Followers

Monday, June 20, 2011

Puasa & Rejab

Diam tak diam hari ni dah 18 Rejab, sekejap jer masa berlalu ... Rejab.... Sya'ban .... Ramadhan
alamak tak lama lagi Ramadhan menjelma. sedangkan min masih ada baki 17 hari untuk menggantikan puasa tahun lepas yang tertinggal.

dah lama tak start puasa ganti. tertinggal gara2 sakit gigi , pastu tunggu cik p datang pulak. punyalah lambat. dah cuak dah. ingatkan tersangkut lagi. ( bukanya tak nak. tapi rehat sekejap. kalu boleh biarlah sampai complete penyusuan insyirah.Insya Allah)

bila di kira2 semula, min dah tak buleh tangguh2 lagi mengganti puasa. kena buat direct 5 hari bekerja selama 3 minggu dan baki 2 hari buleh diteruskan selepas cik p datang untuk bulan 7.  itupun ada balance kira2 lagi seminggu lebih menjelang ramadhan.  Moga dipermudahkan Allah perjalanan mengganti puasa,

Moga puasa ramadhan tahun ni lebih bermakna, buat min. Syahdu pulak rasanya.

No comments:

Post a Comment