaupun tak punya sebegitu banyak masa untuk melakar coretan, namun aku tetap juga ingin merasa keindahan dunia blog.

Segalanya bermula apabila aku melahirkan anak keduaku nursharmin insyirah pada 30 jul 2010.  sebelum kelahiranya aku berazam untuk meyusukanya secara eksklusif selama 6 bulan.  disinila bermulanya aku berjinak2 membaca tentang susuibu di merata2 blog. dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memiliki blog sendiri.

dan kini aku berhasrat untuk menyusukan anakku secara eksklusif selama 2 tahun. semoga niat ku ini di berkati dan dipermudahkan Allah. Amin

Puisi: Gila Dalam Siuman

puisi gila dalam siuman


hari semalam telah berlalu
tidak akan kembali lagi
hari esok akan tiba 
dengan penuh cahaya 
dan harapan 
hanya untuk mereka
yang tabah dan gagah
bukan untuk yang lemah lesu dan layu

hari esok pasti menjelma
membawa berita
cahaya gembira
penuh keriangan
kepada yang ingin berjaya
berfikir biar berisi
bukan mengelamun yang tak pasti
allah menjadikan insan
insan dan tumbuhan
hanya untuk yang berusaha
bukan yang menyerah semata
hidup ibarat tauladan
yang buruk dibuang
yang baik dikekalkan
dalam hidup tiada putus asa
dan dalam putus asa tiada hidup
kita dijadikan insan
insan menulis dan membaca
tiada beza sesama kita
semua insan makhluk mulia
kita boleh merendah
tetapi tidak wajar dihina
kerana kita semua sama
Allah hanya menyuruh
adil ihsan dan sederhana

Makna Seorang TEMAN



T E M A N
Bagiku teman itu ibarat sebatang kunci emas,
warna dan kilauanya begitu memukau pandangan
aku boleh jadi panasaran tanpanya disisiku
Namun
adakah temanku mengerti erti persahabatan ini
nilai yang aku wartakan antara aku dan dia
kerana
aku acapkali tidak mengerti
mengapa temanku itu begitu perahsia
dia tidak sepertiku yang terlalu terbuka
adakah aku begitu memaksa?
Namun teman
Terima kasih kerana kau hadir dalam diriku
Menemaniku ketika aku kesunyian dan keseorangan
Aku harus belajar menerima hakikat
Hidup kita tidak seperti dulu lagi
Masing2 mempunyai hala tuju dan visi yang berbeza
Walau apa jua keadaanya
Ku harapkan moga kau sejahtera dan bahagia