Followers

Sunday, December 28, 2014

Umrah bersama anak anak 29 jan-9 feb 2014... part 1

Agak sukar sebenarnya nak coretkan pengalaman ni.
Tapi ianya sungguh bermakna dan penuh dengan kemanisan.

Takut disalah erti kan... takut di katakan riak... jadi coretan ini hanyalah sekadar catatan kenangan di bumi al haram.

Seperti yang min tulis dalam magic book min tahun 2013, yang mana antaranya adalah nak pergi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga, suami dan anak2, emak, abah dan adik2.

Tiap2 hari min baca impian min, min sematkan didalam hati. Bila tiba bulan ramadhan, ketika hampir waktu berbuka dan mengadap juadah berbuka antara doa yang min selalu baca ialah ... nak pergi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga, suami dan anak2, emak, abah dan adik2. itulah yang min ulang2 selain usai selepas solat.

Ternyata Allah mendengar dan memakbulkan doa min. Masa abah cakap tiket abah untuk pergi mengerjakan umrah 2014 dah confirm, hati min macam berbelah bagi. Sebab pada waktu itu dah masuk bulan September, baru selesai musim haji. Yang min pula baru nak apply untuk booking flight mengerjakan umrah.

Pada asalnya flight balik min dan anak beranak tak confirm. Jenuh merayu dengan penuh debaran. Flight ke jeddah penuh hampir setiap hari. awal bulan november baru min dapat pengesahan yang segalanya ok.

Now bab ticket dah selesai... bab pemilihan travel agent untuk pengurusan ground handling dan visa pula.
Jenuh survey sana sini bagi mendapatkan harga yang berpatutan. Sudahnya min serahkan kepada mak dan abah bagi urusan ground handling. Kerana mereka lebih arif. Cuma min minta janganla mahal sangat. Maklumlah budget.

1. Passport
Start awal bulan nov, segalanya bermula. Urusan buat passport. Masa tu anak- anak baru saja sembuh dari penyakit rotavirus. Maklumlah cuti sekolah, setiap hari pejabat imigresen penuh.

Nasib agak baik sebab min nina dan cik somi memang dah ada passport. Kami cuma renew sahaja. Cuma huda dan amsyar jer yang kena apply baru. Bagi urusan renew passport, segalanya boleh dilakukan melalui kiosk yang di sediakan. Amat mudah.

Kos passport kanak bagi tempoh 2 tahun (rm80)/ 5 tahun (rm150)
Orang dewasa : 2 tahun (rm100)/ 5 thn (rm350)

Jadi min dan suami decide passport anak - anak kita ambik tempoh 5 tahun. Manakala untuk Kami berdua sekadar 2 tahun. (Itupun boleh pakai setahun setengah jer, sebab kita tak dibenarkan travel jika tempoh tamat passport kurang 6 bulan)

2. suntikan kesihatan
Seperti yang semua orang maklum untuk pergi ke negara timur tengah kita digalakkan untuk mengambil suntikan kesihatan mencevax bagi mengelakka penyakit.

Bermacam klinik min survey dulu bagi mendapatkan bayaran yang murah. Sebab ada klinik mengenakan bayaran antara rm145-200. Bukan murah ya. Ni pulak ada 5 orang. Hurmmm memang kena pandai survey.

Suntikan pula hendaklah diambil paling lewat tempoh sebulan dari tarikh berlepas. Kerana pihak embassy takkan mengeluarkan visa umrah tanpa bukti sudah mendapat vaksin.

Min bersyukur kerana setelah di survey seluruh klinik sekitar shah alam dan sungai buluh, min jumpa satu klinik yang menawarkan harga berpatutan di subang perdana. Dekat pula tu dengan rumah. Cost untuk 3 orang dalam rm300 sahaja.
Untuk min, Alhamdulillah pihak syarikat ada menyediakan suntikan ini buat para pekerja. Costnya dalam rm95, rezeki.

Ada sedikit deliberation bagi amsyar. Sebab kalu ikut umur, amsyar belum lagi 2 tahun. Mengikut panduan leaflet ubat mencevax, kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu kan suntikan ni. Namun pada pandangan doktor walaupun suntikan ini adalah satu suntikan tidak wajib di negara kita , tetapi ia adalah suntikan rutin bagi kanak kanak di America. Jadi doktor suruh min pilih. Tiada paksaan.

Jenuh juga nak fikir. Amsyar dahla ada penyakit semput. Lebih baik ambik precautions. Tapi min bergantung kepada Allah. Min berdoa semoga Allah lindungi anak min, jadi min ambik keputusan supaya amsyar dikecualikan dari suntikan. Tapi min minta doktor tulis surat sokongan. Mengatakan kanak kanak yg berusia kurang dari 2 tahun dikecualikan dari suntikan seperti arahan di leaflet ubat.

Selesai bab suntikan vaksin.

3.Mahram

Bagi mereka yang nak bawa anak2, hendakla membuat salinan sijil surat beranak, dan sijil surat beranak ini hendaklah disahkan oleh pegawai di jabatan pendaftaran negara. Jadi min pun pergilah ke jabatan pendaftaran terdekat iaitu di kompleka masalam shah alam. Nasib baik urusanya di buka pada hari sabtu dan ahad.

Bagi pasangan suami isteri pula hendaklah mengesahkan salinan sijil pernikahan mereka di pejabat agama.

Semua sijil2 yang disahkan ini hendaklah dibawa ke wisma putra di putrajaya bagi pengesahan pihak atasan disana.
Bukan mudah... tapi segalanya min buat. Pengalaman paling tak dapat dilupakan ialah drive seorang diri ke putrajaya. Dahla tak pernah pergi sorang2 ni kena drive sendiri dengan tak tau jalan. besar putrajaya tu. Nasib baik ada waze n google maps. Sangat2 membantu

Bila segala dokument dah disahkan. Barulah submit pada agent.

Nak dijadikan cerita... dugaan pertama min bila umrah visa untuk huda dan nina tak lulus atas beberapa sebab:

Nina:
Kesilapan pada surat beranak. Nama tak sama dengan passport.
Dalam kes nina, pihak agent bernasib baik kerana masih dapat membuat rayuan.

Huda:
Nama dalam surat beranak panjang, tiada pengesahan didalam passport pada muka surat kedua "Brriers also known as...."

Ni la pengajaran... bagi nama anak panjang sangat

hanya Amsyar sahaja yang tidak mempunyai sebarang masalah.  puaslah min merayu kat travel agent agar mereka dapat bantu min untuk selesaikan masalah ni, memandangkan tempoh berangkat lagi 3 minggu.  Menurut travel agent mereka akan cuba bantu bagi kes nina kerana format lama surat beranak nama bapa diletakkan di kolum yang berasingan, itu sahaja masalahnya.

tapi bagi kes Huda, mereka memang tak dapat tolong melainkan min pergi semula ke Jabatan Imegrisen untuk dapatkan cop "Brriers also known as...." memandangkan semangat berkobar2 min pergi juga ke pejabat imigresen, di UTC sentul kerana disitu pejabat imigresen dibuka sehingga jam 7 Malam. mujur tak susah nak cari pejabat & pegawai yang bertugas juga memberikan kerjasama yang baik. 
kat sini pengajaran nya, lain kali bila kita dapat jer pasport pastikan check segala maklumat. Selapas itu min terpaksa bergegas ke pejabat agent untuk mereka submit semula permohonan visa bagi anak2 min.

Dalam hati, terdetik juga ni baru cabaran di tanah air, moga2 di tanah haram nanti Allah permudahkan semuanya.

Seminggu sebelum bertolak, segala urusan visa telah pun selesai, Alhamdulillah.  Segala dokumen telah pun lengkap walaupun pada saat akhir pihak agen memaklumkan ada masalah tentang bayaran hotel, kerana mereka terpaksa up lagi harga bilik kerana hampir semua  hotel anggaran jarak yang dekat telah pun penuh ditempah


pas identiti untuk memudahkan proses mengerjakan umrah

selain itu min juga ada membeli insurance perjalanan di bawah MhInsure dalam RM350, insurance ni sangat berguna, kerana kita tak tahu bagaimana keadaan kita di negara orang kelak.



Dan hari yang ditunggu pun tiba, Moga Allah permudahkan urussan umrah kami sekeluarga


gambar yang sempat dirakam sebelum ke balai berlepas KLIA
Kata kakzu, aku orang yang sangat beruntung kerana berkesempatan mengerjakan umrah bersama orang-orang yang tersayang. Emak, Abah, Suami dan Anak-anak.  bukan semua orang dapat peluang begitu.   Betul cakap kakzu. Aku sangat bersyukur, dalam hati tetap berdoa moga aku dan anak-anak tidak membebankan urusan Umrah kedua ibu bapa aku.  Seboleh bolehnya biarla aku yang menjaga anak2 aku sendiri.  dan satu lagi doaku dari sini, moga Allah cukupkan jumlah wang yang aku bawa. tutupkan segala nafsu aku, biarla aku membeli sekadar yang perlu. Amin


Kisah Selanjutnya Umrah bersama anak-anak : Madinah Part 2

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Assalam Pn...boleh saya tau nama klinik yg menawarkan suntikan pd harga RM95? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, itu adalah untuk kakitangan syarikat sahaja, saya tak dapat nak share disini, sebab takut disalah ertikan

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Puan,yg RM300 utk 3 org tu di klinik mana ye? Tq

    ReplyDelete