Taska Vs Rumah Pengasuh

Lately ni kesihatan mak macam roller coster. Sejak doktor detact mak ada darah tinggi, sejak tu ler darahnya tak pernah turun2 asyik naik semedang. mungkin mak tak cukup rehat, insyirah pulak dah semakin lasak. sian kat mak.  aku jadi serba salah, rasanya dah tiba masa untuk aku buat decison hantar insyirah ke tempat lain

sebenarnya start bulan 5 aku dah tercari2 orang pengasuh untuk jaga insyirah, puas aku iklankan kat fb penduduk orkid tapi takde seorang pun yang sudi. pada asalnya kak ina blok 12 tak kisah nak tolong jagakan. tapi  memandangkan dia memang dah jaga anak orang lain. yang kebetulan sama baya dengan insyirah, jadi dia tak berani nak promise. namun dia adalah tolong tanyakan2 penduduk yang lain. tapi kebanyakkanya tak mampu nak jaga 2 baby.  sian my laling insyirah.  apa2 pun terima kasih pada kak ina yang tetap berusaha untuk mencarikan pengasuh. mungkin dah tiada rezeki untuk menjaga insyirah.


5 jul mak pergi check-up kat klinik kesihatan kelana jaya... lagi sekali keputusan darah tinggi emak semakin teruk, semakin naik. doktor nasihatkan emak supaya ambil ubat untuk mengawal darah tinggi. kalu tak nanti tak lepas untuk ketanah suci.  at this point, i made a decision. it is a time to send both of my daughter to Taska Hani.   dah sampai waktunya aku kena bekorban, tabahkan hati, kuatkan semangat berserah pada Allah. moga ini adalah keputusan yang terbaik. cukuplah sudah terlalu banyak aku menyusahkan emak, dari kecil sampai dah kahwin, dari menjaga aku dan kini anak2 aku pula. TERIMA KASIH EMAK, takkan dapat kubayar jasamu biar dengan jutaan wang sekalipun.  lepas ni bolehlah emak berehat sambil tenangkan fikiran mempersiapkan diri untuk menjadi tetamu ALLAh. moga emak dan abah mendapat haji yang mabrur, Insya Allah.
ateh , emak & syirah
setakat seminggu ni di rumah taska, insyirah mesti menangis setiap kali ummi tinggalkan. sian pulak ummi. tapi nak buat macam mana dik. adik kena tabahkan hati yer. kakak pulak happy kat taska hani sebab kat sini takde budak2 lelaki nakal yang suka buli kakak.  teacher pun cakap kakak rajin jaga adik.  sekali adik dah nampak kakak kat taska.. mulalah menangis tak nak kat orang lain.  sabar dik.. kakak tu kecik lagi. mana buleh dukung adik, risau ummi bila kakak curi2 nak dukung adik,  hari ni adik demam.  sian.. kat taska mandi air sejuk.. tak mandi air panas macam kat rumah opah & rumah kita..  manja betul adik ni.  nak buat macam mana dah dari kecil tak dibiasakan. takpe lah esok2 biasalah tu.. Doa ummi, moga kakak2 kat taska akan jaga adik dengan baik.  moga Allah sentiasa terbitkan  rasa sayang dan belas kasihan melihat anak2 ummi,.



Syirah & Kakak Nina
Buat imannina & Insyirah

bukan selalunya kita akan dapat apa yang kita mahukan, kadang2 kita terfikir kenapa nasib kita tak semudah orang lain, namun ingatlah anakku ada orang lain di dunia ini yang hidupnya lebih sukar berbanding kita.  selagi ada daya ummi akan sediakan yang terbaik buat kalian berdua.  Moga kalian menjadi anak yang solehah yang menjaga ummi tika ummi sudah tua nanti, yang mengasihani ummi ketika ummi sudah tiada daya lagi.

Comments

Popular Posts