Salam Ramadhan 26 Ramadhan 1435 H


Diam tak diam... Ramadhan 1435 bakal meninggalkan kita..

Syahdunya rasa hati...

Banyak benda yang berlaku sepanjang Ramadhan ini,

Pahit manis kehidupan...Selang seli mewarnai

Di Ramadhan tahun ini... Allah tunjukkan sesuatu, kisah yang tak pernah padam.  walaupun semuanya telahpun menjadi lipatan sejarah, yang sangat manis bila dikenang.  "In Shaa Allah saya takkan lupakanya, terima kasih kerana kisah itu awak simpan kemas jauh disanubari"

Di Ramadhan ini kita semua di uji dengan tragedi MH017 yang mengorbankan seramai 295 orang penumpang. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, moga Allah berikan kesudahan yang baik buat mereka yang terlibat. Salam Takziah.

Di Ramadhan ini juga kami sekeluarga di kejutkan dengan khabar dukacita apabila Doktor merungkai penyakit yang dihidapi oleh bapa mertuaku.  Yang mana doktor mengesahkan bahawa abah menghidap penyakit kanser darah yang dikenali sebagi B-Cell Lymphoma (belum habis kaji lagi tentang penyakit ni).
 walaupun agak tiba-tiba, tapi abah positif dan setuju untuk menjalani rawatan. kemungkinan besar abah akan dirawat di Hospital Ampang, Moga kesudahan yang baik menyebelahi kami. Amin



Walau macam mana sedih pun... kita tak seharusnya mengikut perasaan, bersederhanalah dalam apa juga keadaan. 
jangan lupa kita disunatkan memakmurkan malam hari raya, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan
  



 
Kad raya sempoi...
usaha juga min membuatnya gara-gara nak balas kad raya yang dihantar oleh sahabat lama melalui wassp



 Salam Ramadhan buat semua rakan taulan yang mengenali diri Min, ni ajela kad raya simple yang sempat direka, semoga ramadhan kali ini mengeratkan ikatan ukhwah antara kita.

Comments

Popular Posts