Balada Kehidupan 2013

Apabila syarikat membuat keputusan untuk pindah pejabat ke sepang, ianya memberi impak yang sangat maksima dalam hidup min. Di tambah pula kebetulan imannina perlu naik darjah satu ... di tika yang sama... stress sungguh rasanya.

Setiap hari kehidupan ibarat perjuangan hebat... pagi pagi nak berjuang mengejutkan si anak supaya bangun cepat (itu belum lagi bila dia buat perangai... mandi lambat... makan lambat, kerja sekolah tak siap... setokin hilang.. mcm2 la)




Berjuang berhadapan keadaan sesak jalan raya, nak kejar bas...sbb timing bas yg limited dan di tambah dengan perjalanan yang jauh... bila sampai kat office jer... tenaga dah tak ada... dah hampir 45 peratus digunakan.



Pemandangan pagi ... dlm perjalanan nak pergi kerja



Jalan sesak


Kadang2 terserempak dgn kemalangan... contohnya mcm dlm gambar ni... lori bawa beras terbalik... rasa mcm nak kutip jer beras tu bawa balik rumah.

Bila pagi min akan keluar rumah jam 7 . Tu dah kira lewat sangat dah tu. Hantar imannina ke sekolah. Dan pecut ke bangunan MAS. Time ni memang guna emergency lane ajela. Kalu tak ... x sempat. Tu pun bila keadaan kesesakan yg sangat . Kalu bernasib baik...dapatla naik bas kul 720 (memang jarangla dapat) dan bas seterusnya jam 8. Perjalanan
memakan masa selama 45 minit ke 1 jam. So smpi office memang dah lewat dalam jam 9. Padahal waktu sepatutnya masuk office kul 830. Nak buat mcm mana. Sorry la boz.

Bila balik pula, min akan ambik bas jam 545 ptg ... memandangkan jalan sesak. Jadi sampai rumah selalunya paling awal jam 730... letih tahap dewa dewi time ni.

yang menyampahnya... ada juga sore2 sumbang yg sound belakang... datang lambat... balik lajuu jer... geram jer bila dengar. Sabor min.....


Life can be miserable for me... I feel not motivated to come to work... with all the hassle.

Untuk memastikan diri sentiasa ceria... min selalu pujuk diri...
...demi anak2. .. anak2 tgh nak membesar. I have to work to survive.

Ni yang min selalu lakukan untuk kekal ceria :
1. Baca buku... x kirala apa topik pun

Min enjoy baca motivation dan autobiography book... to boost my motivational level

2. Join kelas zumba@ aerobic...@rockstar gym


At first tujuanya nak kuruskan badan sket... tapi after a few month... tak kurus juga... cuma ada improvement pada body toning.
Tapi apa yang penting bila kita join kelas ni... adalah juga exercise. .. dapat la juga tingkatkan stamina... dan kita jadi lebih positif bila badan ringan sket.

Kadang2 min tak sabar nak tunggu jumaat... nak jumpa kawan2 kat gym. Kami akan lakukan step ringkas dan sedikit cardio exercise selama 1 jam.
Terima kasih pada en hubby sbb jagakan anak selama tempoh 1 jam tu.

3. Selain dari itu... tahun ni first time min gunakan ticket foc bawa anak2 melancong menaiki kapal terbang. Destinasi yang dipilih ialah pulau Langkawi.






Percutian di pd





Dan acara paling kemuncak pada tahun 2013 tentunya hari perkahwinan ateh.












posted from Bloggeroid

Comments

Popular Posts