Followers

Friday, December 31, 2010

Oh Syirahku Admitted (29 Dec 2010)

alkisahnya bermula begini...
ahad 26 dec 2010: seperti biasa aku pergi top-up stock ebm kat rumah emak untuk bekalan minggu ini, selalunya aku letakkan dalam 7-9 cup just nice untuk syirah minum dalam minggu tu. dalam masa yang sama aku terfikir untuk bekukan aku punya cooler pack sebagai bekalan untuk aku travel pack bila2 masa nanti. memandangkan bekas  peti ais aku dah penuh dengan susu sampai dah tak buleh nak masuk lagi ... lalu terpaksalah tumpang peti ais rumah mak.  Masa beli pampers syirah... aku ternampak tempat menyimpan ebm dalam bentuk plastik... so aku pun beli. sebab lebih economic nak simpan susu nanti, n jimat space. excited sangat nak guna plastic tu. so aku pun pump n letak satu plastic kat peti ais mak. sebelah cooler pack aku. cantik jer aku susun.

isnin27 dec.  : balik dari kerja mak aku tanya... kenapa susu ko warna putih jer tak de warna kekuningan macam selalu? betul ke susu tu kak yong? ...eh pelik pulak soalan mak ni. napa tanya gini. mestilah aku letak susu. dah banyak2 agaknya mak confuse sebab aku letak dalam plastic, dia ingatkan bekas air batu kot. so aku jawab." mestilah susu mak, warna dia memang lah putih" mak bagi jer kat syirah... jangan ragu2, min kan makan vitamin shaklee. memang warna susu tu kekadang lain sikit.... kehijauan sebab kesan alfalafa.

selasa 28dec: balik dari tempat kerja aku lihat cikyah jiran sebelah rumah sedang memegang botol susu yang sedang di panaskan untuk syirah, sementara syirah pulak sedang tidur di pangkuan emak ku, cik yah tanya "kakyong,... cik yah pun heran tengok ko punya susu ni, warna putih macam ais batu, cubo ikau tengok betul2 kot tersalah bubuh (soal cikyah dalam loghat negeri sembilanya). geli hati aku tengok muka cik yah dan emak, sianya orang tua ni... dah lama tak beranak... warna susu pun dah confuse hehheeh... kataku didalam hati. aku pun pergilah ambil susu botol kat tangan cik yah dan goncangkanya beberapa kali. Ehhh... aku pulak kehairanan.. kenapa warna susu ni lain macam, bukan kuning atau kehijauan... tetapi warna putih sebiji macam warna air ais.... "ha ko tengok lah kakyong warna susu ko tu. kan lain. " kata emak. kali ni aku pulak yang menggaru kepala. nape ekk, aku buka penutup susu, aku goncang lagi......eh... kenapa berketul2 dan berjeli...susu dah basi ker? aku tanya pada diri sendiri.... bila aku sentuh dah bau susu tu... ternyata berjeli...dan berketul... ehhhhh ni bukan susu ni... ni jeli cooler pack aku....

"mak ! susu mana yang mak tuang kan ni?" ... susu ko lah yang berbalut plastic warna timah tu... tu yang mak pelik..., semalam kan mak dah tanya kenapa lain macam, semalam mak dah buang... takut susu dah basi,, hari ni mak saja nak tunjuk kat ko...ko tengoklah sendiri, tadi syirah dah minum 4oz, laju jer dia minum.... alamak.... aku dah panik... "mak ni bukan susu... ni cooler pack min" banyaknya syirah dah minum,,,, ni bahaya lah mak.... buleh buat sakit perut... aku dah semakin panik...mak dan cikyah juga.."cepat kak yong...ko bawa anak ko pergi klinik. mak rasa memang dah bagi banyak tadi.... alahai siannya cucu opah... itulah... mak dah tanya kat ko banyak kali... nape tak tengok dan label betul" aku tengok muka mak dah serba salah... aku pulak dah lemah lutut... umpama syirah dah diberi makan racun... YA Allah selamatkanlah anak aku.  sementelah itu... syirah pulak lembik jer... dari tadi tak bangun2 tidur dari pangkuan emak... Panjangkan umur anak aku Ya Allah.

aku bawa syirah pergi klinik berdekatan... doc pun tak tau nak kata apa? tetapi melalui diagnosis awal, tiada tanda2 keracunan. tapi untuk langkah keselamatan. doc cadangkan aku bawa syirah pergi hospital sungai buluh untuk rawatan lanjut.

di hospital sugai buluh... kedaan sibuk seperti biasa, aku dah risau...dalam masa yang sama. aku susukan syirah sebanyak mungkin supaya syirah cepat berak & kencing, setakat ini tiada muntah2 atau tanda keracunan. maklumlah baby 4 bulan... apa yang dia buleh cakap.  kat wad kecemasan. doc refer syirah ke pakar pediatric, pediatric specialist tak benarkan syirah pulang, syirah harus diletakkan ke wad sebagai langkah pemantauan.  jadi terpaksalah kami bermalam di wad.


2 comments:

  1. ya allah syirah!!!! Min dah ok ke dia skrg?

    camne la ko bole careless..nx time labelkn cooler pack tu..org tua mana tahu brg2 EBM sbb zmn diaorg xde pump2 susu bagai.kita yg kena bgtahu kt diaorg tu sume...btw bykkn bersabo ye.. get well soon !!

    ReplyDelete
  2. Syimmmmaaaa.... (cry)(sob)

    ituler... aku pun tak terfikir nak label cooler pack aku tu. memang careless sesangat.. masa kat dalam wad, mak aku tak tidur semalaman... dia runsing sangat. mak aku ni lagi ler cermat jaga anak aku, maklumlah dah banyak pengalaman jaga anak. bila syirah jadi macam ni dibawah jagaan dia.. dia jadi macam fobia... fobia nak bagi susu kat syirah. betul cakap ko... manalah orang tua tu tahu brg2 EBM tu.

    Alhamdulillah syirah kena tahan sehari jer, itu pun sebelum nak kuar ward doc ada ambik sampel darah dia, nak tengok ada perubahan pada buah pinggang atau tidak, sebab silicon gel tu buleh bawa kepada kerosakan teruk buah pinggang.

    semalam dah pergi ambil result darah dia. ALhamdulillah semuanya ok. syukur syirah tak apa2.

    balik dari hospital semalam... adik aku pulak 2 orang masuk hospital sebab denggi... CUBAAN

    ReplyDelete