Cesarean Section - inikah pilihan anda??




From Google

bulan ni genaplah usia  Eid Sharmin Amsyar 10 bulan, bermakna lagi 2 bulan genaplah usianya setahun.  ohh pantas sungguh masa berlalu. aku rasa rindu akan tendangan kakinya ketika berada dalam perutku 10 bulan yang lepas. sebab lepas ni tak tahulah sama ada aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk mengandung lagi atau tidak. Kita mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Bila tengok balik video ni...memang mengerikan. tak pernah terlintas nak tengok video ni masa min pregnant dulu. sebab memang confident, i am fit, full of energy dan tak mungkin kena Cesar   Tapi itula... kita merancang, Allah yang menentukan. sapa nak sangka, last minute baby heartbeat drop, dan min dah habis tenaga untuk meneran. Gara -gara  terlalu lama menahan sakit dan menunggu giliran.  Namun Allah lebih mengetahui segalanya... berbaik sangkalah dengan segala ujian yang kita terima


so buat ibu ibu yang pregnant, berfikiran terbukalah bila kita di saat ingin melahirkan anak.  Biar macam manapun kaedahnya, jangan panik, pastikan kita lakukan yang terbaik bagi memastikan segalanya berjalan lancar.  Berusaha dan bertawakkal kepada yang maha Esa.

Andainya di takdirkan anda perlu melakukan Emergency Cesarean :

  1. Jangan panik. Ikut instruction Doktor
  2. Pohon Ampun kepada suami dan ibu bapa (termasuk inlaw k)
  3. tandatangan segala dokumen, jika ada masa pastikan anda tahu dokumen yang anda tandatangan dan hak2 anda (tapi selalunya time macam ni memang kritikal, dan kita tak punya banyak masa utnuk bersoal jawab.
Apa yang min paling ingat ketika di bilik operation:


  1. min di pekenalkan dengan Doktor Anesthetic  ingat lagi nama dia Doktor Azman.  Doktor bius akan memperkenalkan diri beliau dan bertanyakan tentang sejarah kesihatan kita dan keluarga
  2. kita akan dipindahkan ke katil operation.  
  3. Di suruh duduk tegak sambil memeluk bantal, time ni untuk injection epidural, ini penting bagi memudahkan proses injection.   time ni sakit memang tak dapat nak digambarkan.   
  4. about 7-10 minit, min dalam keadaan separa sedar.  separuh bahagian badan dilitupi kain selimut.  tapi kita masih boleh dengar dan lihat setiap pergerakan
  5. ini adalah beberapa posisi c-section  (pic from Google)


  6. so pada waktu itu, hati ni tak henti2 berselawat, pohon keampunan dan bertawakkal kepada yang maha ESA agar semuanya selamat. hinggalah kedengaran suara tangis hero ku Eid Sharmin Amsyar pada 5.05 petang. untuk mengetahui kisah kelahiran amsyar, klik sini
  7. selepas baby di tunjukkan kepada ibu, bayi kemudian di bawa ke nursery manakala ibu menunggu untuk procedure yang seterusnya, suami selalunya akan menunggu di luar bilik bedah, dan di benarkan mengiringi baby ke bilik nursery. inilah tika nya Amsyar diazankan oleh abah.
  8. selepas selesai proses jahitan, ibu diletakkan dibilik kawalan didalam bilik operation selama satu jam sebagai proses  pemantauan (kadar tekanan darah ibu, excessive bleeding, vomit and so on)  dan baru di tolak ke bilik wad seandainya tiada sebarang komplikasi

setelah kita diletakkan di wad biasa, kita masih tidak dibenarkan makan selama 6 jam selepas pembedahan.  bagi sesetengah individu mereka akan muntah sejurus operation kerana kesan ubat bius,  tapi Alhamdulillah min tak mengalaminya. cuma min rasa gatal jer. dan itu juga kesan ubat bius.
(catatan ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri tanpa tauliah dari mana mana doktor, sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut)

Kelengkapan asas berpantang untuk bersalin cesarean:

  1. Tuala "good morning or napkin baby" untuk mengelap air sisa mandian kita. kemudian guna tisu, bagi memgeringkan luka, (lap di kawsan jahitan, pastikan kain dan tisu anda bersih)
  2. Hair dryer, pada min amat penting, membantu untuk mengeringkan luka, selepas tisu
  3. Yellow lotion, atau ubat kuning untuk membersihkan luka bahagian cesar.  ini penting untuk memastikan kesan luka sentiasa bebas kuman, cepat kering dan bebas daripada nanah.  
  4. untuk dalaman pulak, min amalkan makan set vitamin shaklee, zinc, b complex, vitamin c, vitalea dan juga alfalafa.  sangat 2 berterima kasih, kerana diperkenalkan dengan vitamin ni. membantu min untuk tetap cergas, mengembalikan tenaga selepas operation. dan dalam masa yang sama membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat. itu yang min sangat suka
  5. Jus pati ikan haruan, berbotol2 min minum untuk membantu mengeringkan luka.  Tiap tiap hari selama sebulan cik hubby min tak penah gagal mencari ikan haruan fresh untuk dimasak sebagai santapan sepanjang berpantang.  Thank you dear.   Big thanks to my lovely mommy Puan Azizah Abdul Aziz, yang sentiasa memasakan pelbagai menu ikan haruan sepanjang 30 hari berpantang...(aku beruntung ada emak)
  6. Pembalut luka seperti gambar. boleh didapati di pharmacy.  seingat min, min hanya gunakan pembalut luka ni selama seminggu awal berpantang.  time ni pun mandi sekali sahaja. tapi cuci luka 2 kali sehari.  Harga dalam RM5.00++ berdasarkan saiz
  7. pada hari hari berikutnya min hanya mandi dengan hanya duduk diatas alas mangkuk tandas (tandas duduk saja k) tiada lagi pembalut luka, sebab min rasa leceh.   Bila kita duduk secara automatik bahagian luka kita di tutupi sebab min punya jahitan ialah low transverse incision (melintang) dan tummy pun time tu agak mengelebeh, belum kecut sepenuhnya, so boleh menutup bahagian jahitan. Jangan takut nak mandi ok, ianya selamat.


beberapa saiz pemablut luka yang digunakan untuk menutupi luka ketika mandi

Luka anda bernanah???

apa nak buat ni???

sentiasa perhatikan kawasan jahitan k, min rasa min dah buat pemantauan yang teliti setiap kali selepas mandi.  namun min tetap juga tak terlepas dari keadaan ini.  maklumlah, anak menyusu badan, kadang2 belum lagi kita  habis selesai bersiap selepas mandi, bayi dah melalak dulu.  

Disebabkan min amat tegar untuk menyusu secara eksklusif, jadi min tidak benarkan mak menyuakan  puting palsu atau menyusukan amsyar melalui botol, bagi mengelakan amsyar confuse puting, jadi min selalu terkocoh kocoh membersihkan bahagian luka. sampai terlepas pandang yang luka jahitan min bernanah dihujung (tempat simpulan)

punyalah panik... min Google segala maklumat tentang apa yang patut dilakukan.  rupanya benda ni normal, kadang kala bila kita alpa membersihkan luka, keadaan begini boleh terjadi, dan faktor kebersihan sekeliling juga boleh menjadi punca luka bernanah.  

min perasan luka start bernanah dalam 14 hari ketika berpantang, secara logik luka kita sepatutnya semakin sembuh, namun bila ada jangkitan, kita haruslah cepat bertindak. min tak tunggu lama, sehari selepas min perasan adanya nanah:
  1. min terus pergi ke Klinik bersalin terdekat (swasta), 
  2. doc gynecology check menyeluruh kawasan luka. time ni punyalah sakit dia tekan kat kawasan luka bagi memastikan tahap nanah di jahitan. (Nasib baik min punya memang ada satu dot jer) dalam kes2 lain, ada juga nanah yang telah merebak keseluruh jahitan hingga memaksa untuk dibersihkan dan dijahit semula... ni penerangan dok ok. 
  3. Doc prescribe min  ubat antibiotik dan disuruh datang semula selepas dua minggu
  4. ketika min menerima prescription ubat antibiotik ...pastikan ianya selamat untuk bayi anda juga.  Jangan malu bertanya.
selalu pastikan kawasan luka kita sentiasa kering, seandainya anda rasa ada cecair jernih , kuning atau berbau sesuatu yang kurang enak di sekita kawasan luka,  teruslah berjumpa doktor sebelum melarat.  Mintalah bantuan suami, ibu atau adik beradik perempuan ( yang anda selesa) untuk perhatikan progress luka anda, kerana bila bersalin Cesar, anda akan merasa agak sukar untuk tunduk, anda perlukan cermin sebagai alat bantuan melihat luka anda.


Nota kaki:

Kata orang bila kita bersalin Cesar, kita disuruh berehat bagi memastikan luka cepat sembuh.   Namun min tak berkesempatan untuk itu semua, min terpaksa mencergaskan diri berulang alik ke klinik komuniti setiap hari kerana tahan kuning amsyar tinggi.  


Cabaran bersalin Cesar: 

  1. Payahnya ... Allah sajalah yang tahu, dengan keadaan luka di perut, kita memang akan merasa sukar untuk bangun dan baring di katil. if kat hospital kita akan dipasangkan alat bantuan untuk bangun , tapi bila di rumah... hanya tiang katil sahaja menjadi tempat mengampu badan untuk bangun ke toilet atau menyusukan bayi,  adakalanya min tidur duduk bagi mengelakkan terlalu kerap bangun untuk menjaga luka... takut terkoyakk....ngeri!!!  time ni cik hubby tolonglah tengok2an anak -anak yang lain. itu lebih memadai, kita sorang tak daya nak buat semua.
  2. sukar untuk ketawa selama 1-3 minggu, bergantung kepada kadar penyembuhan individu.  tapi time ni memang tak boleh nak ketawalah... badan terhincut2 menahan sakit sambil nak gelak huhuhu (chuckle)
  3. sib baik min tak batuk2 kesan ubat bius..kalau tidak,.. tak tahulah macam mana nak tahan
  4. cuma sehari selepas operation, min tersedak ketika minum... Ya Allah, sakitnya bagai nak terbuka jahitan. berair air mata menahan huhuhu

Moga catatan tak seberapa ni boleh menjadi panduan buat mereka2 yang memilih untuk bersalin secara Cesarean.  Agar lebih bersedia, biarpun adakalanya itu bukan pilihan kita.

Andai diberi pilihan... min lebih suka memilih bersalin secara normal,  lebih senang dan praktikal, sakit bersalin ketika itu sahaja,

bila dah Cesar, segala aktiviti terbatas seketika... tak boleh nak lasak2 sangat, ngilu bahagian perut berlarutan sehinggalah amsyar berusia 6 bulan.   kena makan banyak protein untuk pulihkan bahagian luka.

Nak "bersama" pun ngeri... min berpantang selama 100 hari.  Thank you to cik hubby kerana sangat memahami.

Kita mampu merancang ... tuhan yang menentukan, bersangka baiklah selalu kepada Allah. setiap dugaan pasti ada hikmahnya.

Opah & Amsyar ketika 6 bulan

Kita sekeluarga ~ Raya 2012, Amsyar 4 bulan

Amsyar 4 bulan ~ chubby

Comments

Post a Comment

Popular Posts