Followers

Saturday, November 3, 2012

terimakasih guru.mp4



terharu dengar lagu ni...

imannina tengah practice lagu ni utk concert akhir tahun dia

Thursday, June 14, 2012

Cesarean Section - inikah pilihan anda??




From Google

bulan ni genaplah usia  Eid Sharmin Amsyar 10 bulan, bermakna lagi 2 bulan genaplah usianya setahun.  ohh pantas sungguh masa berlalu. aku rasa rindu akan tendangan kakinya ketika berada dalam perutku 10 bulan yang lepas. sebab lepas ni tak tahulah sama ada aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk mengandung lagi atau tidak. Kita mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Bila tengok balik video ni...memang mengerikan. tak pernah terlintas nak tengok video ni masa min pregnant dulu. sebab memang confident, i am fit, full of energy dan tak mungkin kena Cesar   Tapi itula... kita merancang, Allah yang menentukan. sapa nak sangka, last minute baby heartbeat drop, dan min dah habis tenaga untuk meneran. Gara -gara  terlalu lama menahan sakit dan menunggu giliran.  Namun Allah lebih mengetahui segalanya... berbaik sangkalah dengan segala ujian yang kita terima


so buat ibu ibu yang pregnant, berfikiran terbukalah bila kita di saat ingin melahirkan anak.  Biar macam manapun kaedahnya, jangan panik, pastikan kita lakukan yang terbaik bagi memastikan segalanya berjalan lancar.  Berusaha dan bertawakkal kepada yang maha Esa.

Andainya di takdirkan anda perlu melakukan Emergency Cesarean :

  1. Jangan panik. Ikut instruction Doktor
  2. Pohon Ampun kepada suami dan ibu bapa (termasuk inlaw k)
  3. tandatangan segala dokumen, jika ada masa pastikan anda tahu dokumen yang anda tandatangan dan hak2 anda (tapi selalunya time macam ni memang kritikal, dan kita tak punya banyak masa utnuk bersoal jawab.
Apa yang min paling ingat ketika di bilik operation:


  1. min di pekenalkan dengan Doktor Anesthetic  ingat lagi nama dia Doktor Azman.  Doktor bius akan memperkenalkan diri beliau dan bertanyakan tentang sejarah kesihatan kita dan keluarga
  2. kita akan dipindahkan ke katil operation.  
  3. Di suruh duduk tegak sambil memeluk bantal, time ni untuk injection epidural, ini penting bagi memudahkan proses injection.   time ni sakit memang tak dapat nak digambarkan.   
  4. about 7-10 minit, min dalam keadaan separa sedar.  separuh bahagian badan dilitupi kain selimut.  tapi kita masih boleh dengar dan lihat setiap pergerakan
  5. ini adalah beberapa posisi c-section  (pic from Google)


  6. so pada waktu itu, hati ni tak henti2 berselawat, pohon keampunan dan bertawakkal kepada yang maha ESA agar semuanya selamat. hinggalah kedengaran suara tangis hero ku Eid Sharmin Amsyar pada 5.05 petang. untuk mengetahui kisah kelahiran amsyar, klik sini
  7. selepas baby di tunjukkan kepada ibu, bayi kemudian di bawa ke nursery manakala ibu menunggu untuk procedure yang seterusnya, suami selalunya akan menunggu di luar bilik bedah, dan di benarkan mengiringi baby ke bilik nursery. inilah tika nya Amsyar diazankan oleh abah.
  8. selepas selesai proses jahitan, ibu diletakkan dibilik kawalan didalam bilik operation selama satu jam sebagai proses  pemantauan (kadar tekanan darah ibu, excessive bleeding, vomit and so on)  dan baru di tolak ke bilik wad seandainya tiada sebarang komplikasi

setelah kita diletakkan di wad biasa, kita masih tidak dibenarkan makan selama 6 jam selepas pembedahan.  bagi sesetengah individu mereka akan muntah sejurus operation kerana kesan ubat bius,  tapi Alhamdulillah min tak mengalaminya. cuma min rasa gatal jer. dan itu juga kesan ubat bius.
(catatan ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri tanpa tauliah dari mana mana doktor, sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut)

Kelengkapan asas berpantang untuk bersalin cesarean:

  1. Tuala "good morning or napkin baby" untuk mengelap air sisa mandian kita. kemudian guna tisu, bagi memgeringkan luka, (lap di kawsan jahitan, pastikan kain dan tisu anda bersih)
  2. Hair dryer, pada min amat penting, membantu untuk mengeringkan luka, selepas tisu
  3. Yellow lotion, atau ubat kuning untuk membersihkan luka bahagian cesar.  ini penting untuk memastikan kesan luka sentiasa bebas kuman, cepat kering dan bebas daripada nanah.  
  4. untuk dalaman pulak, min amalkan makan set vitamin shaklee, zinc, b complex, vitamin c, vitalea dan juga alfalafa.  sangat 2 berterima kasih, kerana diperkenalkan dengan vitamin ni. membantu min untuk tetap cergas, mengembalikan tenaga selepas operation. dan dalam masa yang sama membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat. itu yang min sangat suka
  5. Jus pati ikan haruan, berbotol2 min minum untuk membantu mengeringkan luka.  Tiap tiap hari selama sebulan cik hubby min tak penah gagal mencari ikan haruan fresh untuk dimasak sebagai santapan sepanjang berpantang.  Thank you dear.   Big thanks to my lovely mommy Puan Azizah Abdul Aziz, yang sentiasa memasakan pelbagai menu ikan haruan sepanjang 30 hari berpantang...(aku beruntung ada emak)
  6. Pembalut luka seperti gambar. boleh didapati di pharmacy.  seingat min, min hanya gunakan pembalut luka ni selama seminggu awal berpantang.  time ni pun mandi sekali sahaja. tapi cuci luka 2 kali sehari.  Harga dalam RM5.00++ berdasarkan saiz
  7. pada hari hari berikutnya min hanya mandi dengan hanya duduk diatas alas mangkuk tandas (tandas duduk saja k) tiada lagi pembalut luka, sebab min rasa leceh.   Bila kita duduk secara automatik bahagian luka kita di tutupi sebab min punya jahitan ialah low transverse incision (melintang) dan tummy pun time tu agak mengelebeh, belum kecut sepenuhnya, so boleh menutup bahagian jahitan. Jangan takut nak mandi ok, ianya selamat.


beberapa saiz pemablut luka yang digunakan untuk menutupi luka ketika mandi

Luka anda bernanah???

apa nak buat ni???

sentiasa perhatikan kawasan jahitan k, min rasa min dah buat pemantauan yang teliti setiap kali selepas mandi.  namun min tetap juga tak terlepas dari keadaan ini.  maklumlah, anak menyusu badan, kadang2 belum lagi kita  habis selesai bersiap selepas mandi, bayi dah melalak dulu.  

Disebabkan min amat tegar untuk menyusu secara eksklusif, jadi min tidak benarkan mak menyuakan  puting palsu atau menyusukan amsyar melalui botol, bagi mengelakan amsyar confuse puting, jadi min selalu terkocoh kocoh membersihkan bahagian luka. sampai terlepas pandang yang luka jahitan min bernanah dihujung (tempat simpulan)

punyalah panik... min Google segala maklumat tentang apa yang patut dilakukan.  rupanya benda ni normal, kadang kala bila kita alpa membersihkan luka, keadaan begini boleh terjadi, dan faktor kebersihan sekeliling juga boleh menjadi punca luka bernanah.  

min perasan luka start bernanah dalam 14 hari ketika berpantang, secara logik luka kita sepatutnya semakin sembuh, namun bila ada jangkitan, kita haruslah cepat bertindak. min tak tunggu lama, sehari selepas min perasan adanya nanah:
  1. min terus pergi ke Klinik bersalin terdekat (swasta), 
  2. doc gynecology check menyeluruh kawasan luka. time ni punyalah sakit dia tekan kat kawasan luka bagi memastikan tahap nanah di jahitan. (Nasib baik min punya memang ada satu dot jer) dalam kes2 lain, ada juga nanah yang telah merebak keseluruh jahitan hingga memaksa untuk dibersihkan dan dijahit semula... ni penerangan dok ok. 
  3. Doc prescribe min  ubat antibiotik dan disuruh datang semula selepas dua minggu
  4. ketika min menerima prescription ubat antibiotik ...pastikan ianya selamat untuk bayi anda juga.  Jangan malu bertanya.
selalu pastikan kawasan luka kita sentiasa kering, seandainya anda rasa ada cecair jernih , kuning atau berbau sesuatu yang kurang enak di sekita kawasan luka,  teruslah berjumpa doktor sebelum melarat.  Mintalah bantuan suami, ibu atau adik beradik perempuan ( yang anda selesa) untuk perhatikan progress luka anda, kerana bila bersalin Cesar, anda akan merasa agak sukar untuk tunduk, anda perlukan cermin sebagai alat bantuan melihat luka anda.


Nota kaki:

Kata orang bila kita bersalin Cesar, kita disuruh berehat bagi memastikan luka cepat sembuh.   Namun min tak berkesempatan untuk itu semua, min terpaksa mencergaskan diri berulang alik ke klinik komuniti setiap hari kerana tahan kuning amsyar tinggi.  


Cabaran bersalin Cesar: 

  1. Payahnya ... Allah sajalah yang tahu, dengan keadaan luka di perut, kita memang akan merasa sukar untuk bangun dan baring di katil. if kat hospital kita akan dipasangkan alat bantuan untuk bangun , tapi bila di rumah... hanya tiang katil sahaja menjadi tempat mengampu badan untuk bangun ke toilet atau menyusukan bayi,  adakalanya min tidur duduk bagi mengelakkan terlalu kerap bangun untuk menjaga luka... takut terkoyakk....ngeri!!!  time ni cik hubby tolonglah tengok2an anak -anak yang lain. itu lebih memadai, kita sorang tak daya nak buat semua.
  2. sukar untuk ketawa selama 1-3 minggu, bergantung kepada kadar penyembuhan individu.  tapi time ni memang tak boleh nak ketawalah... badan terhincut2 menahan sakit sambil nak gelak huhuhu (chuckle)
  3. sib baik min tak batuk2 kesan ubat bius..kalau tidak,.. tak tahulah macam mana nak tahan
  4. cuma sehari selepas operation, min tersedak ketika minum... Ya Allah, sakitnya bagai nak terbuka jahitan. berair air mata menahan huhuhu

Moga catatan tak seberapa ni boleh menjadi panduan buat mereka2 yang memilih untuk bersalin secara Cesarean.  Agar lebih bersedia, biarpun adakalanya itu bukan pilihan kita.

Andai diberi pilihan... min lebih suka memilih bersalin secara normal,  lebih senang dan praktikal, sakit bersalin ketika itu sahaja,

bila dah Cesar, segala aktiviti terbatas seketika... tak boleh nak lasak2 sangat, ngilu bahagian perut berlarutan sehinggalah amsyar berusia 6 bulan.   kena makan banyak protein untuk pulihkan bahagian luka.

Nak "bersama" pun ngeri... min berpantang selama 100 hari.  Thank you to cik hubby kerana sangat memahami.

Kita mampu merancang ... tuhan yang menentukan, bersangka baiklah selalu kepada Allah. setiap dugaan pasti ada hikmahnya.

Opah & Amsyar ketika 6 bulan

Kita sekeluarga ~ Raya 2012, Amsyar 4 bulan

Amsyar 4 bulan ~ chubby

Tuesday, May 29, 2012

Satu perjalanan ~ Eid Sharmin Amsyar

21 Apr 12 / 5 am

Aku terjaga dari tidur, sedari dari semalam perut aku memang cramp, macam2 rasa ada. tapi kali ni , aku rasa macam sakit nak buang air jer

0530am
Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati, ni dah kali ke 3 aku berulang alik ke toilet, aku macam confius, ni rasa nak buang air.... tapi dalam masa yang sama rasa macam contraction pun ada.  Aku kejut suami aku, sebenarnya... aku agak takut, hari ini kah harinya???  tak lama kemudian azan subuh pun berkumandang. 

0630am
sakit terberak2 semakin kerap di samping sakit pinggang. dan kali ni aku confident... aku memang dah nak bersalin (dah nak dapat anak nombor 3,tapi masih lagi confuse tentang tanda2 bersalin).  Aku kejut emak, bagi tau yang aku rasa sakit pinggang nak bersalin, mak suruh aku rendam air akar siti fatimah, fuh memang kembang betul akar ni. orang kata kalu kembang maknanya dah nak bersalin, aku minum airnya sikit, segala minyak selusuh pun aku minum dan lumurkan ke perut. sambil2 tu minta abang tolong kemaskan barang2 dan beli sarapan.  aku perlukan tenaga.

0900am
anak2 dah bangun, aku pulak dah rasa tak keruan, huda asyik nak dukung, yang nina sibuk nak ikut aku pergi hospital (dia ingat aku pergi check-up dan dia boleh ikut macam biasa), aku belum mandi lagi... aku sempat makan roti canai sekeping jer.  aku tak lalu nak makan lagi. aku cuma ambik buah kurma jer dan minum air zamzam . aku mandi dan berjalan keliling rumah time ni... rasa dah macam takde pinggang, ngantuk pun ada, aku cakap dengan mak, aku nak tidur dulu kalu buleh, takmo pergi hospital lagi, sebab masih buleh tahan sakit.

0930am
tak buleh nak tido dah, macam2 aku buat untuk redakan sakit, buat senaman ler, pernafasan ler, tapi satu yang tak lepas dari tangan aku ialah stressball, bila contraction datang, aku genggam stressball kuat2, berkesan jugalah untuk redakan kesakitan... tapi aku semakin cuak.. sudahnya aku minta abang masukkan segala beg yang aku dah packing kedalam boot kereta, mak pulak sibuk buatkan air kopi yang dicampur dengan 2 biji telur mentah ayam kampung, ni petua untuk tambah tenaga bila nak meneran baby nanti, petua yang diamalkan sejak dari zaman mak lagi.  sambil2 tu baca ayat ni:

  •        Allahhumma yassir wala tu a'ssir (minta di permudahkan segala urusan)
  •        Hannatun waladat mariam, mariam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquwatil makbud  la      haulawa quwata illa billa hil a liyil azhim
hajat di hati nak makan lagi... tapi dah takde selera dah, sakit nya memuncak

1000am
bergerak ke Hospital Sungai Buluh, dahlah dalam kesakitan, tetiba abang buleh tersalah jalan pulak... terpaksalah memusing jauh, aduhai... inilah jadinya bila dah panik... aku suruh laki aku tumpukan perhatian, jangan hiraukan aku, bila sampai diperkarangan hospital...aku memang dah tak buleh berjalan.  tapi aku gagahkan juga, sebab laki aku nak parking kereta (agak jauh sikit dari pintu masuk hospital), setelah selesai isi segala borang,  nurse suruh aku masuk untuk pemeriksaan lanjutan... mak aii ramai gak orang,  nak buat ctg pun kena tunggu giliran, masih ada 3 orang lagi yang menunggu giliran. aku dah tak tahan dah ni, sib baik ada stressball di tangan. 
 bila tiba giliran aku buat ctg, aku memang dah ngantuk ... rasa nak tido, ni ler penangan bangun kul 5pagi, tetiba nurse untuk check graph ctg, "puan jangan tidur tau, anak puan ni pun macam tak aktif, cuba gosok2 perut tu, kalu tak bacaan ctg tak berapa cantik"... alamak risau pulak aku dengarnya, sambil usap perut tu aku cakap kat baby, "adik jangan tidur tau, adik pun kena kuat untuk cari jalan keluar, kita lakukanya bersama, adik kan boy, kenalah kuat".  dalam pukul 1030 aku selesai ambil bacaan ctg, nurse suruh aku tunggu kat luar untuk proses yang seterusnya, iaitu berjumpa doktor.

1100am
Aku berjalan sekeliling ward, dah tak buleh nak duduk, sebab bila duduk jer rasa panik huhuhu... sudahnya aku minta kebenaran keluar sekejap, aku dahaga, nak minta air minum kat abang. Nasib baik abang ada beli roti dan air soya, aku makan roti  seketul roti ban dan minum air sikit, tak lalu nak minum banyak, sebab asyik rasa macam nak terkencing, kalau boleh tak mau kena masuk tiub air kencing tu... pedih. sambil2 sembang dengan abang, aku ternampak Dr Ahmad dengan berpakaian kasual melangkah masuk kedalam  wad bersalin, agaknya Dr Ahmad oncall kot hari ni, "bang tu lah Dr Ahmad yang pernah buat D&C masa min dapat molar pregnancy dulu".  mesti takkan lupa punya sampai bila2, sebab Dr Ahmad ni selamba jer orangnya, bila check-up dengan dia, agak lawak juga orangnya.  dah dekat jam 12pm aku masuk semula  kedalam wad bersalin, minta ampun kat abang, minta abang doakan min senang bersalin.  dah pesan kat dia, jangan tertidur pulak, takut nanti bila nurse panggil dia tak dengar.  bila masuk kat dalam wad aku tanya kat mommy yang menunggu ada tak doktor panggil nama aku... " belum lagi kak, saya yang datang pukul 9 pagi tadi pun belum dipanggil lagi" mak aiiii menyirapnya aku dengar... takkan tak panggil lagi. aku dah tak tahan ni sakitnya... jalan pun dah membongkok, sampai bila nak tunggu ni.  huhuhu wahai hati sabarlah... nak buat macam mana ...dah dugaannnn

130pm
barulah giliraan aku dipanggil oleh Doktor A, muda betul doktor perempuan ni, aku jeling2 gak nama dia...tapi tak nampak, sebab dia dah pakai baju OT (so panggil Doktor A ajelah).  macam2 yang disoalnya, bila first time period, period datang berapa lama, anak nombor satu bersalin kat mana, bersalin normal ker, anak no2 pulak sihat ker, berapa kali gugur, pernah buat opreation lain tak sebelum ni, mak ayah ada sakit apa.... fuh 10001 soalan ditanya, disaat saat aku kesakitan macam ni, yang hairanya semua detail dah ada kat dalam buku merah tu, dia pun dah nampak yang aku dah tergeliat-geliat menahan sakit...dia lagi nak tanya macam2, sabar ajelah...nak buat macam mana dah begitu procedurenya, doktor ni pun menjalankan tugas juga. sib baik ada stressball  kat tangan, so aku genggam stressball kuat2, kalu ada tangan laki aku kat sini... tentu dia yang jadi mangsanya.  Dalam masa yang sama aku  ternampak dr yelli berjalan2 kat wad, doktor ni pun senior doktor gak, aku pernah gak konsultasi dengan dia, agaknya dia cam muka aku "why are u holding the stressball" dia tanya kat aku... "because am so stress doctor"... eeee ada juga orang tanya soalan macam ni kat aku.  tengah2 sesi soal jawab dengan doktor ni, tiba tiba handphone dia berbunyi... aishhh doktor... takkan time ni sempat lagi nak jawab panggilan... aku sebenarnya dah rasa macam nak marah... aku sakit sangat dah ni.  "Maaf puan, saya terpaksa pergi ke operation theatre sebab ada kes fetal stress, saya tinggalkan puan dengan kawan saya (Doktor B), nanti dia akan check puan"  HAAAAA aku terlopong,  takpelah doktor... pergilah cepat, sian kat baby dan mommy yang menunggu tu,   sudahnya aku di serahkan kat sorang lagi doktor... dan aku kena repeat sumer soalan tadi dari A-Z, "urmmm sakit sangat ke puan? soal doktor B jomlah... saya check jalanya (bukaan pintu rahim)"  dalam hati aku... jomlah cepat doktor aku dah tak tahan ni...

"Oh bukaan dah 6cm" kata doktor B,  "doktor saya ni rasa nak terkencing (tulah tadi minum air banyak sangat), boleh tak nak pergi toilet dulu" .  "ehhh puan tak payahlah... nanti terberanak pulak kat toilet tu... takpe puan baring jer, nanti saya pasangkan tiub, lagipun saya nak kena ambil darah puan dan pasangkan branula untuk masukkan air" ha tiub kencing ...tu yang aku tak mau tu...sudahnya aku baring ajelah kat katil.  Dalam masa yang sama doktor A telahpun datang semula, dia yang uruskan aku seterusnya.  agaknya kes dia dah selesai.

330pm
Doktor saya dah taktahan ni, rasa nak buang air besar lah doktor... "eh puan kejap ye saya tengok carta ctg, ye lah contaraction puan dah kuat, biar saya pecahkan air ketuban dulu untuk membantu proses bersalin"  aku nampak sejenis alat yang panjangnya macam pembaris digunakan untuk memecahkan air ketubanku, "Alamak puan, baby dah berak sikit ni, biar saya check dah buka berapa cm,  eh dah 9cm lah, Nurse... patient dah buka 9 cm ni, kata doktor A "OK puan boleh teran bila2, husband adakan? "aku hanya menganggukkan kepala, ye husband kat luar" "nurse tolong panggilkan husband siti muhaimin".  tak lama kemudian aku dengar suara abang, seperti yang pernah kami lalui untuk sebelum ni, aku minta bantuan abang untuk ampu belakang bahu bila aku nak teran nanti,  abang sempat lagi cakap, ok pegang buku lali kaki dan teran... jangan angkat bontot, ni bukan kali pertama, dah kali ketiga dah.  waktu ni aku hargai segala yang abang cuba lakukan demi memberikan semangat kat aku, ternyata abang baca segala nota2 yang aku print tentang cara2 suami membantu isteri dalam dewan bersalin,  tapi rasa nak marah pun ada...bukan aku tak cuba nak pegang buku lali,... tapi rasa sakitnya membuatkan aku lebih selesa pegang sisi katil. aku perasan laki aku macam nak marah dah, sebab aku tak ikut nasihat dia, yelah dia pun stress agaknya, tambah pulak bila nurse tu kata... puan, teran cepat, lagipun baby puan dah berak dah ni...tarik nafas dalam2 dan teran.....

400pm
aku masih belum bersalin lagi, time ni sakitnya macam dihujung nyawa, betullah kata orang, perempuan bersalin ni memang menggadai nyawa demi mengeluarkan satu lagi nyawa.  aku minta ubat tahan sakit, aku hairan kenapa kali ni diorang tak bagi ubat tahan sakit,  tapi menurut kata nurse, diorang dah tak bagi ubat tahan sakit bila pintu rahim patient dah buka 6 cm, sebab waktu ni ubat tahan sakit dah tak berkesan.

Saat ni aku redha dengan segala kesakitan.  berkali kali aku minta maaf kat laki aku, manalah tau ada benda yang masih tersimpan jauh dilubuk hati dia.  nurse yang tadi assist aku pun dah naik fed up, sebab dia kata aku tak teran betul2,  Doktor A pulak dah pergi kebilik lain untuk assist patient lain bersalin. sebenarnya. aku rasa macam dah tak de tenaga dah,   memang dah tak larat nak teran, dah lah ngantuk, lapar pulak. kalu diorang check bukaan pintu rahim awal2 tadi, mesti perkara ni tak berlaku, bukanya aku datang lambat, tapi diorang yang lambat check, time ni aku rasa sesal sangat. SALAH AKU KE?

Sudahnya nurse pun check balik jalan... dan panggil doktor lelaki yang lebih senior, (Doktor C), "Doktor  C, cuba doktor check bukaan rahim patient ni, saya rasa ada yang tak kena"  time ni aku dengan laki aku dah berpandangan... apa pulak ni..."tadi doktor A check, dia kata dah buka 9cm, jadi kami suruh patient teran... tapi bila saya check, saya rasa patient ni baru buka 6 cm, cuba doktor pulak check, saya rasa air ketuban dia bukanya moderate tapi light jer, saya rasa jauh lagi kedudukan kepala bayi" nurse meneruskan penerangan.

kali ni doktor C  pulak buat pemeriksaan keatas aku... gerun gak, maklumlah tangan lelaki. "urmmm patient baru buka 6cm, air ketuban light" dalam masa yang sama aku datang contraction lagi... "nurse saya nak teran ni boleh ker" aku pulak yang minta kebenaran... "ehhh jangan teran dulu puan, belum boleh lagi... puang mengiring kekiri" WHATTTT ?!!!! kejap suruh teran, kejap jangan teran... mana satu ni.  Waktu ni Doktor C dah keluar, yang menanggung sakitnya aku, bukan diorang.


440pm
Masih belum bersalin....
sakit memang memuncak, aku pegang tangan abang, mulut tak henti2 membaca ayat2 al Quran.  kali ni aku tak banyak bunyi macam bersalin sebelum ni, aku banyak diam jer... sakit terpusing2 sendiri atas katil, laki aku pun tak tau nak buat apa dah.  kali ni, bila rasa contaction jer aku teran...aku dah tak peduli, nurse  ada ke, nurse takde ke... aku teran jer.  memang bilik ni kosong seketika, cuma ada seorang Doktor baby standby sebab mengikut procedure kalu baby dah berak, mesti ada pakar baby standby bersama team yang lain untuk check keadaan baby bila dah bersalin nanti, takut ada komplikasi pada baby. Aku cakap dengan doktor tu yang aku nak teran dah ni... tapi dia kata nanti dulu, biar dia panggilkan salah seorang nurse atau doktor, sebab dia memang tak boleh assist bahagian perbidanan.

Nurse dan doktor A masuk kedalam bilik aku, diorang check graph CTG baby, "ehhh kenapa makin pelahan ni " kata nurse, "doktor, saya rasa graph CTG baby ni dah tak sekata" ...kali ni doktor A pulak yang check, nurse, tolong panggil doktor senior, fetal stress" Doktor A sibuk menyemak Graph CTG, aku pulak dah panik, Dalaam hati masih tertanya tanya, fetal stress tu apa?  kalu tak silap awin (jiran rumah sebelah) pun kena operate sebab fetal stress, seriuskah?... Ya Allah, bantulah aku, selamatkan aku dan bayiku, berilah kesempatan pada bayiku untuk hadir di muka bumi MU ini, doaku tak henti2.   

Tak sampai 5 minit aku lihat Doktor Ahmad datang kebiliku bersama Doktor C,  kali ni Doktor Ahmad pulak yang check bukaan pintu rahim ku,  "urmm, masih agak tinggi kepala bayi ni, tak payah buang masa, kita operate jer patient siapkan kelengkapan" ... "Maaf puan, ritma jantung anak puan dah tak sekata dan anak puan pun dah berak kat dalam, kami terpaksa membedah puan demi menyelamatkan bayi puan dari lemas dan termakan najis", saat tu aku lihat muka suami aku macam stress dan hampa, ialah ni baby lelaki, yang dia tunggu tunggu yang akan meneruskan keturunanya.  kemudian terdengar komen dari nurse yang assist aku dari mula, "tapi doktor, saya rasa dia boleh  bersalin normal, sebab memang dah contraction, cuma kena teran kuat sikit, puan apa kata puan cuba lagi, saya takut puan bersalin dalam lif nanti"  saat ni teringat cerita mak mertua aku, dulu dia pun bersalinkan laki aku kat dalam lif, adakah ini satu kebetulan", tapi hakikatnya aku memang dah tak ada tenaga, seluruh tenaga ku hilang menahan kesakitan dari awal pagi tadi....kalaulah mereka cepat....

dalam masa yang sama seorang nurse lain memberikan beberapa dokumen untuk aku tandatangan, aku minta laki aku tandatangan bagi pihak aku... tapi nurse tu tak bagi, persetujuan untuk melakukan pembedahan mestilah datang dari tuan punya badan, dan tidak boleh diwakilkan.   aku just tanda jer... time sakit2 macam ni... tandatangan pun dah macam cacing kerawit... time ni nurse tu tanya; bila last makan, ada sakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, ada alahan pada ubat2, mak ayah ada sakit tak.  semua aku katakan tidak... last waktu aku makan... makan yang betul2 makan ialah jam 730 pagi tadi, iaitu sekeping roti canai.

aku di bawa ke operation theatre, iaitu terletak di bahagian bangunan satu lagi, laki aku disuruh mengiringi dan tunggu aku di luar bilik bedah, saat ni aku hanya pejamkan mata, menanggung kesakitan yang teramat. aku pegang besi katil kuat2 hanya itu yang ada buat aku redakan kesakitan ni.  aku teringat pesan kak laili yang urutkan aku sebulan lalu, kau jangan dukung sangat anak kau ni, ni akak dah betulkan kedudukan bayi dalam perut ni, nampak gayanya dia suka kekanan, ni rasa macam dah tak balance, nanti kalau sakit nak bersalin, kau usap2 bahagian kanan perut, biar bayi tu masuk betul2 saluran dia.  agaknya itulah sebab kenapa kepala baby tak turun habis, ( ni firasat aku jer).
Didepan pintu bedah aku disambut oleh Doktor Azman, aku kira dia seorang pakar anesthatic.  Doktor azman tanya, bila last makan, ada sakit jantung , darah tinggi, kencing manis.. bla bla bla bla bla, aku kira soalan yang sama yang ditanyakan kepada aku sejak dari pagi tadi... aku dah bengang ... diorang pegang fail aku... tak boleh ke refer jer fail pesakit tu...

Dengan nada yang agak keras aku menjawab, "saya takde sakit apa2, takde alahan ubat apa2, last makan jam 730 pagi tadi, mak saya sakit kencing manis, ayah saya ada high cholestrol" .  "amboi eksyen nya patient ni" terdengar komen dari Dr Azman,  "Dia memang macm ni sejak dari labour room tadi doktor" kedengaran suara nurse pulak menyampuk, buat aku tambah berang.  "Maaf doktor, saya sakit, saya tak upaya nak jawab soalan doktor" sempat aku minta maaf kat doktor tu didalam keributan diorang tolak aku ke dewan bedah yang sangat sejuk, dan terdapat lampu besar yang amat menakutkan. 

Saat2 sakit macam ni, aku diminta alihkan badan dari katil yang mereka sorong aku ke katil di bawah lampu besar, aku dah tak terdaya... macam mana nak alihkan badan... aku ikut sahaja arahanya, nanti dikatakan aku kuat marah pulak.  selepas itu aku disuruh duduk diam2 dan diberi suntikan dibahagian tulang belakang badan,  kemudian aku dibaringkan, waktu ni aku nampak Doktor C dan Doktor Ahmad yang melakukan prosedur pembedahan keatas aku disamping Doktor Azman dan beberapa orang nurse yang aku tak cam, sebab diorang dah pakai mask.  Aku ditutup dengan selimut bermula dari paras payudara sehingga kepala, namun aku masih dapat mendengarkan segala pergerakan dan perbualan mereka. selang beberapa minit, aku diberi suntikan antibiotik,  dan aku lihat nurse menyuntikan sejenis cecair kedalam tabung air yang disalurkan kebadan aku.  saat ni aku banyakkan membaca surah kursi, ni lah perjalan hidup seorang wanita demi zuriat yang dikasihinya.  Mujur sepanjang mengandung aku tak pernah melihat live video bagaimana procedure pembedahan ceaserian dilakukan, kalau tak aku mesti lagi cuak, membayangkan bagaimana perutku di toreh dengan pisau tajam, lapisan demi lapisan dan bagaimana darah merah pekat mengalir dar bahagian kulitku.

5.05pm
kedengaran suara bayi menangis.... Alhamdulillah, selamat sudah.  bayiku dibawa kesatu tempat untuk dibersihkan, selang dalam 5 minit nurse datang menunjukkan kepadaku seorang bayi yang agak cerah kulitnya... matanya sepet sekali, tidak seperti huda .  "ni bayi puan yer, bayi lelaki" sambil menunjukkan kemaluan bayi bagi kepastian. aku hanya menganggukkan kepala.  Bayiku dibawa ke wad lain untuk pemantauan, sementara aku masih di dewan bedah ini menantikan penyudahan untuk perutku dijahit semula.  Oh ini kali kedua aku terhutang budi dengan Dr Ahmad kerana menyelamatkan nyawa aku.  Terima Kasih doktor.  Terima kasih semua.  setelah itu aku dibawa ke ruang menunggu sementara di dalam bilih pembedahan.  saat aku rasa kebas seluruh anggota dari pinggang ke kaki kesan dari ubat bius.

7.00pm
Aku dibawa ke wad bersalin 6B dan ditempatkan dikatil bernombor 18. nurse memakaikan aku baju, dan aku diberi plastic kuning sebagai persediaan seandainya aku ada rasa2 nak muntah.  waktu ni terbayang macam mana awin muntah2 setelah melahirkan afiq, seksa betul.  Alhamdulillah aku takde rasa macam tu, mungkin sebab last waktu aku makan ialah jam 0730 pagi,  dan aku benar2 lapar kali ni, aku tanya kat nurse bila boleh makan, nurse kata kena teruskan berpuasa sehingga 6 jam dari waktu aku keluar dari bilik pembedahan, ini bermakna jam 12am atau tengah malam nanti barulah aku boleh makan semula.  aku minta nurse bawakan bayiku,  selang 15 minit kemudian abang datang dan bayiku diletakkan disebelahku. 

Begitulah bermulanya episod kehidupan anakku Eid Sharmin Amsyar, semua orang tertanya, kenapa Eid?? asalnya aku hanya ingin mencari kata depan yang lain selain Nur untuk anak lelaki, aku sebolehnya nak letakkan muhammad atau ahmad, tapi ia akan menjadi sangat panjang.  jadi aku nak gantikan dengan nama2 nabi seperti luth, hood atau nuh , tapi bila disebut secara keseluruhan macam tak kena jer.  Dan terjumpa nama Eid yang bermaksud perayaan dalam buku nama2 islam, bila difikirkan, Eid lebih seseuai sebab kebetulan aku tahu aku mengandung lagi pun sekali ketika hari raya puasa, raya keempat.  Sharmin memang nama yang ada pada setiap anak2 ku, tanda cinta kami berdua yang bermaksud humble, manakal amsyar pula nama yang memang aku minat since kali pertama aku dengar nama anak kak siti mariah, yang kerja kat ttmc , yang bermaksud cergas.

Biar apa pun namanya, ummi berdoa semoga amsyar menjadi anak yang berguna kepada agama dan bangsa, anak yang berbakti kepada kedua orang tua, yang mengasihi kedua orang tuanya ketika orang tuanya tidak berdaya suatu hari nanti. Amin



Saturday, April 21, 2012

Dak Dik Duk 2

Jumaat 20, April 12

Sejak rabu lagi sharifah dah pesan supaya aku siapkan slide untuk handover kerja aku bila aku confinement nanti.  Tup tup pagi ni ... Puan Rahimah call aku suruh aku masuk bilik , dia explain , sepanjang aku cuti bersalin nanti , yap akan  gantikan tempat aku. dia nak aku handover segalanya pada yap,... legalah juga, sbb slide presentation dah aku siapkan... fuh lega.  kebetulan, hari ni merupakan hari terakhir aku kat office. hari isnin 23 april aku memang dah plan nak cuti. seperti yang dirancangkan oleh gynae aku, 24 april (selasa) aku kena datang ke hospital untuk bersalin

tapi hari ni merupakan hari yang paling sibuk bagi aku... sepanjang panjang hari meeting dari pagi sampai lah lepas lunch,  tadi masa meeting pasal anugerah ce, puan rahimah ada wish semoga aku selamat bersalin, terharu la, walaupun takde orang lain yang wish.  buat aku rasa aku masih sebahagian daripada team ni.
yap minta aku stayback lambat sket, sebb ada benda yang dia tak faham... Gerak hati aku kuat mengatakan... yang aku akan bersalin lepas handover kerja2 office ni kat yap, seperti pengalaman yang sudah2 gerak hati aku selalunya tepat.

kesian kan yap.. kami stayback sampai pukul 8 malam.  tetiba aku rasa perut semakin mengeras... cramp semacam... haish.. biar betul... ni dah malam ni , hari jumaat pulak tu, kereta selalunya banyak... takkan contraction dah kot.. yap pun dah risau.. banyak kali dia tanya are you ok siti?  yess am ok, tapi i rasa tak mau stayback lama sangat... i feel one kind...then kitaorang cepat2 pack up, dan balik. aku tengok banyak misscalled daripada abah dan laki aku, iyalah diorang pun risau.. aku ni dah tunggu hari, ni dah malam tapi tak balik2 lagi.

takpelah.. aku kuatkan semangat, ketepikan segala keperluan diri demi tugas... itu pun ada yang kata aku tak serius bila buat kerja.... haish... mulut orang.

Sunday, April 8, 2012

Dak Dik Duk ...

Aku rasa macam tu lah jantung aku berbunyi ... berbunyi lebih kencang menanti waktunya
Tiap2 hari bangun tidur.. buat aku terfikir... harini kah harinya???
dah bersediakah aku, untuk berhadapan dengan saat itu... "the real contraction" and the real labour room experience.

bila aku recall semula... saat yang paling menggerunkan adalah, apabila saat nak kena jahit kat secret part...
masa tulah aku cakap dengan diri aku... next time nak gap lama sket... huhuhu gerunnnnnn.... ( tu citer bersalin normal)

from google
samalah ekspresi muka aku, bila time nak kena jahit tu


aku pernah tengok kawan aku lepas bersalin anak dia nombor 2 secara c-sec,  tak buleh nak buka mata langsung... pening, pastu muntah2, at the same time baby pulak menangis nak susu.  sian betul... (kalu buleh memang takmolah,  tapi kekadang tu bukan kita yang minta... sumer ni kuasa Allah)

Itulah ...
seboleh2nya kali ni aku takmo repeat kesalahan yang sama dalam menghadapi situasi akhir nak melahirkan anak.... antara yang pernah aku lakukan adalah

  1. Drive sewaktu contraction datang selang 30 minit : ni memang kerja giler... dah tau ada contraction and dah dapat perlepasan dari doktor pun, masih nak stay kat tempat kerja. dah lah time tu my hubby outstation... luckily dapat drive dengan selamat
  2. Tak standby beg mommy and baby dalam kereta... sebab takut berhabuk..and terlalu confident yang aku akan balik umah dulu... mentang2 ler rumah dekat.  jarak office ke rumah dalam 15min drive kalu tak jam... and jarak rumah ke hospital sungai buluh dalam 25min drive kalu tak jam.
  3. Lambat pergi hospital: gara2 nak tunggu hubby habis dia punya dinner, patutnya insist dia hantar aku dulu ke hospital.... (but i dont want to deliver my baby without him around).... akibatnya... baby dah berak sket dalam perut..sib baik Doc suruh teran gak... and heartbeat baby masih kuat & nasib baik sakit bersalin tak lama... 1030pm pecahkan air ketuban...kul 1119pm dah bersalin... TQ to all atas segala doa... and to my hubby for really helping me in delivery our second princess... sob sob sob
  4. Datang hospital dengan memakai maxi mengandung: adalah lebih sesuai seandainya kita pakai baju berbutang depan dengan kain batik jer... senang nak salin pakaian hospital (ni kalu bersalin kat hospital kerajaan ler, hospital swasta tak tau ler pulak... sebab takde experience
ini ajelah dulu yang dapat aku senaraikan...hope this time i will be more prepared,  but one thing for sure... sakit bersalin... tu sama jer sakit nya.. tak kiralah kalu kita decided nak bersalin kat hospital swasta ke hospital kerajaan,  but the customer experience part maybe a bit different.

Monday, January 23, 2012

Sunday, January 15, 2012

journey to breastfeeding : phase 2 chapter 1


frm youtube : montaj program "seni penyusuan susu ibu"

pagi2 ni rasa touching sampai tangkap leleh bila tengok video ni, ni di uploadkan kat youtube  and kat kim group

membakar semangat untuk meneruskan penyusuan buat anak ke-3 nanti Insya Allah dik, panjang umur ummi, ummi akan mulakan perjuangan penyusuan semula

sekarang ni pun tengah galak membaca nota otai2 yang dah berjaya menyusukan anak2 mereka.

ni listing penyusuan ummi kali ni
  • deep freezer ready
  • electric pump spectra - nak kena hantar service
  • pump manual avent dah ready
  • storage  plastic/ bottle
  • jadual mengepam
  • makanan kesihatan - herbadatussauda

itu sahaja buat setakat ni... storage tak beli lagi... ingat kan nak luangkan masa p jengok butik ummi and baby untuk cari storage bottle.

Monday, January 9, 2012

Bye bye old skool

Banyak benda yang harus dipertimbangkan menjelang tahun baru...
antaranya adalah kat mana nak sekolahkan imannina
by right min boleh jer continue kat sekolah montessori yang ada sekarang.
not bad. i think imannina gain a lot from the teacher and friends surrounding her.
cumaa....
sebagai orang islam
kita wajib mencari ilmu agama, ia adalah  fardhu kifayah, dan wajib bagi kita sebagai ibu bapa
kalu kita tak ajar anak kita mengenal Allah... kita kena cari tuk guru yang boleh ajarkan anak2 kita...
sebab tu
min ubah fikiran... untuk tadika 6 tahun... min nak tekan kan pendidikan agama.
setelah sekian lama mencari... akhirnya Allah ketemukan min dengan tadika Dzul Ameen, mudah2an apa yang diajarkan disini dapat membentuk sahsiah imannina supaya menjadi seorang yang pelembut dan kenal agama...

T A P I...

this morning... masa on the way nak hantar ke Dzul Ameen...
kitaorang lalu kat depan skool lama imannina...
from her face...
i knew that she missed her old friends and teacher...
what a pity...
itulah kehidupan... kita kena buat keputusan.

ni antara gambar2 kenangan imannina kat skool lama dengan teacher Therese , 5 Grace (2011)





















Ummi yang sebak bila tengok gambar2 ni,
Gambar ni dari lensa Teacher Therese sendiri,
Rajin dia ambik gambar student2 dia and share with parents kat facecbook, itulah canggihnya zaman sekarang.

i hope you will remember all the good old days with your friends.


always believe that all of us has our own ability to excellent

so do you

my cheeky smart girl :)