Followers

Tuesday, May 29, 2012

Satu perjalanan ~ Eid Sharmin Amsyar

21 Apr 12 / 5 am

Aku terjaga dari tidur, sedari dari semalam perut aku memang cramp, macam2 rasa ada. tapi kali ni , aku rasa macam sakit nak buang air jer

0530am
Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati, ni dah kali ke 3 aku berulang alik ke toilet, aku macam confius, ni rasa nak buang air.... tapi dalam masa yang sama rasa macam contraction pun ada.  Aku kejut suami aku, sebenarnya... aku agak takut, hari ini kah harinya???  tak lama kemudian azan subuh pun berkumandang. 

0630am
sakit terberak2 semakin kerap di samping sakit pinggang. dan kali ni aku confident... aku memang dah nak bersalin (dah nak dapat anak nombor 3,tapi masih lagi confuse tentang tanda2 bersalin).  Aku kejut emak, bagi tau yang aku rasa sakit pinggang nak bersalin, mak suruh aku rendam air akar siti fatimah, fuh memang kembang betul akar ni. orang kata kalu kembang maknanya dah nak bersalin, aku minum airnya sikit, segala minyak selusuh pun aku minum dan lumurkan ke perut. sambil2 tu minta abang tolong kemaskan barang2 dan beli sarapan.  aku perlukan tenaga.

0900am
anak2 dah bangun, aku pulak dah rasa tak keruan, huda asyik nak dukung, yang nina sibuk nak ikut aku pergi hospital (dia ingat aku pergi check-up dan dia boleh ikut macam biasa), aku belum mandi lagi... aku sempat makan roti canai sekeping jer.  aku tak lalu nak makan lagi. aku cuma ambik buah kurma jer dan minum air zamzam . aku mandi dan berjalan keliling rumah time ni... rasa dah macam takde pinggang, ngantuk pun ada, aku cakap dengan mak, aku nak tidur dulu kalu buleh, takmo pergi hospital lagi, sebab masih buleh tahan sakit.

0930am
tak buleh nak tido dah, macam2 aku buat untuk redakan sakit, buat senaman ler, pernafasan ler, tapi satu yang tak lepas dari tangan aku ialah stressball, bila contraction datang, aku genggam stressball kuat2, berkesan jugalah untuk redakan kesakitan... tapi aku semakin cuak.. sudahnya aku minta abang masukkan segala beg yang aku dah packing kedalam boot kereta, mak pulak sibuk buatkan air kopi yang dicampur dengan 2 biji telur mentah ayam kampung, ni petua untuk tambah tenaga bila nak meneran baby nanti, petua yang diamalkan sejak dari zaman mak lagi.  sambil2 tu baca ayat ni:

  •        Allahhumma yassir wala tu a'ssir (minta di permudahkan segala urusan)
  •        Hannatun waladat mariam, mariam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biquwatil makbud  la      haulawa quwata illa billa hil a liyil azhim
hajat di hati nak makan lagi... tapi dah takde selera dah, sakit nya memuncak

1000am
bergerak ke Hospital Sungai Buluh, dahlah dalam kesakitan, tetiba abang buleh tersalah jalan pulak... terpaksalah memusing jauh, aduhai... inilah jadinya bila dah panik... aku suruh laki aku tumpukan perhatian, jangan hiraukan aku, bila sampai diperkarangan hospital...aku memang dah tak buleh berjalan.  tapi aku gagahkan juga, sebab laki aku nak parking kereta (agak jauh sikit dari pintu masuk hospital), setelah selesai isi segala borang,  nurse suruh aku masuk untuk pemeriksaan lanjutan... mak aii ramai gak orang,  nak buat ctg pun kena tunggu giliran, masih ada 3 orang lagi yang menunggu giliran. aku dah tak tahan dah ni, sib baik ada stressball di tangan. 
 bila tiba giliran aku buat ctg, aku memang dah ngantuk ... rasa nak tido, ni ler penangan bangun kul 5pagi, tetiba nurse untuk check graph ctg, "puan jangan tidur tau, anak puan ni pun macam tak aktif, cuba gosok2 perut tu, kalu tak bacaan ctg tak berapa cantik"... alamak risau pulak aku dengarnya, sambil usap perut tu aku cakap kat baby, "adik jangan tidur tau, adik pun kena kuat untuk cari jalan keluar, kita lakukanya bersama, adik kan boy, kenalah kuat".  dalam pukul 1030 aku selesai ambil bacaan ctg, nurse suruh aku tunggu kat luar untuk proses yang seterusnya, iaitu berjumpa doktor.

1100am
Aku berjalan sekeliling ward, dah tak buleh nak duduk, sebab bila duduk jer rasa panik huhuhu... sudahnya aku minta kebenaran keluar sekejap, aku dahaga, nak minta air minum kat abang. Nasib baik abang ada beli roti dan air soya, aku makan roti  seketul roti ban dan minum air sikit, tak lalu nak minum banyak, sebab asyik rasa macam nak terkencing, kalau boleh tak mau kena masuk tiub air kencing tu... pedih. sambil2 sembang dengan abang, aku ternampak Dr Ahmad dengan berpakaian kasual melangkah masuk kedalam  wad bersalin, agaknya Dr Ahmad oncall kot hari ni, "bang tu lah Dr Ahmad yang pernah buat D&C masa min dapat molar pregnancy dulu".  mesti takkan lupa punya sampai bila2, sebab Dr Ahmad ni selamba jer orangnya, bila check-up dengan dia, agak lawak juga orangnya.  dah dekat jam 12pm aku masuk semula  kedalam wad bersalin, minta ampun kat abang, minta abang doakan min senang bersalin.  dah pesan kat dia, jangan tertidur pulak, takut nanti bila nurse panggil dia tak dengar.  bila masuk kat dalam wad aku tanya kat mommy yang menunggu ada tak doktor panggil nama aku... " belum lagi kak, saya yang datang pukul 9 pagi tadi pun belum dipanggil lagi" mak aiiii menyirapnya aku dengar... takkan tak panggil lagi. aku dah tak tahan ni sakitnya... jalan pun dah membongkok, sampai bila nak tunggu ni.  huhuhu wahai hati sabarlah... nak buat macam mana ...dah dugaannnn

130pm
barulah giliraan aku dipanggil oleh Doktor A, muda betul doktor perempuan ni, aku jeling2 gak nama dia...tapi tak nampak, sebab dia dah pakai baju OT (so panggil Doktor A ajelah).  macam2 yang disoalnya, bila first time period, period datang berapa lama, anak nombor satu bersalin kat mana, bersalin normal ker, anak no2 pulak sihat ker, berapa kali gugur, pernah buat opreation lain tak sebelum ni, mak ayah ada sakit apa.... fuh 10001 soalan ditanya, disaat saat aku kesakitan macam ni, yang hairanya semua detail dah ada kat dalam buku merah tu, dia pun dah nampak yang aku dah tergeliat-geliat menahan sakit...dia lagi nak tanya macam2, sabar ajelah...nak buat macam mana dah begitu procedurenya, doktor ni pun menjalankan tugas juga. sib baik ada stressball  kat tangan, so aku genggam stressball kuat2, kalu ada tangan laki aku kat sini... tentu dia yang jadi mangsanya.  Dalam masa yang sama aku  ternampak dr yelli berjalan2 kat wad, doktor ni pun senior doktor gak, aku pernah gak konsultasi dengan dia, agaknya dia cam muka aku "why are u holding the stressball" dia tanya kat aku... "because am so stress doctor"... eeee ada juga orang tanya soalan macam ni kat aku.  tengah2 sesi soal jawab dengan doktor ni, tiba tiba handphone dia berbunyi... aishhh doktor... takkan time ni sempat lagi nak jawab panggilan... aku sebenarnya dah rasa macam nak marah... aku sakit sangat dah ni.  "Maaf puan, saya terpaksa pergi ke operation theatre sebab ada kes fetal stress, saya tinggalkan puan dengan kawan saya (Doktor B), nanti dia akan check puan"  HAAAAA aku terlopong,  takpelah doktor... pergilah cepat, sian kat baby dan mommy yang menunggu tu,   sudahnya aku di serahkan kat sorang lagi doktor... dan aku kena repeat sumer soalan tadi dari A-Z, "urmmm sakit sangat ke puan? soal doktor B jomlah... saya check jalanya (bukaan pintu rahim)"  dalam hati aku... jomlah cepat doktor aku dah tak tahan ni...

"Oh bukaan dah 6cm" kata doktor B,  "doktor saya ni rasa nak terkencing (tulah tadi minum air banyak sangat), boleh tak nak pergi toilet dulu" .  "ehhh puan tak payahlah... nanti terberanak pulak kat toilet tu... takpe puan baring jer, nanti saya pasangkan tiub, lagipun saya nak kena ambil darah puan dan pasangkan branula untuk masukkan air" ha tiub kencing ...tu yang aku tak mau tu...sudahnya aku baring ajelah kat katil.  Dalam masa yang sama doktor A telahpun datang semula, dia yang uruskan aku seterusnya.  agaknya kes dia dah selesai.

330pm
Doktor saya dah taktahan ni, rasa nak buang air besar lah doktor... "eh puan kejap ye saya tengok carta ctg, ye lah contaraction puan dah kuat, biar saya pecahkan air ketuban dulu untuk membantu proses bersalin"  aku nampak sejenis alat yang panjangnya macam pembaris digunakan untuk memecahkan air ketubanku, "Alamak puan, baby dah berak sikit ni, biar saya check dah buka berapa cm,  eh dah 9cm lah, Nurse... patient dah buka 9 cm ni, kata doktor A "OK puan boleh teran bila2, husband adakan? "aku hanya menganggukkan kepala, ye husband kat luar" "nurse tolong panggilkan husband siti muhaimin".  tak lama kemudian aku dengar suara abang, seperti yang pernah kami lalui untuk sebelum ni, aku minta bantuan abang untuk ampu belakang bahu bila aku nak teran nanti,  abang sempat lagi cakap, ok pegang buku lali kaki dan teran... jangan angkat bontot, ni bukan kali pertama, dah kali ketiga dah.  waktu ni aku hargai segala yang abang cuba lakukan demi memberikan semangat kat aku, ternyata abang baca segala nota2 yang aku print tentang cara2 suami membantu isteri dalam dewan bersalin,  tapi rasa nak marah pun ada...bukan aku tak cuba nak pegang buku lali,... tapi rasa sakitnya membuatkan aku lebih selesa pegang sisi katil. aku perasan laki aku macam nak marah dah, sebab aku tak ikut nasihat dia, yelah dia pun stress agaknya, tambah pulak bila nurse tu kata... puan, teran cepat, lagipun baby puan dah berak dah ni...tarik nafas dalam2 dan teran.....

400pm
aku masih belum bersalin lagi, time ni sakitnya macam dihujung nyawa, betullah kata orang, perempuan bersalin ni memang menggadai nyawa demi mengeluarkan satu lagi nyawa.  aku minta ubat tahan sakit, aku hairan kenapa kali ni diorang tak bagi ubat tahan sakit,  tapi menurut kata nurse, diorang dah tak bagi ubat tahan sakit bila pintu rahim patient dah buka 6 cm, sebab waktu ni ubat tahan sakit dah tak berkesan.

Saat ni aku redha dengan segala kesakitan.  berkali kali aku minta maaf kat laki aku, manalah tau ada benda yang masih tersimpan jauh dilubuk hati dia.  nurse yang tadi assist aku pun dah naik fed up, sebab dia kata aku tak teran betul2,  Doktor A pulak dah pergi kebilik lain untuk assist patient lain bersalin. sebenarnya. aku rasa macam dah tak de tenaga dah,   memang dah tak larat nak teran, dah lah ngantuk, lapar pulak. kalu diorang check bukaan pintu rahim awal2 tadi, mesti perkara ni tak berlaku, bukanya aku datang lambat, tapi diorang yang lambat check, time ni aku rasa sesal sangat. SALAH AKU KE?

Sudahnya nurse pun check balik jalan... dan panggil doktor lelaki yang lebih senior, (Doktor C), "Doktor  C, cuba doktor check bukaan rahim patient ni, saya rasa ada yang tak kena"  time ni aku dengan laki aku dah berpandangan... apa pulak ni..."tadi doktor A check, dia kata dah buka 9cm, jadi kami suruh patient teran... tapi bila saya check, saya rasa patient ni baru buka 6 cm, cuba doktor pulak check, saya rasa air ketuban dia bukanya moderate tapi light jer, saya rasa jauh lagi kedudukan kepala bayi" nurse meneruskan penerangan.

kali ni doktor C  pulak buat pemeriksaan keatas aku... gerun gak, maklumlah tangan lelaki. "urmmm patient baru buka 6cm, air ketuban light" dalam masa yang sama aku datang contraction lagi... "nurse saya nak teran ni boleh ker" aku pulak yang minta kebenaran... "ehhh jangan teran dulu puan, belum boleh lagi... puang mengiring kekiri" WHATTTT ?!!!! kejap suruh teran, kejap jangan teran... mana satu ni.  Waktu ni Doktor C dah keluar, yang menanggung sakitnya aku, bukan diorang.


440pm
Masih belum bersalin....
sakit memang memuncak, aku pegang tangan abang, mulut tak henti2 membaca ayat2 al Quran.  kali ni aku tak banyak bunyi macam bersalin sebelum ni, aku banyak diam jer... sakit terpusing2 sendiri atas katil, laki aku pun tak tau nak buat apa dah.  kali ni, bila rasa contaction jer aku teran...aku dah tak peduli, nurse  ada ke, nurse takde ke... aku teran jer.  memang bilik ni kosong seketika, cuma ada seorang Doktor baby standby sebab mengikut procedure kalu baby dah berak, mesti ada pakar baby standby bersama team yang lain untuk check keadaan baby bila dah bersalin nanti, takut ada komplikasi pada baby. Aku cakap dengan doktor tu yang aku nak teran dah ni... tapi dia kata nanti dulu, biar dia panggilkan salah seorang nurse atau doktor, sebab dia memang tak boleh assist bahagian perbidanan.

Nurse dan doktor A masuk kedalam bilik aku, diorang check graph CTG baby, "ehhh kenapa makin pelahan ni " kata nurse, "doktor, saya rasa graph CTG baby ni dah tak sekata" ...kali ni doktor A pulak yang check, nurse, tolong panggil doktor senior, fetal stress" Doktor A sibuk menyemak Graph CTG, aku pulak dah panik, Dalaam hati masih tertanya tanya, fetal stress tu apa?  kalu tak silap awin (jiran rumah sebelah) pun kena operate sebab fetal stress, seriuskah?... Ya Allah, bantulah aku, selamatkan aku dan bayiku, berilah kesempatan pada bayiku untuk hadir di muka bumi MU ini, doaku tak henti2.   

Tak sampai 5 minit aku lihat Doktor Ahmad datang kebiliku bersama Doktor C,  kali ni Doktor Ahmad pulak yang check bukaan pintu rahim ku,  "urmm, masih agak tinggi kepala bayi ni, tak payah buang masa, kita operate jer patient siapkan kelengkapan" ... "Maaf puan, ritma jantung anak puan dah tak sekata dan anak puan pun dah berak kat dalam, kami terpaksa membedah puan demi menyelamatkan bayi puan dari lemas dan termakan najis", saat tu aku lihat muka suami aku macam stress dan hampa, ialah ni baby lelaki, yang dia tunggu tunggu yang akan meneruskan keturunanya.  kemudian terdengar komen dari nurse yang assist aku dari mula, "tapi doktor, saya rasa dia boleh  bersalin normal, sebab memang dah contraction, cuma kena teran kuat sikit, puan apa kata puan cuba lagi, saya takut puan bersalin dalam lif nanti"  saat ni teringat cerita mak mertua aku, dulu dia pun bersalinkan laki aku kat dalam lif, adakah ini satu kebetulan", tapi hakikatnya aku memang dah tak ada tenaga, seluruh tenaga ku hilang menahan kesakitan dari awal pagi tadi....kalaulah mereka cepat....

dalam masa yang sama seorang nurse lain memberikan beberapa dokumen untuk aku tandatangan, aku minta laki aku tandatangan bagi pihak aku... tapi nurse tu tak bagi, persetujuan untuk melakukan pembedahan mestilah datang dari tuan punya badan, dan tidak boleh diwakilkan.   aku just tanda jer... time sakit2 macam ni... tandatangan pun dah macam cacing kerawit... time ni nurse tu tanya; bila last makan, ada sakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, ada alahan pada ubat2, mak ayah ada sakit tak.  semua aku katakan tidak... last waktu aku makan... makan yang betul2 makan ialah jam 730 pagi tadi, iaitu sekeping roti canai.

aku di bawa ke operation theatre, iaitu terletak di bahagian bangunan satu lagi, laki aku disuruh mengiringi dan tunggu aku di luar bilik bedah, saat ni aku hanya pejamkan mata, menanggung kesakitan yang teramat. aku pegang besi katil kuat2 hanya itu yang ada buat aku redakan kesakitan ni.  aku teringat pesan kak laili yang urutkan aku sebulan lalu, kau jangan dukung sangat anak kau ni, ni akak dah betulkan kedudukan bayi dalam perut ni, nampak gayanya dia suka kekanan, ni rasa macam dah tak balance, nanti kalau sakit nak bersalin, kau usap2 bahagian kanan perut, biar bayi tu masuk betul2 saluran dia.  agaknya itulah sebab kenapa kepala baby tak turun habis, ( ni firasat aku jer).
Didepan pintu bedah aku disambut oleh Doktor Azman, aku kira dia seorang pakar anesthatic.  Doktor azman tanya, bila last makan, ada sakit jantung , darah tinggi, kencing manis.. bla bla bla bla bla, aku kira soalan yang sama yang ditanyakan kepada aku sejak dari pagi tadi... aku dah bengang ... diorang pegang fail aku... tak boleh ke refer jer fail pesakit tu...

Dengan nada yang agak keras aku menjawab, "saya takde sakit apa2, takde alahan ubat apa2, last makan jam 730 pagi tadi, mak saya sakit kencing manis, ayah saya ada high cholestrol" .  "amboi eksyen nya patient ni" terdengar komen dari Dr Azman,  "Dia memang macm ni sejak dari labour room tadi doktor" kedengaran suara nurse pulak menyampuk, buat aku tambah berang.  "Maaf doktor, saya sakit, saya tak upaya nak jawab soalan doktor" sempat aku minta maaf kat doktor tu didalam keributan diorang tolak aku ke dewan bedah yang sangat sejuk, dan terdapat lampu besar yang amat menakutkan. 

Saat2 sakit macam ni, aku diminta alihkan badan dari katil yang mereka sorong aku ke katil di bawah lampu besar, aku dah tak terdaya... macam mana nak alihkan badan... aku ikut sahaja arahanya, nanti dikatakan aku kuat marah pulak.  selepas itu aku disuruh duduk diam2 dan diberi suntikan dibahagian tulang belakang badan,  kemudian aku dibaringkan, waktu ni aku nampak Doktor C dan Doktor Ahmad yang melakukan prosedur pembedahan keatas aku disamping Doktor Azman dan beberapa orang nurse yang aku tak cam, sebab diorang dah pakai mask.  Aku ditutup dengan selimut bermula dari paras payudara sehingga kepala, namun aku masih dapat mendengarkan segala pergerakan dan perbualan mereka. selang beberapa minit, aku diberi suntikan antibiotik,  dan aku lihat nurse menyuntikan sejenis cecair kedalam tabung air yang disalurkan kebadan aku.  saat ni aku banyakkan membaca surah kursi, ni lah perjalan hidup seorang wanita demi zuriat yang dikasihinya.  Mujur sepanjang mengandung aku tak pernah melihat live video bagaimana procedure pembedahan ceaserian dilakukan, kalau tak aku mesti lagi cuak, membayangkan bagaimana perutku di toreh dengan pisau tajam, lapisan demi lapisan dan bagaimana darah merah pekat mengalir dar bahagian kulitku.

5.05pm
kedengaran suara bayi menangis.... Alhamdulillah, selamat sudah.  bayiku dibawa kesatu tempat untuk dibersihkan, selang dalam 5 minit nurse datang menunjukkan kepadaku seorang bayi yang agak cerah kulitnya... matanya sepet sekali, tidak seperti huda .  "ni bayi puan yer, bayi lelaki" sambil menunjukkan kemaluan bayi bagi kepastian. aku hanya menganggukkan kepala.  Bayiku dibawa ke wad lain untuk pemantauan, sementara aku masih di dewan bedah ini menantikan penyudahan untuk perutku dijahit semula.  Oh ini kali kedua aku terhutang budi dengan Dr Ahmad kerana menyelamatkan nyawa aku.  Terima Kasih doktor.  Terima kasih semua.  setelah itu aku dibawa ke ruang menunggu sementara di dalam bilih pembedahan.  saat aku rasa kebas seluruh anggota dari pinggang ke kaki kesan dari ubat bius.

7.00pm
Aku dibawa ke wad bersalin 6B dan ditempatkan dikatil bernombor 18. nurse memakaikan aku baju, dan aku diberi plastic kuning sebagai persediaan seandainya aku ada rasa2 nak muntah.  waktu ni terbayang macam mana awin muntah2 setelah melahirkan afiq, seksa betul.  Alhamdulillah aku takde rasa macam tu, mungkin sebab last waktu aku makan ialah jam 0730 pagi,  dan aku benar2 lapar kali ni, aku tanya kat nurse bila boleh makan, nurse kata kena teruskan berpuasa sehingga 6 jam dari waktu aku keluar dari bilik pembedahan, ini bermakna jam 12am atau tengah malam nanti barulah aku boleh makan semula.  aku minta nurse bawakan bayiku,  selang 15 minit kemudian abang datang dan bayiku diletakkan disebelahku. 

Begitulah bermulanya episod kehidupan anakku Eid Sharmin Amsyar, semua orang tertanya, kenapa Eid?? asalnya aku hanya ingin mencari kata depan yang lain selain Nur untuk anak lelaki, aku sebolehnya nak letakkan muhammad atau ahmad, tapi ia akan menjadi sangat panjang.  jadi aku nak gantikan dengan nama2 nabi seperti luth, hood atau nuh , tapi bila disebut secara keseluruhan macam tak kena jer.  Dan terjumpa nama Eid yang bermaksud perayaan dalam buku nama2 islam, bila difikirkan, Eid lebih seseuai sebab kebetulan aku tahu aku mengandung lagi pun sekali ketika hari raya puasa, raya keempat.  Sharmin memang nama yang ada pada setiap anak2 ku, tanda cinta kami berdua yang bermaksud humble, manakal amsyar pula nama yang memang aku minat since kali pertama aku dengar nama anak kak siti mariah, yang kerja kat ttmc , yang bermaksud cergas.

Biar apa pun namanya, ummi berdoa semoga amsyar menjadi anak yang berguna kepada agama dan bangsa, anak yang berbakti kepada kedua orang tua, yang mengasihi kedua orang tuanya ketika orang tuanya tidak berdaya suatu hari nanti. Amin