Followers

Monday, March 14, 2011

puasa

hari ni isnin 14 mar 2010, since last week aku memang dah berniat nak ganti puasa.  last week aku tunggu set ostemarix & lecithin soy daripada Norita, bila dah dapat min makan sepertimana yang Norita cadangkan, ALhamdulillah, sabtu & ahad min berjaya kumpul stock... happy nya badan so hari isnin terus decide nak berpuasa.

bangun seawal 5 pagi, tapi syirah nak susu pulak. so kena layan dia dulu. sedar2 dah pukul 520am... apa lagi meloncat ler, cari info bila azan subuh. sib baik lambat lagi. actually tak de benda nak makan just ada roti n oats. so cepat2 bancuh air soya melilia n makan roti dan oats... sambil tu layan KIM kat FB dan intai2 page anakkuwiraku & my BF Journey, cari info pasal menyusu dan berpuasa.   semuanya tak mustahil asalkan kita percaya kita buleh lakukan.  puasa takkan mengurangkan kuantiti susu kita, kerana penghasilan susu dikawal oleh otak ingat konsep supply & demand.  menurut Norita ibu kepada addin & nasa, pastikan kita minum air sebanyak 3 litter selepas berbuka demi mengelakkan badan kita terus terhidrat. bagus juga info dari otai2 ni. kalu diorang buleh lakukan... kenapa tidak aku.

so hari ni aku just bulatkan tekad, sepanjang masa berdoa moga Allah berikan aku kekuatan untuk menyempurnakan puasa aku hari ni. dah lah kebetulan hari ni ada course kat MAA, sabarlah wahai hati. InsyaAllah min mampu. kata2 itu ku ulang2 sepanjang hari.

pada mulanya agak janggal juga. seawal 9am... tekak ni dah perit semacam. aduhai panjang lagi ni. sedapnya tengok diorang minum air... walhal hanya air mineral water lak tu. sesi pengepaman seperti biasa, jam 10am aku curi keluar nak mengepam. jam 1230 aku pump sesi kedua dan jam 330 pm breaktime aku pum kali ketiga. secara total aku dapat dalam 9 oz sama seperti yang aku dapat seperti hari tidak berpuasa. Alhamdulillah. cuma sabar sket yer lagi berapa jam jer nak berbuka. macam budak-budak pulak rasanya. asyik tengok jam & mengira berapa lama lagi nak berbuka hehhe

balik dari course aku singgah beli air 100+ aku perlukanya untuk mengantikan air dalam badan secara cepat. tepat jam 7.26pm aku pun berbuka tepat masa azan maghrib berkumandang. ALhamdulillah berjaya juga misi pertama untuk berpuasa. itulah kita takkan tahu kekuatan kita until kita mencubanya. ok 1 hari terbayar sudah, tinggal lagi 29 hari to go. i have to pay back this before july. itu sasaran utama aku, aku tak nak ganti pose last minit.

so aku plan nak consistently berpuasa at least 3 days in a week.  dalam sebulan dapat 9 hari, minus week yang aku di datangi sahabat karib ku (9x3bulan =27 hari), so any balance should be settle on july.  Harap perancangan kasar aku ni dipermudahkan Allah. Insya Allah. AMIN.

plan puasa hari isnin , rabu + khamis

No comments:

Post a Comment