Followers

Tuesday, February 10, 2015

Imannina turn 9

Minggu lepas merupakan minggu yang penuh dengan keterujaan, dari hari isnin imannina dah tak sabar nak tunggu tarikh keramatnya iaitu 6 feb, yang bakal menginjakkan umurnya ke usia 9 tahun. Sungguh pantas masa berlalu.

Kebetulan minggu lepas opah dan wan tiada di subang kerana melawat ateh, jadi ummi dan abah la yang menjadi mangsa melayan imannina.

Cepat betul masa berlalu, rasanya mcm baru semalam min di bilik bersalin di hospital selayang.
Masih terbayang segala detik proses menuggu kelahiran imannina yang penuh memdebarkan.
Maklumlah anak sulung.

Sebab tu... kadang 2 terfikir dihari ulangtahun kelhiran, orang yang patut diberi hadiah adalah mak dan abah, sebab mengenangkan keterujaan dan jerit perih mereka membesarkan kita sehingga kini



Macam macam permintaan yang disenaraikan, antaranya nina nak pensil colour 48batang. Sebenarnya dah lama dah dia minta pensil color ni, dari hari pertama iklan kaler pensil 48 batang ni keluar kat tv. Ummi dah cuba cari, tapi tak jumpa pula di kedai2 buku kat subang. Ummi pesan dengan abah, marilah kita carikan... buat semangat kat imannina.



Dulu dulu masa kecik, tak pernah dapat kaler macam ni, paling paling tidak pun pensil kaler luna panjang 12 batang, itupun dapat masa darjah 6. Tengok ajelah kawan2 lain.

Dan antara permintaan imannina yang lain adalah nak buka akaun facebook.
Hohoho... yang ni ummi definately takkan layan. Apa yang ada sekarang pun cukup melekakan... cukupla. Demi nak pujuk dia... ummi cakap tunggu nina besar dulu ..



Happy birthday buat nina dan wan yang berkongsi bulan kelahiran yang sama


Hurmmm macam tu lah



posted from Bloggeroid