Moment yang indah ~8 May

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi min kesempatan untuk masih diberi rezeki untuk menghirup udara & menikmati dunia ini.

Tahun ni mak sponsor cake... like always ... terima kasih emak...
Dan Seperti kebiasaanya min akan kongsi cake dengan hadi sebab tarikh lahir kami yang hampir 3 & 8 may

Kami raikanya pada malam 7 May sebab esok qayyum akan berangkat ke amsterdam untuk berjumpa dgn wife dia wahida kat sana, pastu mak & abah nak pi London pula.... ALhamdulillah Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga- feeling bless


Sibuk mak arrangekan semuanya

Seperti biasa... sambutan yang ringkas, tapi amat bermakna buat min


Cake & satay, our family favourite dish.
My hero dah tak sabar-sabar nak makan kek

Antara hidangan yang ada, tapi sebelum tu min dah makan nasi, sebab sampai rumah dah lewat. Tak tau pula mak nak buat surprise party.



Tiada dalam gambar: wahida, syikin & afiq (anak anak perantauan)


Selfie diawal pagi 8 may... oh macam ni rupanya aku di tahun ke36. ALhamdulillah. Masih sihat.

Di tempat kerja, terima kasih buat adik-adik yang meraikan min

Terima kasih buat has & connie for lunch treat
Aman sungguh hari ini :D



Dan hari ini punya cerita... masih lagi dlm mood birthday celebration



Terima kasih kakzu dan kak hannie for lunch treat, moga Allah murahkan rezeki akak berdua


Terima kasih kawan-kawan : kakzu, kak hannie, kak asmah, prema, has & ain
~hidup ini sungguh bermakna dengan kehadiran kalian, kesibukkan dan kekecohan suasana bekerja amat bermakna dengan kehadiran kalian semua.
TERIMA KASIH TEMAN

Kalau ditanya pada min, orang yang patut dirai pada hari lahir adalah... Emak & Abah. Sebab setiap kali bila tiba birthday anak-anak, min takkan lupa bagaimana detik mereka dilahirkan, semuanya segar dalam ingatan.
Terima kasih emak & abah.
Bila umur meninggkat baru kita faham murninya pengorbanan ayah & ibu.

Tak lupa juga buat kawan yang masih berhubung secara maya. Baik di facebook mahupun WhatsApp. Kata-kata kalian di hari lahir ini amat bermakna.

Last but not least..
Kepada suami tercinta... kerana tak putus2 memberikan kata2 peransang. Terima kasih sayang.

Lately we hardly take our photo together. Nanti kita selfie banyak- banyak ya

posted from Bloggeroid

Comments

Post a Comment

Popular Posts