Followers

Thursday, January 16, 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam maulidur rasul semua.

Pagi ni kami dikejutkan dengan panggilan daripada bapa mertua dan ipar duaiku yang nak datang bertandang.
Alamak habisla macam ni, dahla rumah berselerak. Sana sini penuh kain. Sejak anak-anak keluar hospital, tiap tiap minggu ada saja aktiviti luaran. Tak sempat nak kasi clear lipat semua baju.

Cadangan awal fil nak ajak hubby memancing, sudahnya diajak anak anak yang lain bertandang juga.

Dah lama sebenarnya kami tak menerima tetamu. Yang min paling ingat kali terakhir fil datang rumah masa sebelum lahirkan amsyar. Arwah mak masih ada lagi. Bukan tak sudi terima tetamu, segan nak ngajak, segalanya serba kekurangan. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan huda dan amsyar. Huda tetiba muntah2 dan demam. Huda payah nak makan. Perut dah masuk angin dah.

Dah nama pun surprise. .. segalanya diluar jangkaan, jangan marah ya. Itu tak ada, ini tak ada, time2 macam ni pula minyak masak pun habis. Dah ingatkan dah cik hubby suruh belikan. Biasala orang laki diorang tak ambik port sangat. Kita yang perempuan ni lah segan. Huhuhu

Nasib baiklah kak long selalu jadi penyelamat. Dia tahu adik ipar dia ni macam mana. Siap bawa nasi seperiuk dengan lauk pauk. -sorry xde gambar- sebab tak sempat nak shoot.
Mak cik pula masak asam pedas ikan, "fuh I loike... " orang johor kalau masak asam pedas memang terangkat. Hubby siap suruh belajar dengan makcik.


Rumah kecik jer, Semua pakat berdiri.






Efa dah nak balik dah. Bravo buat efa, ada keberanian drive sampai subang


Candid, gambar fil n hubby. Muka memang sepesen. Anak bapak

Mak selalu pesan, raikan tetamu. Sebab tetamu yang datang membawa pulang segala dosa2 kita. Rasulullah sendiri amat menghormati tetamu.

Terima kasih semua. Maaflah diatas layanan yang serba kekurangan.

Kunjungan ini juga adalah daripada idea fil untuk kami anak beranak berkumpul kerana ada 15 hari lagi tarikh untuk kami berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Moga Allah mempermudahkan perjalanan ibadah kami. Amin



Nota kaki* kain baju belum masuk lagi dlm beg. Target cuti thaipussam nak settlekan semua
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Ingatkan Min & Family buat majlis doa selamat. Rupanya tetamu dtg mengundang..
    Smg perjalanan korang selamat pergid an pulang..BESTNYA dpt berkunjung ke tanah suci..bila la hajat kami smpi ke sana..DOAKAN utk kami pulak ye MIN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, min akan doakan buat syima sekeluarga dan kawan2 yang lain juga mendapat jemputan dari Allah untuk menjadi tetamu NYA di usia muda. Moga dilermudahkan semuanya. Amin

      Delete