Puasa 30.

Hari ni 26 july 2011 bersmaan 24 Syaaban 1432, tertunailah sudah tanggung jawab aku sebagai seorang muslim melangsaikan hutang puasa Ramadhan 1431.  bersyukur teramat sangat.
selang 5 hari lagi menjelma pula ramadhan yang baru. Oh Rindunya kedatangan Ramadhan.

Aku tak pernah rasa terbeban untuk mengganti puasa kali ini. biarpun disulami dengan bermacam2 godaan orang sekeliling. jauh bezanya puasa ramai2 dengan puasa seorang ni. tapi kuatkan semangat ajelah. yang paling penting aku telah pun membuktikan kepada diriku sendiri bahawa puasa tidak membataskan penyusuan. aku mampu lakukanya. biarpun puasa aku masih mampu mengumpul stok, tapi hasilnya tak delah melimpah ruah. sekarang ni umur syirah dah dekat 1 tahun , aku hanya dapat dalam 7oz jer sehari.  namun aku tetap bersyukur. moga Allah permudahkan aku dan murahkan rezeki insyirah untuk terus menyusu sehingga usianya 2 tahun. Amin

Catatan tarikh mengganti puasa selama 30 hari.
Misi Ramadhan 1432
  • Nak cuba habiskan bacaan Al - Quraan yang tergendala semasa mengandungkan syirah dulu
  • Nak buat solat terawih
  • Bangun sahur setiap hari
  • Hope dapat kurangkan berat badan (agak2 dapat tak target 50kg)
  • nak melatih imannina berpuasa (dapat setengah hari pun jadilah ;D )

banyak benda lagi nak buat... tapi malu pulak nak tulis kat sini,
Buat kengkawan semua. selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.  moga puasa kali ini lebih bermakna buat kalian semua.

Comments

Popular Posts