Followers

Wednesday, March 23, 2011

contest baby bersama EBM


contest dianjurkan oleh  intan

Susu Ummi is the only best for me.... I like :))

Nama Anak: Nursharmin Insyirah Binti Md Shahrulnizam
Nama timangan: Syirah
umur:  7 bulan
Tarikh Lahir: 30 Jul 2010

Kegagalan menyusukan anak pertama menjadi pemangkin semangat untuk menyusukan anak kedua, biarpun pada asalnya tidak semudah yang disangka, namun diatas segala kepercayaan pada kekuatan diri dan berkat sokongan dari keluarga dan rakan2 di alam maya Alhamdulillah dengan keizinan Nya saya masih menyusukan Insyirah sehingga kini. semoga Hasrat untuk menyusukan Insyirah selama 2 tahun diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.

Monday, March 14, 2011

puasa

hari ni isnin 14 mar 2010, since last week aku memang dah berniat nak ganti puasa.  last week aku tunggu set ostemarix & lecithin soy daripada Norita, bila dah dapat min makan sepertimana yang Norita cadangkan, ALhamdulillah, sabtu & ahad min berjaya kumpul stock... happy nya badan so hari isnin terus decide nak berpuasa.

bangun seawal 5 pagi, tapi syirah nak susu pulak. so kena layan dia dulu. sedar2 dah pukul 520am... apa lagi meloncat ler, cari info bila azan subuh. sib baik lambat lagi. actually tak de benda nak makan just ada roti n oats. so cepat2 bancuh air soya melilia n makan roti dan oats... sambil tu layan KIM kat FB dan intai2 page anakkuwiraku & my BF Journey, cari info pasal menyusu dan berpuasa.   semuanya tak mustahil asalkan kita percaya kita buleh lakukan.  puasa takkan mengurangkan kuantiti susu kita, kerana penghasilan susu dikawal oleh otak ingat konsep supply & demand.  menurut Norita ibu kepada addin & nasa, pastikan kita minum air sebanyak 3 litter selepas berbuka demi mengelakkan badan kita terus terhidrat. bagus juga info dari otai2 ni. kalu diorang buleh lakukan... kenapa tidak aku.

so hari ni aku just bulatkan tekad, sepanjang masa berdoa moga Allah berikan aku kekuatan untuk menyempurnakan puasa aku hari ni. dah lah kebetulan hari ni ada course kat MAA, sabarlah wahai hati. InsyaAllah min mampu. kata2 itu ku ulang2 sepanjang hari.

pada mulanya agak janggal juga. seawal 9am... tekak ni dah perit semacam. aduhai panjang lagi ni. sedapnya tengok diorang minum air... walhal hanya air mineral water lak tu. sesi pengepaman seperti biasa, jam 10am aku curi keluar nak mengepam. jam 1230 aku pump sesi kedua dan jam 330 pm breaktime aku pum kali ketiga. secara total aku dapat dalam 9 oz sama seperti yang aku dapat seperti hari tidak berpuasa. Alhamdulillah. cuma sabar sket yer lagi berapa jam jer nak berbuka. macam budak-budak pulak rasanya. asyik tengok jam & mengira berapa lama lagi nak berbuka hehhe

balik dari course aku singgah beli air 100+ aku perlukanya untuk mengantikan air dalam badan secara cepat. tepat jam 7.26pm aku pun berbuka tepat masa azan maghrib berkumandang. ALhamdulillah berjaya juga misi pertama untuk berpuasa. itulah kita takkan tahu kekuatan kita until kita mencubanya. ok 1 hari terbayar sudah, tinggal lagi 29 hari to go. i have to pay back this before july. itu sasaran utama aku, aku tak nak ganti pose last minit.

so aku plan nak consistently berpuasa at least 3 days in a week.  dalam sebulan dapat 9 hari, minus week yang aku di datangi sahabat karib ku (9x3bulan =27 hari), so any balance should be settle on july.  Harap perancangan kasar aku ni dipermudahkan Allah. Insya Allah. AMIN.

plan puasa hari isnin , rabu + khamis

Sunday, March 6, 2011

kenangan di congkak

Reunion lagi....
Kali ni giliran reunion dengan rakan2 yang pernah sama-sama belajar di SAMTEN, ajakkan dari raudhiah dan syima, actually min tak berapa berat nak pergi . iyeah dengan kerja yang masih berlambak...pack dengan preparation Malaysia Airlines Townhall, MHI$ Anugerah winner dengan anak2 tak sihat n min pun tak berapa sihat... huawaaa how to squeeze my self,

tapi ajakan dari syima n raudhiah bertalu2, ok lah after MAS Townhall event min try apply leave, luckily my leave have been approved by madam, bila approved jer terus contact raudhiah & syima , inform kat diorang min buleh joint.... but suddenly syima pulak tak buleh nak pergi ...last minit kena attend course...aduyai, lemau rasa...ingatkan nak jumpa syima. punyalah pujuk syima suruh dia buat sesuatu supaya dia buleh juga join kita orang. and sib baik last minit course dia cancel. haah amat tak sabar nak jumpa sumer orang

kali ni sumer orang decide nak pergi tanpa anak2 n suami, hari mommies nak enjoy. iyelah kalu bawa anak2 bila masanya nak bersembang. asyik nak melayan anak jer. kalu hubby ada pun... nak kena fikir perasaan diorang pulak. kang kalu tak sekepala dengan hubby2 yang lain...mula lah dapat isyarat "gerak" cepat sket. so Idea kali ni amat bernas.   tapi min rasa serba salah...sian kat syirah kena tinggal. kalu mak aku tahu... sure ngamuk. so min just inform hubby, at least he can cover up my back if in case i late reached home.  Terima kasih to hubby sebab benarkan ummi jumpa kawan2.



 Ni antara kawan2 yang join reunion hari tu raudhiah, zaini. ina, syima, aza & zulina. ni gambar yang di ambil dekat kedai kek ina... wahh jelesnya ada biznes sendiri. Moga kedai kek ina terus success. rezeki dari Allah, sumernya dah tertulis bahagian kita masing2. tapi apa2 pun min sentiasa doakan yang terbaik buat kawan2 yang lain. semoga korang sentiasa gembira.

tak lupa juga ucapan tahniah kat zulina, mom to be Insya Allah. selepas lama menanti kehadiran cahayamata & akhirnya giliran zu tiba juga.  Jaga diri baik2 zu. tetiba teringat pulak zaman min n hubby berdua dulu... aduyai tension sungguh.. banyak betul persoalan dari orang keliling.  tak lupa juga tahniah buat raudhiah mom to be also. jeles dengan raudhiah yang tengah pursue PHD and cuti belajar....wow hadiah berganda. buat Syima, aza n zaini. moga tahun ni korang ada 2nd baby k. jangan tension2.

thanks sumer for the food , really enjoy this moment... sanggup terjun sungai congkak biarpun tak bawa pakaian standby... sungguh seronok & release tension.

syima ajak min pergi frazer hill..... min segan nak cakap depan dia that day yang tarikh ke frazer hill tu dekat dengan tarikh min apply untuk penginapan MAS kat tanjung tuan PD, kalu min dapat... mesti lah min tak leh nak joint diornag... nak cancel percutian kat tanjung tuan...nama dah submit pulak, n mak pun mmg request nak p tanjung tuan... aduh conflict tul.... nanti ye syima. min tak leh nak respond sekarang ler

min & syima versi kini dan dulu







min emo sket bila tengok gambar ni.... sebab memang dari form 1 min rapat dgn syima berbanding kawan2 yang lain kat samten. kebetulan syima satu kelas dengan min masa form1, syima had changed a lot. she look prettier & smarter. from day 1 syima memang lagi bijak dari min. dulu selalu pinjam buku nota syima... kemas jer tulisan dia, senang hati nak baca, laju pulak tu bila catching note dari cikgu.
tapi dah ketentuan ... kita hanya bersama hanya untuk 3 tahun. pastu min sambung belajar kat sek lain. over the years as time changed... we also changed. but i really miss u as my close friends. cume .... segan nak citer dengan syima... tak tau kenapa. takut citarasa kita dah jauh berbeza.and tak nak ler kacau syima. but syima you can always get my attention if you need me....

selama ini...ku mencari cari
teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci.... 
kumpulan nasyid Brothers/ TEMAN SEJATI

Buat syima... bila dengar lagu ni. ingat kat min yer...friendship last forever