Dak Dik Duk 2

Jumaat 20, April 12

Sejak rabu lagi sharifah dah pesan supaya aku siapkan slide untuk handover kerja aku bila aku confinement nanti.  Tup tup pagi ni ... Puan Rahimah call aku suruh aku masuk bilik , dia explain , sepanjang aku cuti bersalin nanti , yap akan  gantikan tempat aku. dia nak aku handover segalanya pada yap,... legalah juga, sbb slide presentation dah aku siapkan... fuh lega.  kebetulan, hari ni merupakan hari terakhir aku kat office. hari isnin 23 april aku memang dah plan nak cuti. seperti yang dirancangkan oleh gynae aku, 24 april (selasa) aku kena datang ke hospital untuk bersalin

tapi hari ni merupakan hari yang paling sibuk bagi aku... sepanjang panjang hari meeting dari pagi sampai lah lepas lunch,  tadi masa meeting pasal anugerah ce, puan rahimah ada wish semoga aku selamat bersalin, terharu la, walaupun takde orang lain yang wish.  buat aku rasa aku masih sebahagian daripada team ni.
yap minta aku stayback lambat sket, sebb ada benda yang dia tak faham... Gerak hati aku kuat mengatakan... yang aku akan bersalin lepas handover kerja2 office ni kat yap, seperti pengalaman yang sudah2 gerak hati aku selalunya tepat.

kesian kan yap.. kami stayback sampai pukul 8 malam.  tetiba aku rasa perut semakin mengeras... cramp semacam... haish.. biar betul... ni dah malam ni , hari jumaat pulak tu, kereta selalunya banyak... takkan contraction dah kot.. yap pun dah risau.. banyak kali dia tanya are you ok siti?  yess am ok, tapi i rasa tak mau stayback lama sangat... i feel one kind...then kitaorang cepat2 pack up, dan balik. aku tengok banyak misscalled daripada abah dan laki aku, iyalah diorang pun risau.. aku ni dah tunggu hari, ni dah malam tapi tak balik2 lagi.

takpelah.. aku kuatkan semangat, ketepikan segala keperluan diri demi tugas... itu pun ada yang kata aku tak serius bila buat kerja.... haish... mulut orang.

Comments

  1. wah terima kasih armouris, macam tau2 jer saya perlukan info ni :))

    ReplyDelete
  2. Hebat sis ni walaupun da sarat masih kuat lagi nak kerja. Apa pun yg penting kerja da settle bagi kt member sekerja . Then tinggal fikir je untuk pantang biar sihat sentiasa dan luka pun cepat sembuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts